Dalam hidup ni..kadang2 selalu ada dalam pemikiran kita bermacam-macam persoalan bila ada sesuatu masalah berlaku pada kita..kenapa sume tu berlaku kat aku?kenapa aku diuji sebegini?kenapa nasib aku mcm ni?dan macam2 lg persoalan..tapi tahukah kita setiap persoalan tu sudah diberi jawapan di dalam Al-Quran..
Kenapa aku sering diuji?
Firman Allah, maksudnya; "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'kami telah beriman.'sedangkan mereka tidak diuji?dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang berdusta."(Surah al-Ankabut: 2-3)
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Firman Allah, maksudnya: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak ketahui."(Surah al-Baqarah: 216)
Kenapa aku diuji seberat ini?
Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Bagaimana kan ku hadapi ujian ini?
Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali Imran: 200)
Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan mmberikan (bayaran) syurga untuk mereka..." (Surah at-Taubah: 111)
semoga bermanfaat ^^
sumber:Majalah Solusi
9 syaaban 1432H
6 comments:
kb bila terasa diri diuji Allah..kb mesti selalu ingatkan diri..Allah uji kita sebab kita mampu laluinya.. :)
istigfar byak2~insyaALLAH~
kotak bulat: betul..setuju sgt..kdg2 bila ujian bertimpa-timpa rasa berat sgt..tapi selalu pk Allah beri ujian sebab sayangkan kita..nak ingtkan kita..
senyumSOYA: Insya Allah..kena selalu mintak ampun dari Allah..
"kulla syai'in sababa"
setiap yang berlaku pasti ada sebabnya~...
@GaRy™
sume dh de kt dlm al-quran kn sebenarnya..cuma kita je x tau..
Post a Comment