Showing posts with label buku kesayangan. Show all posts
Showing posts with label buku kesayangan. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

kerana baucer buku RM200

Assalamualaikum semua
mesti ramai dah tau kan pasal baucer buku RM200 untuk pelajar IPT.

ni la baucer nye..gambo x berape clear..
Pagi tadi dah selamat ambik dah baucer tu..mula2 ingat nak simpan la 2,3 hari..alih2..terus je pg Shah Alam beli buku..hehe
Alhamdulillah..rezeki kan..lagipun saya mmg suka beli buku..kalau masuk kedai buku je mesti nak beli at least sebuah buku..
baucer pon RM200..banyak..macam2 buku bleh beli..hampir 3 jam jugak la kat dlm MPH tu dok cari2 buku mane yg berkenan.alhamdulillah...akhirnya selesai gak beli buku..

bau kedai lagi buku2 ni..hee :)

selamat membaca :)
12/1/2012

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, April 23, 2011

jalan2 di pesta buku ^^

..Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..di celah kesibukan menghadapi minggu stdy untuk final exam..ku gagahkan langkah pg ke pesta buku di PWTC..sekadar meringankan rasa berat di dada dan fikiran buat masa ini..bak kata orang..mencari ketenangan.. :)

Bergerak seawal pkul 8 pagi lagi akhirnya sampai di sana lebih kurang jam 12.30..sempat juga saya berjumpa dengan rakan semasa belajar di matrik dulu.. my ex classmate in KMPP cik janna & my ex roomate in KMPP cik nana ..terima kasih sudi jumpe kite..semoga kita dapat berjumpa lagi..Insya Allah.. ^__^

Di PWTC, cari punye cari booth yg nak di cari akhirnya jumpe..yg di cari booth Jemari Seni..Jemari Seni di adalah salah satu pengeluar novel..saya mmg sangat suka novel2 keluaran JS ni..sume best2..akhirnya saya telah membeli 3 buah novel dengan potongan harga..murah tau beli kat sini..sapa2 yang nak beli boleh la dtg kat pesta buku ni..macam2 jenis buku ada..cepat2 sebelum terlambat..

antara buku2 yang di beli..hee ^__^
baju melayu hijau serindit-syud
dapat jumpe live ngan kak syud n autograf k..jgn jeles hee

contengan jalanan-hlovate
dapat penanda buku n autograf hlovate..exclusive tuk 1000 org pertama yg beli novel dia..wee

Quartet-Saidatul Saffaa

22 April 2011

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, March 7, 2011

denyut kasih medik


Bismillahirrahmanirrahim..
apa khabar anda hari ni?semoga sihat ye..hari ni sy nak kongsi cite pasal sebuah buku.." Denyut Kasih Medik " karya Dr Farhan Hadi..mungkin dah ada yg tau pasal novel ni kot..saje nak kongsi.. ^^
novel ni kisah seorang doktor muda yang baru grade dan buat praktikal kat hospital..de macam2 peristiwa yg berlaku di hospital dan di olah menjadi 1 cerita yg padat dengan informasi mengenai fiqh2 perubatan..mungkin ramai yg di luar sana x berapa familiar dengan suasana di hospital dan isu2 yang berkaitan dengan kesihatan..contoh nya macam mana cara bersolat untuk org sakit walaupun patah sini sana, luka, x boleh jalan..semua tu sebenarnya xde halangan bagi seorang Islam untuk mendirikan solat..dan macam2 lagi la ada kt dlm novel ni..

kalo nak tau sinopsis novel ni..terus baca kat bawah ni k.. :)


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, February 15, 2011

~buku indahnya hidup bersyariat~

modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat SEPANJANG HAYAT

penulis:Ustaz Dato' Hj Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
isi buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri,seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat. merangkumi syariat bermula dari kelahiran sehingga berakhirnya hidup seorang insan. teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat..paling penting mudah difahami ^^

baru je beli semalam...memang sangat best..boleh guna bila-bila masa dan sampai usia tua nanti..

15 feb 2011 @ 12 Rabiulawal 1432H
~hidup bertakwa bermula dari lahirnya insan ke dunia~



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, January 8, 2011

doa melihat hujan

Skrg ni kalo kita tgk..slalu je hujan kan..x kira la pg,ptg,subuh atau malam…tido pon best je kalo sejuk2 ni kan..hehe..nak tanya korg la kan…sape yg biasa baca doa melihat hujan apabila hujan turun?rasa2 macam ramai je ni kot..hehe..saya pon tau doa ni x seberapa lame yg dulu..bila saya baca sebuah buku yg bertajuk “ DIARI SUFI”…
ni la cover buku " diari sufi"


mmg best la buku ni..byk doa2 simple yg kdg2 kita x amalkan pon atau terlupa atau sengaja x baca…mcm doa sebelum dan selepas tido, sebelum dan selepas makan, doa masuk toilet, doa tgk cermin..doa2 yg tiap2 hari kita buat la pendek kata..hehe..bukunya pon nipis je tapi padat..
Kla, kali ni sy nak kongsikan 1 doa..
DOA MELIHAT HUJAN

~Semoga bermanfaat~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, December 7, 2010

RAYYAN FANTASI - RAMLEE AWANG MURSHID

NOVEL THRILLER TERBARU DARI RAMLEE AWANG MURSHID

SYNOPSIS
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan. RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
------------------------------------
Novel ni fresh dari ladang lagi..baru je dilancarkan 2,3 hari lepas..saya pon x diberi kesempatan lagi nak beli novel ni..memandangkan saya memang minat dengan karya Ramlee Awang Mursyid ni, Insya Allah saya akan beli dan akan tambah koleksi novel saya..hehe..
All the best la untuk RAM..semoga berjaya menghasilkan lagi novel2 yang best di masa akan datang.. ^___^
Jom pakat ramai2 membeli dan membaca..bak kata pepatah:
 “ Amalkan Budaya Membaca”

                                      ~Semoga bermanfaat~                                                      

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, March 14, 2010

~kEraNa CiNta hAruS MemiLiH~

  Judul : Kerana Cinta Harus Memilih
Penulis : Burha Sodiq
Harga : RM 13.90
Terbitan : Kemilau Publika Sdn.Bhd
Cetakan Pertama : 2009

Kerana Cinta Harus Memilih mengingatkan remaja bahawa: Kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan kita kepada Tuhan.Kita yang memilih untuk tidak mahu menangis setelah dipermainkan cinta duniawi, berbahagialah.Seburuk apa pun masa lalu kita, kalau hari ini kita benar-benar bertaubat dan memperbaiki diri, insya-Allah semua keburukan itu akan terhapus.Hari ini adalah hari untuk menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai hasil.Kerana itu, jika kita ingin tahu masa depan kita, maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang." - Pyanhabib-

Ini bukan judul sinetron, bukan pula opera sabun. Tapi judul buku ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami.Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikannya kekasih atau hanya teman.Tentu saja akan ada perasaan bimbang, ragu campur perih.Lengkap dengan airmata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan ini harus dipilih.Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kamu semakin tunduk, semakin cinta hanya kepada si Dia, Allah SWT.Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang indah dan penuh pahala.Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan.Berkata semahunya dan memberi makna sebaik-baiknya.Mendialog apa yang kamu rasakan dan memberi kesesuaian atas pilihan yang kamu tentukan.Kerana masa remaja kamu akan tersia-sia, manakala kamu tidak boleh memandunya.Jangan sampai kerana asyik dengan cinta yang salah, hidup kamu menjadi tidak indah.

p/s : semoga bermanfaat^_____^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, January 17, 2010

~Novel-novel keluaran Jemari Seni~


Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

fieha_fs:~akan dikeluarkan mulai 15 Januari 2010~



berapa lama untuk kita jatuh cinta?
dan berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...?

fieha_fs: ~akan dikeluarkan pada 10 Februari 2010...~

saya ingin memiliki ke dua2 buah novel ini...InsyaAllah...hehe(^_^)


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa

[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]

Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

fieha_fs:novel yg ni dari thn lepas nak beli..tapi masih x jumpe kat kedai buku..bila 
 agaknya baru dapat beli..
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...