Monday, March 22, 2010

~Posting Sem Ini~

Mulai 22/3- 16/4..posting di Hospital Sungai Buloh selama 4 minggu sebelum final exam tiba:

Week 1(22/3-26/3~ Labour Room) done
Week 2(29/3-2/4~ Antenatal Ward) done
Week 3(5/4-9/4~ Postnatal Ward)
Week 4 (12/4-16/4~ Gynae Ward)

Final exam..
--------
------
----
--

Continue posting di Hospital Tanjung Rambutan (10/5-21/5)

kata fs:Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusanku...amin..

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, March 20, 2010

~BeNgKoKnYa WaNitA~

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."


"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."


"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."


"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."


"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."


"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"


"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."


"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."


"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."


"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"


"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."


"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."


"Apa maksud sebenar Hadis tu?"


"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."


"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"


"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "


"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."


"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."


"Hmm, betul tu Naim."


"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."


"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."


"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "


*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~Khasiat Tembikai~

Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.





Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~JaLan-JalaN ke TAmaN peRtaNiaN MaLaYsiA~

Alhamdulillah..selesai sudah minggu kuliah untuk sem ni...terasa cepat sungguh masa berlalu..10 minggu sudah berlalu...yg pasti praktikal di hospital sungai buloh plak menanti..hehe..sekadar mengisi masa terluang selepas selesai kuliah..sy dan kawan2 berehlah di TAMAN PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT CAHAYA SERI ALAM di Shah Alam..mula2 masuk kat kawasan tu..mmg dah rasa best jer...kawasan yg berbukit dan pemandangan yg meredupkan..terasa tenang fikiran dan emosi..


Dah lama x berpeluang berbasikal..gembira + terharu di beri kesempatan menaiki basikal sepanjang perjalanan kami...tgk taman padi, rumah musim bunga + bau bunga yg sgt harum..indahnya ciptaan Tuhan..dan juga rumah2 kampung di setiap negeri..best sgt3..terasa ingin kembali ke sana sekali lagi..Insyaallah..Jom lihat sedikit gambar kami di sana..^___^

~taman padi~





~bunga tulip kegemaran sy ^_^~

~roses~

kata fs:thanks to mire, syama n fatin yg sudi teman sy g tempat yg sgt best2..^_____^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, March 14, 2010

~Airmata Rasulullah~

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya  masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan  badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”  tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.  Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
“Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”
“peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii,ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010~


kata fs:berpeluang ke x nak pg pesta buku kali ni...byk  assignment nak kena buat ler..huhu...sapa2 yg de masa tu..jom ramai2 pg pesta buku..especially yg mmg minat sgt baca buku tu ye..^_^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~kEraNa CiNta hAruS MemiLiH~

  Judul : Kerana Cinta Harus Memilih
Penulis : Burha Sodiq
Harga : RM 13.90
Terbitan : Kemilau Publika Sdn.Bhd
Cetakan Pertama : 2009

Kerana Cinta Harus Memilih mengingatkan remaja bahawa: Kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan kita kepada Tuhan.Kita yang memilih untuk tidak mahu menangis setelah dipermainkan cinta duniawi, berbahagialah.Seburuk apa pun masa lalu kita, kalau hari ini kita benar-benar bertaubat dan memperbaiki diri, insya-Allah semua keburukan itu akan terhapus.Hari ini adalah hari untuk menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai hasil.Kerana itu, jika kita ingin tahu masa depan kita, maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang." - Pyanhabib-

Ini bukan judul sinetron, bukan pula opera sabun. Tapi judul buku ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami.Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikannya kekasih atau hanya teman.Tentu saja akan ada perasaan bimbang, ragu campur perih.Lengkap dengan airmata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan ini harus dipilih.Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kamu semakin tunduk, semakin cinta hanya kepada si Dia, Allah SWT.Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang indah dan penuh pahala.Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan.Berkata semahunya dan memberi makna sebaik-baiknya.Mendialog apa yang kamu rasakan dan memberi kesesuaian atas pilihan yang kamu tentukan.Kerana masa remaja kamu akan tersia-sia, manakala kamu tidak boleh memandunya.Jangan sampai kerana asyik dengan cinta yang salah, hidup kamu menjadi tidak indah.

p/s : semoga bermanfaat^_____^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...