Showing posts with label catatan harianku. Show all posts
Showing posts with label catatan harianku. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru

Assalamualaikum


selamat hari guru pada sume guru, ustaz, ustazah, pensyarah,clinical instrustor yg telah mengajar saya...
- sek keb sayong
- sek agama rakyat sayong tengah
- sek men keb sayong
- kolej matrikulasi pulau pinang (kmpp)
- uitm puncak alam

"kau ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi kegelapan hati..kau curahkan bakti dan budi..jasamu tiada berganti"
 



 p/s:terima kasih cikgu..halalkan segala ilmu yg telah kalian berikan..hanya Allah saje yg dapat membalas jasa kalian semua...semoga kalian diberkati dan dirahmati Allah....aminnn..



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, April 22, 2012

lepaskan airmatamu


Assalamualaikum

"Biar berlinangan airmata ku takkan hentikannya..biarkan ia menyembuh luka hilanglah rasa duka"
terdengar bait2 lirik lagu airmata dari kumpulan hijjaz mmg ada benarnya..
 
kadang2 sebagai manusia mmg x lari dari masalah..tapi kadang2 masalah yg dtg menimpa x mampu tertanggung..terasa sgt berat..alhamdulillah anugerah airmata yg Allah kurniakan sangat hebat..ia mampu menenangkan hati yg gundah gelana, perasaan yg kacau bilau..

jangan malu untuk menangis
Menangislah..kadang2 manusia terlalu sombong untuk menangis..lalu untuk apa air mata telah diciptakan Allah
Insyaallah akan rasa sedikit tenang..



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, April 3, 2012

buat sahabat,teman dan kawan sy..


Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca

Alhamdulillah..sy ada sahabat..yg bilamana sy perlu bantuan..mereka ada di sisi sy..bilamana sy dlm kesusahan mereka berusaha membantu sy..bilamana saya sedih mereka ada utk tenangkan hati saya..
sy sangat bersyukur kerana berada bersama mereka buat sy gembira dan bahagia..

tapi kdg2 hanya kerana dengan sedikit perselisihan faham..hati yg kecil ini terluka..hati yg kecil ini menangis..hati yg kecil ini juga kecewa..tapi lumrah kehidupan kdg2 gembira,kdg2 sedih,kdg2 kecewa..

walau ape pun yg berlaku..kamu tetap sahabat, teman dan kawan buat sy..
terima kasih kerana ada dan hadir dlm hidup sahabatmu ini..

riangnya sangat kita ketawa asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
adakalanya kita saling terluka
namun di akhirnya kita tetap bersama


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, March 27, 2012

di pagi yg indah ini

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum buat semua pembaca

sejuknya pagi ni..nyaman je rasa..
hujan kat sini..sejak awl pagi lagi..
bila hujun turun ada 1 doa ni..
"Allahumma soyyiban nafi'a"
maksudnya:" Ya Allah, semoga menjadi hujan yang membawa manfaat"
semoga kita semua memperoleh manfaat dari Allah..aminnn


p/s:jgn berselimut plak lagi ye bila hujan ni.. :)

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, March 12, 2012

jiwa kacau

Assalamualaikum

sudah agak lama sy x menulis di blog sy ni..hampir sebulan rasanya..
x sibuk pun sebenarnya..tapi masa cuti hari tu sy banyak berfikir...
berfikir balik apa yg sy penah tulis di dalam blog ni dan apa yg penah sy sampaikan..
fb langsung x da nafsu nak buka..rasa macam xde perasaan lg pada fb..rasa nak tutup tapi semua maklumat tentang kelas ada di fb...

hati serba salah..

jujur sy sedang stress...
kebetulan saya baru seminggu mula praktikal utk sem akhir..
praktikal kali ni mmg sy rasa lainnya berbanding sem-sem lepas..

sampaikan satu hari sy bermimpi keadaan sy di hospital..
sy terbangun dari tidur dan sy sedang menangis..

sungguh hanya Tuhan yang tahu perasaan sy ketika itu...



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

indah pelangi itu..

Assalamualaikum
bukan mudah menggapai pelangi 
andai tiada gerimis mengiringi


Subhanallah
indah ciptaanMu

12/3/2012 @ Sg Buloh

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, February 13, 2012

bukan salah 14 Februari

Assalamualaikum

perkongsian buat semua..saya ambil artikel ni dari saudara Hilal Asyraf kerana tertarik dengan apa yg disampaikannya..semoga kita semua dapat manfaatnya..

Bukan salah 14hb Februari dalam isu Valentine’s Day ini. Salahnya adalah pengisian Valentine’s Day itu sendiri. Bukan 14hb Februari yang haram, yang salah. Tetapi yang haramnya, yang salahnya, adalah pengisian Valentine’s Day itu sendiri, terhadap orang Islam. Letaklah pada tarikh mana pun, Valentine’s Day tetap akan menjadi haram dan salah buat orang Islam.

Masalah Valentine’s Day adalah, kerana ia sambutan orang yang bukan Islam. Dinamakan pula atas nama Paderi Valentino. Tidak pula berdiri atas dasar kefahaman cinta yang syara’. Sekiranya kita membuat kajian yang lebih, ramai remaja menganggap hari Valentine adalah antara hari yang baik untuk ‘graduasi’ dari teruna dan dara. Seks dengan Hari Valentine’s Day ada kaitan rapat. Dan ini adalah antara sebaran makna ‘Cinta’ yang silap.

Maka bukanlah sesuatu yang menjadi haram sekiranya kita hendak menganjurkan apa-apa majlis, program pada tarikh tersebut. Hendak melancarkan sesuatu, pada tarikh tersebut. Selagi mana apa yang kita buat itu tidak bercanggah dengan syara’, dan tidaklah pula berniat untuk meraikan Valentine’s Day itu sendiri.


p/s: kepada semua..katakan tidak pada Valentine's Day..dah terang2 haram dalam Islam ok..
kredit to: langit Illahi

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Ampunilah kami Ya Allah..

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua

Bila hati menghadap Tuhan baru ku sedar ada kelemahan..terasa kerdil berbanding Yang Esa..terharu terfikir betapa Agungnya Tuhan..
Tuhanku aku tidak layak masuk syurgaMu..namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu..terimalah taubatku dan ampunkan dosa2 ku..
Inginku ubah cara hidup ku yang lalu menjadi hamba yang diredhai selalu..tiada palsu wahai Tuhanku, Allah Yang Satu..


"Ya Allah sesungguhnya Engka Maha Pengampun, amat cinta memberi keampunan, maka  ampunilah kami"

20 Rabiulawal 1433H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, February 9, 2012

susah ke untuk mintak maaf dan memaafkan??

Assalamualaikum

meminta maaf dan memaafkan..itu yg terbaik..kesilapan antara manusia hanya akan terlerai bila saling maaf memaafkan..jika kita bersalah dengan Allah kita boleh berdoa diampunkan kesalahan yg telah kita buat..jika dengan manusia..perlu meminta maaf dengan empunya badan..

teringat sebuah kisah..situasinya sering kita lihat..kerana satu peristiwa, tanpa disedari si A telah melukai si B.kebetulan si A ada exam pada waktu itu ..biasanya si A dapat jawab setiap exam dengan baik kerana si A sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan mendapat markah exam yg tinggi…tapi pada hari tu apa yg dibelajar 
tidak dapat diterjemahkan di dalam paper exam..seperti ada hijab..block..

selepas exam..si A muhasabah diri dan ingat kembali apa yg telah dia lakukan hari2 sebelum ni..dia rasa tiada apa yang salah..dengan kuasa Allah..dia teringat kembali peristiwa  antara dia dan si B..barulah dia sedar dia telah melakukan kesalahan dan tidak meminta maaf kepada si B..
akhirnya dia mencari si B untuk meminta maaf dan dengan hidayah Allah..dia telah menjumpai blog si B lalu menghantar pesanan..si A buat 1 entry untuk minta maaf kepada si B..alhamdulillah..akhirnya si B memaafkan si A..


p/s:cerita ni sy olah sikit dari cerita asal dari sebuah novel “ Quartet” 
tiba2 rasa nk kongsi cite ni selepas tgk byk kisah pergaduhan yg berlaku..semoga bermanfaat..
saya pon nak mintak maaf pada semua yg mengenali diri ini..takut x sedar da buat salah dengan org lain..

16 Rabiulawal 1433H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, February 8, 2012

selamat pengantin baru Yoep Mie & Kak Yat :)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..hujung minggu lepas sepupu saya selamat bernikah..saya pun kebetulan praktikal minggu last jumaat aritu..sempat jugak la datang kenduri sebelah pengantin laki..

majlis akad nikah 4 feb 2012
kegembiraan terpancar di wajah mereka :)
majlis persandingan sebelah pengantin perempuan-kuning-
majlis persandingan sebelah pengantin laki-biru-
keluarga saya :)
selamat pengantin baru..semoga berkekalan hingga akhir hayat..amin..barakallahu fikum..

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

dear sunshine :)

Assalamualaikum

Dear sunshine, why are you hiding?
I need your warmth..
I'm not hiding
Then, why can't I see your beauty?
Open your heart & you will find me there :)
-Quartet-


when you feel lonely,stress,sad..try to see all the things around you..you will see how beautiful of Allah's creation..Subhanallah..your heart will feel calm..Insyaallah :)

p/s: bukan masa ada masalah je baru lihat alam ye.. :)
15 Rabiulawal 1433H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, February 1, 2012

eh dah bulan februari

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua

Tak sedar hari ni dah masuk bulan 2 dah..cepat betul rasanya...
rasa dah lama sangat x update entry baru..bukan apa..
rasa macam xde rasa nak mencoret di blog ni..idea ada..tapi jari ni tersangat la malas nak menaip..

mood hilang tiba2..harap2 lepas ni sy rajin la nak update entry baru..hehe..
tinggal 2 hari je lagi praktikal..pas ni bleh la tulis entry banyak2..konon la.. :)

apa khabar HATI hari ni ?
baikkah?jahatkah?semoga hati ini sentiasa ingat pada Allah..aminn..

kenangan cenderahati farewell party Degree in Nursing batch 08/09

p/s:xde motif letak gambo cawan tu.. :)
1/2/2012

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, January 12, 2012

kerana baucer buku RM200

Assalamualaikum semua
mesti ramai dah tau kan pasal baucer buku RM200 untuk pelajar IPT.

ni la baucer nye..gambo x berape clear..
Pagi tadi dah selamat ambik dah baucer tu..mula2 ingat nak simpan la 2,3 hari..alih2..terus je pg Shah Alam beli buku..hehe
Alhamdulillah..rezeki kan..lagipun saya mmg suka beli buku..kalau masuk kedai buku je mesti nak beli at least sebuah buku..
baucer pon RM200..banyak..macam2 buku bleh beli..hampir 3 jam jugak la kat dlm MPH tu dok cari2 buku mane yg berkenan.alhamdulillah...akhirnya selesai gak beli buku..

bau kedai lagi buku2 ni..hee :)

selamat membaca :)
12/1/2012

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, January 10, 2012

Ayah..semoga kau damai di sana

Sungguh sedih nasib seorang anak 
tak dapat melihat lagi senyum ayahnya
yang ada hanya cahaya senja 
membawa kenangan lalu 
sungguh hiba hati seorang anak 
tak dapat menyentuh lagi tangan ayahnya
yang ada hanya lembaran malam 
menyusung ratapan pilu
Ayah....aku terlalu rindu
tak dapat ku luahkan tak terbendung
Tuhan gugurkanlah dosanya
seperti hujan yang menitis
airmata yang tak tertahan lagi

ayah-soufies


Ya Allah..Kau ampunkanlah segala dosa2 ayahku..Kau tempatkanlah dia di tempat hambaMu yang soleh..Kau rahmatilah rohnya..amin Ya Rabbal 'alamin...
Ayah..kan ku kirimkan doa buatmu di sana..ayah..semoga kau damai di sana..

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, January 5, 2012

entry pertama 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera sume

rasa lama beno tak menulis di blog kesayangan ni..entry tahun baru pon x sempat nak tulis..bz bebeno plak rasenye...bukan apa..stdy week la katakan..sibuk stdy..hehe
Alhamdulillah..tadi dah selamat jawab exam..sem ni paper pun 1 je..
Insyaallah..esok sy balik kampung lagi sekali..happy nye ^____^

kepada kawan2 yg masih ade exam tu..semoga berjaya ye..buat yg terbaik..doa usaha tawakal..


 Itterasshai  
Kiotsukete :)
5 jan 2012@Puncak Alam

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, December 24, 2011

saya mau makan durian + rambutan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, salam sejahtera semua

lame x update blog..sangat bz..praktikal, portfolio, research..
alhamdulillah..sudah selesai 4 minggu praktikal kt hospital..assignment pon de sikit je lg nak siap.minggu depan dah start stdy week.stdy week tapi minggu cuti untuk saya..hehe

Insyaallah..esok kalo de tiket akan pulang ke kampung..ibu pon dah pesan x nak balik ke?rambutan ngan durian banyak..serius, mmg kepingin sangat nk makan..tapi x dapat..huhu
balik nnti nak makan banyak2..wee

dah start makan ni x boleh berhenti..hehe

sedapnye..bila nk dpt mkn ni..

p/s: jumpe lagi rabu depan...Insyaallah :)
24/12/2011 @ Puncak Alam

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, November 27, 2011

salam maal hijrah 1433H


27/11/2011 bersamaan 1 Muharram 1433H
sudah masuk tahun baru Islam..alhamdulillah..masih diberi pinjaman oksigen dari Allah untuk meneruskan hidup..
terima kasih Allah kerana masih memberikan peluang untuk ku terus beribadat kepada Mu..sungguh..masih begitu cetek ilmu di dada ini..

hanya kepada Mu ku mohon pertolongan dan petunjuk..
tunjukkan aku jalan yg lurus..jalan yang Engkau beri nikmat..bukan jalan mereka yang Kau murkai..Amin Ya Allah..




1 Muharram 1432H@ Puncak Alam


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, November 22, 2011

malaysia juara bola sepak sukan sea kali kedua berturut-turut


Alhamdulillah..akhirnya setelah dok tgk bola lebih dari 120 minit..malaysia menang dengan sepakan penalti 4-3..
Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yg telah berjuang hingga ketitisan peluh yg terakhir..
sanggup menumpang umah kawan tgk bola memandang kan umah sendiri xde tv..hehe
yg penting sokongan utk Malaysia itu ada.. :)

walaupun bermain dlm keletihan tapi tetap berjuang habis-habisan..
I LOVE MALAYSIA




21/11/2011


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, November 20, 2011

5000 langkah di World Walking Day


Bismillahirrahmanirrahim
Apa khabar semua..harap semua sihat hari ni ye..alhamdulillah pg tadi join program World Walking Day di Putrajaya..
sangat suka pemandangan dan suasana kat putrajaya tadi..tenang n relax je rasa..dah lame x pg beriadah sebenarnya..berjalan di sepanjang tasik ngan udara pagi..sangat best..dah lama x rasa nyaman mcm tu..
sungguh nikmat Allah beri sangat banyak..Alhamdulillah..




ramai jgk yg join

berhenti bergamba ngn kuda jap.. :)

akhirnya...5000 langkah dh berjalan..tapi rasa macam lebih je..hee
..FINISH..
20112011


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...