Saturday, February 11, 2012

antara 2 kasih, maqamnya yg berbeza

Assalamualaikum

mari kita sama2 hayati bait2 lirik ini..semoga ada manfaatnya..Insyaallah

deru ombak pecah berderai
mengulang pantai datang dan pergi
begitu kasih insan diibaratkan
bagai ombak memukul pantai

tika kasih melestarikan sayang 
semuanya indah dipandang mata
pabila rasa benci terbit di hati
rasa kasih dan sayang pun menyinsing

tanda kasih yang abadi 
dalam senang jua dalam kesempitan
kasih Illahi tiada bersempadan
tak memilih siapa
tidak berakhir kekal selamanya

di antara 2 kasih 
di maqamnya yg berbeza
mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara

lahir dari ketulusan jiwa
bersuluhkan iman
namun nafsu menodainya

kekadang kasih kita sesama insan
bisa mengundang keredhaan tuhan
jika insan menghargainya dan memuliakannya 

kasih Allah kekal selamanya
kasih manusia hanyalah sementara

antara dua kasih-UNIC



gambar kredit to: Dr.Cinta Punye Belog
sama2 kita jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia..Insyaallah..
18 Rabiulawal 1433H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, February 9, 2012

susah ke untuk mintak maaf dan memaafkan??

Assalamualaikum

meminta maaf dan memaafkan..itu yg terbaik..kesilapan antara manusia hanya akan terlerai bila saling maaf memaafkan..jika kita bersalah dengan Allah kita boleh berdoa diampunkan kesalahan yg telah kita buat..jika dengan manusia..perlu meminta maaf dengan empunya badan..

teringat sebuah kisah..situasinya sering kita lihat..kerana satu peristiwa, tanpa disedari si A telah melukai si B.kebetulan si A ada exam pada waktu itu ..biasanya si A dapat jawab setiap exam dengan baik kerana si A sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan mendapat markah exam yg tinggi…tapi pada hari tu apa yg dibelajar 
tidak dapat diterjemahkan di dalam paper exam..seperti ada hijab..block..

selepas exam..si A muhasabah diri dan ingat kembali apa yg telah dia lakukan hari2 sebelum ni..dia rasa tiada apa yang salah..dengan kuasa Allah..dia teringat kembali peristiwa  antara dia dan si B..barulah dia sedar dia telah melakukan kesalahan dan tidak meminta maaf kepada si B..
akhirnya dia mencari si B untuk meminta maaf dan dengan hidayah Allah..dia telah menjumpai blog si B lalu menghantar pesanan..si A buat 1 entry untuk minta maaf kepada si B..alhamdulillah..akhirnya si B memaafkan si A..


p/s:cerita ni sy olah sikit dari cerita asal dari sebuah novel “ Quartet” 
tiba2 rasa nk kongsi cite ni selepas tgk byk kisah pergaduhan yg berlaku..semoga bermanfaat..
saya pon nak mintak maaf pada semua yg mengenali diri ini..takut x sedar da buat salah dengan org lain..

16 Rabiulawal 1433H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, February 8, 2012

selamat pengantin baru Yoep Mie & Kak Yat :)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..hujung minggu lepas sepupu saya selamat bernikah..saya pun kebetulan praktikal minggu last jumaat aritu..sempat jugak la datang kenduri sebelah pengantin laki..

majlis akad nikah 4 feb 2012
kegembiraan terpancar di wajah mereka :)
majlis persandingan sebelah pengantin perempuan-kuning-
majlis persandingan sebelah pengantin laki-biru-
keluarga saya :)
selamat pengantin baru..semoga berkekalan hingga akhir hayat..amin..barakallahu fikum..

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...