Tuesday, May 31, 2011

bersyukurkah kita dengan nikmat yg Allah beri?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..apa khabar hari ni?semoga kalian semua sihat..

Musim cuti dah lama bermula..cuti sekolah..cuti IPTA/IPTS..tapi saya masih di sini..menyambung seminggu lagi praktikal di hospital..kali ni saya ditugaskan di A&E (Accident & Emergency) department..macam2 kes saya dapat tgk..kes accident,heart attack, dan macam2 lagi..hari ni saya berpeluang melihat 1 kes kemalangan di tempat keje..masa mula2 pesakit tu masuk di Yellow Zone( Zon Kuning)-zon kuning adalah untuk pesakit2 separa kritikal- saya tgk tgn dia dah berbalut..dengan pakai baju seragam..saya dah agak..pesakit ni mesti pekerja kilang..kalau kat kilang biasanya kan guna mesin nak buat kerja..sah..mmg betul tekaan saya..tangan dia terkena mesin..simpati betul saya tgk pesakit tu..

Dengan pantas beberapa org MA( medical assistant) buka balutan dia dan alirkan tangan dia dengan 1 jenis solution..memang ngeri saya tgk..masa tu saya dah menjauhkan diri sikit dari pesakit tu..tiba2 de sorang MA ni ternampak muka kengerian saya tu..terus dia suruh pakai glove dan tgk..mula2 takut jugak..tapi pas tu saya pg tgk juga luka..luka mmg dalam sampai nampak urat2 kat dalam..bila pesakit tu gerakkan jari nmpak sekali pergerakan urat2 kat dalam tu..huhu..

Pesakit ni orang Nepal dan susah sikit nak berkomunikasi dengan dia..cakap BI pun dia x berapa faham..kebetulan ada org Nepal jugak kat situ..so dia lah yg tlg alihkan bahasa masa doktor buat pemeriksaan kat pesakit tu..Paling sy simpati..tangan yang terkena mesin tu adalah tangan dominant pesakit tu..peratus untuk pulih sepenuhya lebih kurang 50:50 je…kat mana2 pun ada bahaya…bahaya ni tak berbau..x dapat nak jangka bila dan di mana akan berlaku..

Pengajaran dari kisah ni: Apa yang ada pada kita sekarang..semuanya adalah pinjaman dari Allah..bila2 masa saja Dia boleh tarik balik nikmat dan pinjaman yg diberikan kepada kita..bersyukurlah dengan setiap apa yg dikurniakan oleh-Nya..
..Ingat 5 sebelum 5..
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum mati


Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..Insya Allah..peringatan untuk diri  dan kawan2 semua ^__^ ..Wallaualam..


28 Jamadil Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, May 28, 2011

Doa Dhuha


lagi senang nak hafal doa kan bila dilagukan.. ^^
selamat beramal..semoga mendapat manfaat
28 mei 2011


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

selamat pengantin baru kepada yang bakal mendirikan rumah tangga

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..rasa macam dah lama x post entry baru..sibuk?nak kata sibuk x jugak..cuma rasa mood nak menulis x dtg..ermm..memandangkan musim cuti sekolah dah masuk ni..saya terima banyak jemptan majlis perkahwinan dari rakan2..rakan yg sama sekolah, sama matrik dulu..ramai jugak yang dah nak kahwin..tahniah buat kawan2 yang bakal melangkah ke dunia baru...bertambah lagi tanggungjawab pasni..semoga kalian dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan di alam perkahwinan..selamat pengantin baru dan semoga perkahwinan kalian hingga ke akhir hayat..jadik isteri dan suami yang baik..Amin..

Barakallahulakuma wabarakah 'alaikuma wajama' bainakuma fi khair

28 Mei 2011

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, May 21, 2011

jom lakukan aktiviti2 berfaedah di waktu cuti ni :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam. Cuti pnjang2 ni apa aktiviti yg kalian dh rancangkan? Harap2 semuanya bermanfaat pd diri sendiri, keluarga, kwn2 dan masyarakat. Cdgn aktiviti2 yg blh dibuat:

1. Bedah buku - kembali kita mnelaah buku mngenai fikrah (kefahaman) Islamiyyah. Ape2 jenis buku sekalipun..kalo minat baca novel..bleh baca novel jugak J

2. Rapatkan hubungan kalian dengan keluarga. Jadikanlah diri kalian contoh kepada ibubapa, adik beradik serta saudara mara. Tunjukkan kepada mereka keindahan akhlak Islamiyyah yg diajarkan oleh Rasulullah SAW.

3. Sentiasa duduk bersama2 dgn org2/ kwn2 yg berilmu dan soleh agar kita trus berada didalam suasana sekeliling yg Allah redha senantiasa.

4. Sertai aktiviti mana2 badan bukan kerajaaan (NGO) Islamiyyah. Dari situ kita dpt mmbina ukhwah yg berterusan dgn kwn2 yg soleh dari Universiti2 lain, seterusnya mmbangkitkan semangat kita utk berjuang d dalam Universiti sambil kita mmbantu mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jika ada news aktiviti NGO blh share dgn kwn2.

5. Muhasabah diri, rajinkan diri utk melakukan ibadah2 sunat dan antara yg terpenting, qiyam. Taubat pd Allah agar segala dosa2 yg kita wat sem lpas x diulangi sem akn dtg.

6. Baiki kelemahan ilmu n amalan kursus masing2 (eg Physiotherapy, Nursing, OT, OM, Env, MLT, dll), agar sem akan dtg korg lebih bersedia.

perkongsian bersama..semoga kita mendapat manfaat..Insya Allah..
Kredit to this article..sy ambik dari seorang rakan di salah satu persatuan di UiTM Puncak Alam.

21 Mei 2011
@Puncak Alam

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, May 17, 2011

guru, kau ibarat lilin yang memberi cahaya

Bismillahirrahmanirahim..
Tanggal 16 mei setiap tahun hari guru diraikan sebagai tanda ingatan jasa dan bakti yang guru2 telah berikan kepada anak muridnya..Alhamdulillah..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru2 serta pensyarah2 di SK Sayong,SMK Sayong,Matrik Penang dan juga Uitm Puncak Alam yang telah mendidik saya dan memberi segala ilmu tanpa rasa penat dan lelah..Insya Allah..segala ilmu yang diberikan akan saya gunakan sebaik mungkin..tak lupa juga selamat hari guru juga diucapkan kepada semua guru2 dan pensyarah di mana jua kalian berada..hanya Allah yang mendapat membalas segala jasa dan bakti kalian..ingin saya sampaikan lagu lilin seorang guru kepada semua guru dan pensyarah..


Lilin Seorang Guru

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


terima kasih cikgu ^^
17 mei 2011

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, May 5, 2011

langkah memburu kemanisan iman: lupakan 2 perkara

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah hari ni sy dpt sambung mengenai entry yg lepas..

Lupakan DUA perkara:

1- Kebaikan kita kepada orang
Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya mendapat pinjaman nikmat yang Allah berikan kepada kita dan kita hanya perantara yang diamanahkan Allah untuk memberikan nikmat tersebut kepada orang lain.
Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah amal ibadah yang telah kita berikan kepada Allah. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keihklasan. Selain itu, kita juga akan terhindar daripada rasa riya’ atau bangga diri dengan amal ibadah yang dilakukan.

2- Kejahatan orang kepada kita
Anggaplah seolah-olah tiada orang yang bersalah dengan kita walupun pada hakikatnya kadang2 mungkin ada sesetengah perkara yang akan menyebabkan kita tidak mudah memaafkan orang tersebut. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih2 lagi tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, jika ada hamba Allah melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hanba Allah.
Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, dugaan yang Allah berikan. Sesungguhnya setiap kesusahan dan ujian tersebut adalah mehnah daripada Allah untuk “memujuk” manusia kembali kepada Nya.

sumber asal: Majalah Solusi isu 30
semoga bermanfaat

2 Rabiul Akhir 1432H
@ Kampung sayong masjid

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, May 4, 2011

langkah memburu kemanisan iman: ingatlah 2 perkara

Bismillahirrahmanirrahim..
Para ulama tasawuf ada menyatakan, jika ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha menngingatkan 2 perkara serta melupakan 2 perkara.

Ingatlah DUA perkara:

1- Kebaikan orang kepada kita
Kebaikan yang diberikan kepada kita tak kira lah dari segi apa pun..contohnya nasihat, wang ringgit, tenaga dan lain2 hendaklah sentiasa kita ingat..Jika boleh, kebaikan tersebut kita balas dengan budi yang setimpal atau pun lebih.bila kita selalu ingat kebaikan orang kepda kita, kita akan mudah jadi org yg pemaaf kerana kita dapat rasakan kebaikannya lebih dari kesalahannya.
Lebih-lebih lagi nikmat dari Allah,kita perlu syukuri, selalu ingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)." (Surah al-Duha 93: 11)

2- Kesalahan kita kepada orang
Sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang kain akan menyebabkan kita terdorong untuk meminta maaf. Ini akan membuahkan kasih-sayang sesama manusia kerana Allah.
Lebih perlu kita mengingati dosa2 dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah..

Insya Allah..entry ni akan bersambung akan datang dengan tajuk 2 perkara kita perlu lupakan
semoga bermanfaat :)

sumber asal: majalah Solusi isu 30
1 Rabiul Akhir
 @Kg sayong Masjid

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, May 1, 2011

selamat hari pekerja buat semua pekerja-pekerja tak kira di mana anda berada

Bismillahirrahmanirrahim..
hari ni..1 mei 2011..sedar x sedar dah masuk bulan 5 kan..kejap betul rasa masa berlalu..dah nak setengah tahun dah..cepatnye..pejam celik pejam celik masa terus pantas berlalu..

1 mei= hari pekerja..kepada semua pekerja2..selamat hari pekerja ye..semoga kalian semua menjadi seorang pelerja yang baik...ingat, setiap gaji yang kita dapat tu mesti berbaloi dengan segala keringat dan kerja yang kita buat..ceewah..macam dah keje je kan.. :) ape2 pun..teruskan usaha dan berjuang..

"Tiada jalan mudah untuk mendapat sesuatu yang baik dalam hidup kita..usaha dan teruskan berusaha dalam menggapai impian yang diimpi"- fieha fs ^_^ -


~bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi~

27 Jamadil Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...