Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

susah ke untuk mintak maaf dan memaafkan??

Assalamualaikum

meminta maaf dan memaafkan..itu yg terbaik..kesilapan antara manusia hanya akan terlerai bila saling maaf memaafkan..jika kita bersalah dengan Allah kita boleh berdoa diampunkan kesalahan yg telah kita buat..jika dengan manusia..perlu meminta maaf dengan empunya badan..

teringat sebuah kisah..situasinya sering kita lihat..kerana satu peristiwa, tanpa disedari si A telah melukai si B.kebetulan si A ada exam pada waktu itu ..biasanya si A dapat jawab setiap exam dengan baik kerana si A sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan mendapat markah exam yg tinggi…tapi pada hari tu apa yg dibelajar 
tidak dapat diterjemahkan di dalam paper exam..seperti ada hijab..block..

selepas exam..si A muhasabah diri dan ingat kembali apa yg telah dia lakukan hari2 sebelum ni..dia rasa tiada apa yang salah..dengan kuasa Allah..dia teringat kembali peristiwa  antara dia dan si B..barulah dia sedar dia telah melakukan kesalahan dan tidak meminta maaf kepada si B..
akhirnya dia mencari si B untuk meminta maaf dan dengan hidayah Allah..dia telah menjumpai blog si B lalu menghantar pesanan..si A buat 1 entry untuk minta maaf kepada si B..alhamdulillah..akhirnya si B memaafkan si A..


p/s:cerita ni sy olah sikit dari cerita asal dari sebuah novel “ Quartet” 
tiba2 rasa nk kongsi cite ni selepas tgk byk kisah pergaduhan yg berlaku..semoga bermanfaat..
saya pon nak mintak maaf pada semua yg mengenali diri ini..takut x sedar da buat salah dengan org lain..

16 Rabiulawal 1433H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, January 16, 2012

petua Imam Syafie

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak kongsi sedikit petua dari Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
   2. memakai haruman 
                                                3. kerap mandi                                                   
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


sumber:Khazinatul Asrar




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, October 1, 2011

alamak..cite pasal aurat lagi..boleh je kan :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Di tanya pd seorg gadis 

Awak syg ayah awak tak?

Sayang sngt2! He's my hero!

Tapi kenapa awak tak tutup 'aurat'? Sian...ayah awak kena tnggung dosa awak setiap hari smpai awak bersuami..


Bila dah bersuami dan ditanya lagi

Awak cinta suami awak tak?

Of course! He's my life, heart & soul!

Tapi kenapa awak tak tutup 'aurat'? Hebatnya cinta awak sampai snggup biarkn suami tanggung semua 'dosa' aurat awak tuh?!

kalo bulan Ramadhan lepas x start lagi..apa kata mula dari saat ini..boleh kan? :)

semoga bermanfaat
sumber asal: dari seorang teman fb :)


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, September 30, 2011

lawa rambut..pakai ape?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai ape?

Si gurl: Ustaz nak kenakan saya ke?

Ustaz: Taklah. Rambut anak pempuan saya yg kecil tu selalu je kusut. Lagi2 bila bawah matahari. Benda yg awak pakai ni tahan matahari erk?

Si gurl: Ooo.. Saya pakai *** ustaz.. Nak lagi lawa tambah *** sikit... Blalalala... Memang tahan matahari. Tahan haba.

Ustaz: Ooo... Agak2 dengan bara api neraka tu tahan tak?

Si gurl: erggggg


mcm ni kn cantik :)

sumber:khazinatul asrar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, September 26, 2011

nasihat asy-Syahid Imam al-Banna

Assalamualaikum semua

sedikit coretan sebelum tido malam ni..semoga kita semua dapat manfaatnya..Insyaallah :)

Antara 10 nasihat asy-Syahid Imam al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah mengerjakan solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah(taaruf) dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itugunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

-sekian-

kredit to anem radziah sudi kongsi ilmu ini ^__^
28 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, September 24, 2011

kata-kata indah di pagi sabtu :)

Assalamualaikum
salam sejahtera semua

hari ni nak kongsi 1 lagi kata2 indah :)

Besi itu kuat, tapi API mampu meleburnya. Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya. Air itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatkannya. Awan itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya. Angin itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya. Bukit itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya. Manusia itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkannya. Nafsu itu kuat, tapi hanya IMAN mampu mengalahkannya. 



semoga bermanfaat ^_^
26 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, July 28, 2011

perkongsian hadis hari ini

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
hari ni sy nk kongsi 1 potong hadis..selamat membaca :)

HADIS 1
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman"
hadis  ni mengenai tanggungjawab kita untuk menyampaikan sesuatu yg baik (berdakwah)..nasihat menasihati antara satu dengan yg lain jika melihat sesuatu kemungkaran samada melalui perbuatan,lidah dan hati  
semoga bermanfaat
p/s: hadis kat atas ni saya ambil dari hadis 40 Imam Nawawi

27 Syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, July 10, 2011

kenapa aku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup ni..kadang2 selalu ada dalam pemikiran kita bermacam-macam persoalan bila ada sesuatu masalah berlaku pada kita..kenapa sume tu berlaku kat aku?kenapa aku diuji sebegini?kenapa nasib aku mcm ni?dan macam2 lg persoalan..tapi tahukah kita setiap persoalan tu sudah diberi jawapan di  dalam Al-Quran..

Kenapa aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya; "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'kami telah beriman.'sedangkan mereka tidak diuji?dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang berdusta."(Surah al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak ketahui."(Surah al-Baqarah: 216)

Kenapa aku diuji seberat ini?

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Bagaimana kan ku hadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali Imran: 200)

Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan mmberikan (bayaran) syurga untuk mereka..." (Surah at-Taubah: 111)
semoga bermanfaat ^^
sumber:Majalah Solusi
9 syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, July 8, 2011

bila bertemu sesama rakan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

agak2 nya la kan..apa yg perlu sorang rakan buat untuk rakannya?tau x apa?nak tau...teruskan bacaan anda..baca sampai habis tau ^^

Imam muslim meriwayatkan hadis dari abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
"hak seorang Muslim kepada Muslim lainnya ada enam perkara: 

1) Apabila engkau bertemu dengannya,ucapkanlah salam.

2) Apabila dia mengundangmu. maka kabulkanlah.

3) Apabila dia minta nasihat darimu, hendaklah kamu menasihatinya.

4) Apabila dia bersin, lalu mengucapkan "Alhamdulillah", maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah".

5) Apabila dia sakit, hendaklah kamu ziarahinya.

6) Apabila dia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur."

semoga bermanfaat ^_^
sumber:Solusi isu perdana 
7 Syaaban 1432H
@Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, July 7, 2011

menyebar salam pencetus kasih sayang sesama muslim

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..hari ni saya nak kongsi sebuah hadis yang berkaitan dengan memberi salam..selamat membaca ^^
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya ; " kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih-sayang.Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain?Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 
nampak simple dan senang je kan..tapi kadang2 benda senang macam ni la yang selalu kita lupa nak buat kan..jadi..pasni selalu la sebarkan salam ye..eh..kalo ada org laki yg bg salam pastu ckp "tak jawab dosa, jawab gatal"...buat x tau je..jawab dalam hati..hehe ^__^


6 Syaaban 1432H
@Kuala kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, July 4, 2011

Kisah Lobak, Telur Dan Coklat Panas

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..anda pernah dengar tak kisah lobak, telur dan coklat panas?rasanya kisah ni agak popular..kalo dengar ceramah ke selalu jgk dengar penceramah selitkan kisah ni..ada yg x tau?jom kita baca sama2 ^^
kisahnya macam ni....
Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap 'horror'. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay.
Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk 'stainless steel' yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya.
Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.
Nur Izzah menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula.
Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?
Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas...
Chef Jay : OK... cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu... lepas tu... beritahu ayah apa yang Izzy rasa.
Nur Izzah : Hmmm... lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan... kenapa ayah buat macam ni???
Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.
Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy tak faham.
Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.
Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu... Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.
kawan2 sekalian...Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka.
Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin...
Sumber asal: iluvislam.com


4 Julai 2011
@ 3 Syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, June 28, 2011

segmen: lets learn from the best

.بسم الله الرحمن الرحيم
السلام Ø¹Ù„يكم

Apa khabar semua?semoga kalian semua sihat..
Sedang menziarah blog kawan2 saya..sy tertarik dengan 1 entry mengenai segmen: let's learn from the past..lepas dah baca entry tu baru saya faham...siapa yg jadi THE BEST dan apa yg perlu kita  belajar dan ikut apa yg telah disampaikan..semestinya Rasulullah SAW junjungan besar kita..sebenarnya banyak sunah2 yg mudah tapi seringkali kita terlupa atau x sedar itu adalah salah satu dari sunah nabi..kalo nak dikira..dalam kehidupan kita seharian dan banyak sunah2 yg kita boleh lakukan...

okla..berbalik pada segmen yg dianjurkan  blog THE GARDEN OF LOVE , saya perlu menerangkan mengenai 1 hadis yg berkaitan dengan akhlak/ adab..


hadis yang telah saya pilih adalah mengenai MENGHORMATI JENAZAH..jom kita lihat hadis ini di bawah:
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang.”(Hadis Riwayat Muslim)
apa yang dapat dihuraikan melalui hadis ini ialah orang yang meninggal hendaklah disegerakan pengkebumiannya. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati sehinggalah jenazah selesai dikebumikan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita tidak begitu digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut sedangkan tangisan dan ratapan yang berlebihan diharamkan di dalam Islam.

p/s:ramai yg bercakap-cakap mengenai si mati selepas kematiannya..seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap begitu..dosa seseorang itu adalah antara Allah dan dia..kita tidak berhak menghukum..sebaliknya apabila adanya kematian kita perlu muhasabah dan menginsafi diri..bagaimana keadaannya apabila kita sudah meninggal nanti..wallahualam..semoga kita mendapat manfaat.. ^^

26 Rejab 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, June 26, 2011

bila diri disayangi

Terdengar bisikan mesra
kalimah keramat bermentera 
bermulanya siang berakhir malamku 
tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu 
tiada tempat Mu tertentu 
di gunung di lembah di darat di air 
siapa pun hamba 
keikhlasan doa keagungan kasih 
merubah takdir 

bila kusedari diri di sayangi 
langkah kaki ini semakin berani 
bila terkeliru ku ucap nama Mu 
terasa diriku kembali di pandu 

Engkau yang pertama tiada akhirnya 
aku dalam kegelapan Engkau lah cahaya
izinkanlah aku menumpang di sini
di bawah naungan kasih dan sayangMu
ku berserah diri

salam sejahtera semua..agak2 nya penah ternampak atau terdengar tak bait2 kata kat atas ni..mungkin yg ada mungkin juga tak..sebenarnya bait2 kata kat atas ni adalah lirik lagu salah satu kumpulan yang agak popular suatu ketika dulu..anda kenal dengan Ukays?ala..yang popular dengan lagu di sana menanti di sini menunggu tu..mesti tau kan..ermm,sebenarnya bukan apa..saya sangat suka dengan lirik dan lagu ni..sangat mendalam lirik nya..sebelum ni saya dengar lagu ni sedap tapi tak berapa nak menghayati lirik dia..cuma dengar je..tapi bila hayati lirik dia..lepas dengar je rasa sangat sayu..betapa kita sangat bertuah kerana Allah sentiasa bersama2 kita..betapa Allah kasih dan sayang kan kita..diberi segala panduan hidup untuk kita..tetapi adakah kita hargai hidup di dunia ini..kita hanya menumpang seketika dan akhirnya akan kembali kepada Nya.. ibarat pepatah " dunia ini hanya persinggahan "

semoga kita dapat kenal pasti kembali tujuan kita hidup di dunia ini..semoga bermanfaat.. ^^
p/s: lagu:bila diri disayangi
      nyanyian: Ukays
      jangan lupa dengar dan hayati lirik lagu ni ye :)

"berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"

24 Rejab 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, June 22, 2011

pesanan Luqmanul Hakim -part 2-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..rasa dah agak lama x update blog saya ni..bukan apa bila dok kampung ni mmg susah sikit nak online..hari tu saya dah janji nak buat sambungan mengenai pesanan Luqmanul Hakim..jadi,mesti kena tunaikan..betul x?semoga dapat memberi manfaat kepada semua..selamat membaca ^__^

sambungan ke 13-25:

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu  belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih  mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah  engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap  orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu. 

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih  hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak  dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan  nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya  untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

20 Rejab 1432H
@Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, June 16, 2011

25 pesanan Luqmanul Hakim

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..hari ni saya nak kongsi tentang pesanan Luqmanul Hakim..mesti ramai yg biasa dengar siapa Lukmanul Hakim ni kan...mana tak nya dalam Al-Quran pun ada 1 surah khas mengenai beliau-Surah Luqman..semoga pengisian kali ni dapat memberi manfaat kepada kita semua..selamat membaca. ^^


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat  penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.



03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,  maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya  ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang  sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang  air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,  adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak  menjadi utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,  takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu  kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 


p/s:Insya Allah..saya akan sambung pesanan2 Lukmanul Hakim yang ke 13-25 pada entry yang akan datang..
16 JUN 2011 
@ Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, April 23, 2011

~ Curang ~

Ku akui ku pencinta sejati
 ku berjanji yang Kau selalu ku sayangi
 namun kasih selalu ku bohongi
 betapa malunya aku menghadapMu 

mencariMu hanya bila ku rindu 
mula bersujud hanya bila ku perlu
 namun bila Kau beriku cinta 
panggilan Mu tak pernah aku dengar 

angkuhnya ku pada kejadian ku 
merasakan dunia lama milik ku 
kan kelu kah lidah bersyahadah cinta 
bila nafas di hujung nyawa 

curang nya ku di setiap nafas 
ku melupakan aku hanya milikmu 
jauh ke syurga dari pandangan 
kifarah dosa kini ku rasakan 

feelhoney-curang


penah dengar lagu ni x?kalo x penah cuba search kat youtube ke, 4shared ke..pasti ada..sekadar perkongsian bersama..lirik lagu ni sangat bermakna..menilai letak diri kita sebagai seorang hamba Allah SWT..di manakah Dia di hati kita..ingat kah kita pada Nya..bersyukur kah kita pada Nya..sombong kah kita? angkuh kah kita dalam mengingati Nya..setiap bait lirik lagu ni mendatangkan banyak pesoalan..yang pasti untuk memperbaiki diri kita sebagai seorang muslim/muslimah sejati..Insya Allah..Wallaualam..

peringatan untuk diri dan semua..semoga bermanfaat ^__^

19 Jamadil Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, April 19, 2011

~ cantik dipandang ~


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad] 
Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)  

sumber asal: www.iluvislam.com
15 Jamadil Awal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, April 10, 2011

~ buatmu adam ~

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

kredit to cik wan atas artikel ^^ 

6 Jamadil Awal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, April 6, 2011

Jalan Ilmu Jalan Ke Syurga


Ilmu ialah pengetahuan (maklumat) yang merupakan lawan kepada ketidaktahuan atau kejahilan. Ilmu secara syarie adalah ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang berupa penjelasan dan petunjuk yakni al-Quran, as-Sunnah dan kefahaman yang benar terhadapnya. Iaitu ilmu yang membimbing kehidupan di dunia hingga ke akhirat.


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, March 15, 2011

~ Sayang kah kita kepada Allah? ~


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:

" Allah SWT berfirman: ' Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirrinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka.Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak. "

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah)

sumber: Al-Asma Al-Husna, Indahnya Nama Allah

~betapa kasihnya Allah kepada kita..cuma kita yang sombong dan bongkak dalam mencari Cinta dan Redha-Nya..renungan bersama untuk hari ini..sama2 kita muhasah diri..Insya Allah..~

10 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...