Friday, January 8, 2016

Coretan awal 2016

 
 
 Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun blog ni tak bertulis..Akhirnya semalam berjaya godek godek password yg dah lama x ingat..hehe..
Apa khabar tahun baru 2016..Semoga tahun ni lebih baik dan lebih berkah.. Amin..Insyaallah.
 x lama lagi nak jadi isteri orang dah.. :)

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, March 17, 2014

Alhamdulillah..hujan turun



Alhamdulillah
sekian lama x nampak hujan turun...
2 hari lepas hujan turun selebat lebat nya..syukur Ya Allah...
 
jom sama baca doa ni masa hujan turun k.. :)
 
 

17 mac 2014

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Doa buat MH370


 

Bismillahirrahmanirrahim..salam sejahtera buat pembaca semua...
di tengah keriuhan kes kehilangan pesawat MH370 ada baiknya kita sama2 teruskan berdoa supaya proses mencari pesawat dipermudahkan Allah..jangan membuat andaian seolah olah anda pakar dan profesional..fikirkan nasib keluarga yg terlibat..cuba letakkan diri kita di tempat mereka..tentu anda akan berasa perasaan yg sama juga..betul tak??

walaupun dah masuk minggu ke 2 pencarian pesawat..teruskan berdoa sebanyak mungkin..pray hard and prepare for the worst..





17 mac 2014

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, October 14, 2013

selamat hari raya aidiladha 1434H



Salam sejahtera semua..rasanya dah lame sgt sy x update blog ni..hehe..esok raye haji..nak wish kepada semua umat islam..selamat menyambut hari raya aidiladha..semoga ade sesuatu pengorbanan yg baik dapat kita lakukan..x kira la buat Allah,Rasul,agama,diri sendiri, keluarga dan org lain k..
 
 
 
 
p/s:jgn mkn daging byk sgt ye raya nanti :)
 
9 Zulhijjah 1434H
 


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, October 15, 2012

lamenye x update blog

Assalamualaikum
pe kaba semua..
lama sangat x update blog ni..huhu..dah berhabuk,berdebu,berkulat,hitam dah...
 
macam dah x da hati nak menulis..otak tepu agaknya..hihi
Alhamdulillah saya dah abis belajar skrg..Insyaallah akan berkonvo 25 November ni..sape2 yg nak mai tu maila ye..boleh bergamba skali..hee ^_^
 
sekarang dok sibuk anta resume sana sini..sambil2 buat HERBALIFE..Alhamdulillah sy dah turun 10kg,shaping 30 inci kepada 26 inci..nak tau mcm mana..boleh terus tanya saya ye :) tiba2 masuk herbalife plak kan..hehe..
 
tahniah kaklong..semoga cepat2 bekahwin :)            




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, August 17, 2012

selamat hari raya aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum 
 
 Dikesempatan ini..sy ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap pada semua..
maaf zahir batin..
raya nnti jemputla dtg umah sy di Kuala Kangsar :)
 
sambil2 raya tu jom kita tambah pahala dengan melakukan perkara2 sunat:
 
 Bertakbir
Mandi sunat Aidilfitri
Solat sunat Aidilfitri
Menjamah juadah yg ada sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri
Menziarahi sanak saudara
Memakai pakaian terbaik yg ada..x semesti baru ye
Pergi dan pulang ke masjid melalui jln yg berbeza
Puasa 6



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru

Assalamualaikum


selamat hari guru pada sume guru, ustaz, ustazah, pensyarah,clinical instrustor yg telah mengajar saya...
- sek keb sayong
- sek agama rakyat sayong tengah
- sek men keb sayong
- kolej matrikulasi pulau pinang (kmpp)
- uitm puncak alam

"kau ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi kegelapan hati..kau curahkan bakti dan budi..jasamu tiada berganti"
 



 p/s:terima kasih cikgu..halalkan segala ilmu yg telah kalian berikan..hanya Allah saje yg dapat membalas jasa kalian semua...semoga kalian diberkati dan dirahmati Allah....aminnn..



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, May 4, 2012

pahit getir sebagai pelajar nursing

Assalamualaikum
Lama sudah x mencoret di sini
lama sudah sy bergelar seorang pelajar..seorang pelajar kejururawatan..
kejap benar masa berlalu
makan tidur bangun..tup tup
dah 4 tahun sy melayari hidup sebagai pelajar di uitm..
 
berada di semester akhir amatlah berat
kadang2 rasa x mampu nk lakukan
tapi perjuangan perlu diteruskan
kerana di mana ada kesusahan di situ ada kemanisan
 Insyaallah
Allah dah aturkan yg terbaik dalam hidup kita
hanya kita yg perlu membantu diri sendiri utk dapatkn yang terbaik itu..
 

 tiba-tiba rindu masa zaman awal2 masuk uitm dulu..huhu
gamba kredit to: Meyraaz Hushi


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, April 22, 2012

lepaskan airmatamu


Assalamualaikum

"Biar berlinangan airmata ku takkan hentikannya..biarkan ia menyembuh luka hilanglah rasa duka"
terdengar bait2 lirik lagu airmata dari kumpulan hijjaz mmg ada benarnya..
 
kadang2 sebagai manusia mmg x lari dari masalah..tapi kadang2 masalah yg dtg menimpa x mampu tertanggung..terasa sgt berat..alhamdulillah anugerah airmata yg Allah kurniakan sangat hebat..ia mampu menenangkan hati yg gundah gelana, perasaan yg kacau bilau..

jangan malu untuk menangis
Menangislah..kadang2 manusia terlalu sombong untuk menangis..lalu untuk apa air mata telah diciptakan Allah
Insyaallah akan rasa sedikit tenang..



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, April 16, 2012

jom ke pesta buku PWTC


Assalamualaikum
Nampaknya tahun ni sekali lagi ade pesta buku kat pwtc..de peraduan hebah & menang oleh PTS..
jom ramai2 cuba nasib... :)

klik gamba utk sertai peraduan dan maklumat lanjut tentang PTS di pesta buku


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, April 11, 2012

wordless wednesday 23, TQ Allah for all I have


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


foto kredit to: owhsomuslim

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, April 4, 2012

wordless wednesday 22, wear it right campaign


Assalamualaikum
 



gambar kredit to: http://helwi-utp.blogspot.com


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, April 3, 2012

buat sahabat,teman dan kawan sy..


Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca

Alhamdulillah..sy ada sahabat..yg bilamana sy perlu bantuan..mereka ada di sisi sy..bilamana sy dlm kesusahan mereka berusaha membantu sy..bilamana saya sedih mereka ada utk tenangkan hati saya..
sy sangat bersyukur kerana berada bersama mereka buat sy gembira dan bahagia..

tapi kdg2 hanya kerana dengan sedikit perselisihan faham..hati yg kecil ini terluka..hati yg kecil ini menangis..hati yg kecil ini juga kecewa..tapi lumrah kehidupan kdg2 gembira,kdg2 sedih,kdg2 kecewa..

walau ape pun yg berlaku..kamu tetap sahabat, teman dan kawan buat sy..
terima kasih kerana ada dan hadir dlm hidup sahabatmu ini..

riangnya sangat kita ketawa asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
adakalanya kita saling terluka
namun di akhirnya kita tetap bersama


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, March 28, 2012

wordless wednesday 21, tudung apa boleh pakai ye?

Assalamualaikum


p/s: tudung jenis apa pun boleh pakai..yg penting ikut yg Islam suruh..tutup dada, x jarang, xde sanggul tinggi2 tu..Insyaallah nak pakai yg lilit ke hana tajima ke kalo cukup semua syarat xde masalah kan :)

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, March 27, 2012

di pagi yg indah ini

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum buat semua pembaca

sejuknya pagi ni..nyaman je rasa..
hujan kat sini..sejak awl pagi lagi..
bila hujun turun ada 1 doa ni..
"Allahumma soyyiban nafi'a"
maksudnya:" Ya Allah, semoga menjadi hujan yang membawa manfaat"
semoga kita semua memperoleh manfaat dari Allah..aminnn


p/s:jgn berselimut plak lagi ye bila hujan ni.. :)

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, March 12, 2012

jiwa kacau

Assalamualaikum

sudah agak lama sy x menulis di blog sy ni..hampir sebulan rasanya..
x sibuk pun sebenarnya..tapi masa cuti hari tu sy banyak berfikir...
berfikir balik apa yg sy penah tulis di dalam blog ni dan apa yg penah sy sampaikan..
fb langsung x da nafsu nak buka..rasa macam xde perasaan lg pada fb..rasa nak tutup tapi semua maklumat tentang kelas ada di fb...

hati serba salah..

jujur sy sedang stress...
kebetulan saya baru seminggu mula praktikal utk sem akhir..
praktikal kali ni mmg sy rasa lainnya berbanding sem-sem lepas..

sampaikan satu hari sy bermimpi keadaan sy di hospital..
sy terbangun dari tidur dan sy sedang menangis..

sungguh hanya Tuhan yang tahu perasaan sy ketika itu...



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

indah pelangi itu..

Assalamualaikum
bukan mudah menggapai pelangi 
andai tiada gerimis mengiringi


Subhanallah
indah ciptaanMu

12/3/2012 @ Sg Buloh

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, February 15, 2012

wordless wednesday # 20, jihad?

Assalamualaikum



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, February 13, 2012

bukan salah 14 Februari

Assalamualaikum

perkongsian buat semua..saya ambil artikel ni dari saudara Hilal Asyraf kerana tertarik dengan apa yg disampaikannya..semoga kita semua dapat manfaatnya..

Bukan salah 14hb Februari dalam isu Valentine’s Day ini. Salahnya adalah pengisian Valentine’s Day itu sendiri. Bukan 14hb Februari yang haram, yang salah. Tetapi yang haramnya, yang salahnya, adalah pengisian Valentine’s Day itu sendiri, terhadap orang Islam. Letaklah pada tarikh mana pun, Valentine’s Day tetap akan menjadi haram dan salah buat orang Islam.

Masalah Valentine’s Day adalah, kerana ia sambutan orang yang bukan Islam. Dinamakan pula atas nama Paderi Valentino. Tidak pula berdiri atas dasar kefahaman cinta yang syara’. Sekiranya kita membuat kajian yang lebih, ramai remaja menganggap hari Valentine adalah antara hari yang baik untuk ‘graduasi’ dari teruna dan dara. Seks dengan Hari Valentine’s Day ada kaitan rapat. Dan ini adalah antara sebaran makna ‘Cinta’ yang silap.

Maka bukanlah sesuatu yang menjadi haram sekiranya kita hendak menganjurkan apa-apa majlis, program pada tarikh tersebut. Hendak melancarkan sesuatu, pada tarikh tersebut. Selagi mana apa yang kita buat itu tidak bercanggah dengan syara’, dan tidaklah pula berniat untuk meraikan Valentine’s Day itu sendiri.


p/s: kepada semua..katakan tidak pada Valentine's Day..dah terang2 haram dalam Islam ok..
kredit to: langit Illahi

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Ampunilah kami Ya Allah..

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua

Bila hati menghadap Tuhan baru ku sedar ada kelemahan..terasa kerdil berbanding Yang Esa..terharu terfikir betapa Agungnya Tuhan..
Tuhanku aku tidak layak masuk syurgaMu..namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu..terimalah taubatku dan ampunkan dosa2 ku..
Inginku ubah cara hidup ku yang lalu menjadi hamba yang diredhai selalu..tiada palsu wahai Tuhanku, Allah Yang Satu..


"Ya Allah sesungguhnya Engka Maha Pengampun, amat cinta memberi keampunan, maka  ampunilah kami"

20 Rabiulawal 1433H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...