Hari ini..sudah seminggu ku praktikal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak(KKIB)…selama seminggu praktikal di sini..macam2 ilmu yang dah ku dapat..sebelum ni biasanya praktikal di hospital..tapi kali ni di klinik…sangat berbeza kerja2 yang di lakukan di 2 tempat ni..kalo di hospital tugas sebagai seorang jururawat lebih fokus kepada penjagaan dan rawatan kepada pesakit yg sudah menghidapi penyakit seperti darah tinggi,kencing manis,asma dan lain2..
Lain plak di klinik ni..fokus nye adalah ibu dan anak..maksudnya…ibu2 yang mengandung,ibu yang dah bersalin,yang dah ada anak…dan sewaktu dengannya..hehe..paling penting sekali..kita x panggil patient tapi client sbb ibu2 mengandung bukan pesakit..sbb diorg bukan berpenyakit..betul kan.. ^__^
kat klinik ni lebih kepada komunikasi..majority kat sini mesti ada interview pada client..tanya history sana..history sini..semua la kena korek..hehe..bukan nak korek sebab jaga tepi kain orang…tapi semua maklumat yang ibu2 beri tu sangat penting untuk memastikan ibu dan anak sihat…so, kadar kematian dan kecacatan dapat la dikurangkan..selain tu dapat tau macam mana nak daftar kat klinik bila dah mengandung dan ada anak..senang sikit bila dah mengnadung dan ada anak nanti..dah tau prosedur la katakan..wink3.. J
kat klinik ni jugak ada perkhidmatan di sekolah..diorang ada satu pasukan yang akan buat aktiviti di sekolah…kalo nak imbas kembali, inagt x masa zaman sekolah dulu..kita semua pernah diberi nasihat macam mana nak berus gigi dengan cara yang betul..dapat suntikan dari jururawat..rawatan pergigian..semua tu termasuk la dengan perkhidmatan di sekolah..teringat masa zaman sekolah dulu..excited sgt kalo nampak van klinik kesihatan datang sekolah..tambah2 kalo dapat rawatan gigi.. hee J
2 hari lepas ku berpeluang juga pegi sekolah murid darjah 1…ada physical examination..check kuku,rambut,kaki..semua la…maklumla budak2 kan suka main2..selalu je kotor satu badan..tu yg kena check supaya dapat elak penyakit…pastu diorang ni kena dapaykan suntikan…murid tahun 1 akan dapat suntikan vaksin DTaP (diphtheria, tetanus,polio) dan MMR(measles, mumps, rubella)..kalo nak tau lebih lanjut pasal vaksin2 ni boleh la search kat google erk…nak cite kat sini takut x paham plak nanti..hehehe..macam2 gelagat murid2 tahun 1 ni..ada yang takut nak suntik..yg menangis meraung-raung pon ada..sorang menangis,kawan2 yg lain pon mulalah ikut menangis..hehe..macam tu agaknya ku dulu..kikiki.. tapi pengalaman kat sekolah ni memang best dan enjoy..
Sampai sini dulu kot…de masa nanti sambung lagi len kali
Ruang tamu umah sewa@puncak alam
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^