Thursday, January 28, 2010

~kumbang Rove @ charlie~

saje nak post pasal serangga yang bernama Charlie...rasanya mungkin ada yang x tau pon pasal kemujudan si charlie ni..dulu2 time dok kat Matrik Penang mmg byk gile la si charlie ni..yang paling best penah kena bisa si serangga yg kecik2 cili api ni...majoriti pelajar kat ctu pnh kena gigitan si charlie..nampak je kecik tau..tapi bahaya jgk..nak tau lebih lanjut pasal si charlie ni..jom kita tgk..(^_^)

kumbang charlie @ Rove

MAKLUMAT MENGENAI KUMBANG ROVE

Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta
Order : Coleoptera
Famili : Staphylinidae
Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

Morfologi

Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat Dan Tabiat Pemakanan

Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan Pada Manusia

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Nasihat Kepada Penduduk Yang Dijangkiti

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.


~kesan gigitan charlie~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, January 26, 2010

~Hari yang penuh dengan gelak ketawa~

24/1/2010 bersamaan 8 Safar 1431H

Hari ini seperti biasa..kelas Community bersama Pn Faridah yang sentiasa buat kelas kami penuh dengan gelak ketawa...lawak spontan yg mmg x kering gusi la..hehehe..tapi nasib baik la Pn. tu pandai buat lawak..kalo x mmg bosan jadi nye kelas community tu.huhu..minggu ni kitaorg blaja tentang Family Nutrition..kalo dah ckp pasal nutrition..mmg x lain x bukan cerita pasal makanan.. makan makan makan je...dah bis cite makan..kelas pon bis dalam kul 2 mcm tu..rutin harian selepas bis kelas kena menaiki tangga yang ala2 batu caves tu...sampai tangga yg atas sekali dah mengah + x cukup oksigen + kenala bernafas melalui mulut dan hidung..hahaha..x pasal2 de symptom short of breath(SOB)..


~makanlah makanan yg berkhasiat~

kempunan sangat nak makan ABC yang ala2 Fradoo ABC kat sekseyen 2 Shah Alam..malam ni dengan rajinnya trun kafe..tiba2 terputus lak tali selipar ni..nasib baik la ada tali spare kat depan tu..kalo x, x boleh jln dah nmpknye..gelak lagi..sakit perut sy..asyik gelak je ari ni..ABC siap..sedapnye..sampai separuh ABC dimkn dah kenyang lak perut ni..naik kembung makan ABC ditambah plak mee hailam yg sy kena habiskan gara2 kawan sy,si Noor x mampu utk menghabiskannya..hehe..membazir la plak nant kan..dengan membawa perut yang kekenyangan...sy dan kwn2 nak tlg ape2 yg patut untuk kawan kelas kami yg sedang sibuk nak menggantung gamba untuk pemilihan calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP)...terjumpa la plak sorg hamba Allah ni..nak tegur x tau nak ckp ape.."orang dah bis buat baru nak datang"..sy pon diam tanpa suara..buat2 senyum kambing jerk kat situ..haha..."plastik dah bis, pegilah tlg beli".."pegila beli sendiri"..jwb sy dengan slamber..hehe..nasib baik berakhir kat situ jer..huhu..

stapler..lucu la plak bila ckp pasal stapler ni.."kalo korang de baju koyak ke..boleh la tampal guna stapler untuk sementara"..Iha berkata..sy jawab.."yeke"..pastu diorg dok gelak2.."Fieha percaye ke?",,Iha berkata lagi...pastu sy pon gelak sekali..pk balik...mne la de org tampal benda koyak guna stapler..tertipu la..hahaha..plastik dah sampai...nak kena buat apa ni?..sy pon dengan pantas ambik plastik tu utk digunting..dah settle sume.."mane beg duit ni?"..kata fieha.."tadi fieha x g mane2 kan?"..kata syama plak..."mane ada g tempat len..duduk kat situ tadi ada lagi beg tu..kita ingat"..kata fieha..sy pon dah risau sbb de kunci umah,kad atm,Ic..n duit..cari punye cari tgk2 de kat bawah beg galas En Adli yg merangkap classmate sy..nasib baik jumpe...alhamdulillah..balik tido la sume keje dah siap..hehe..

sekian utk kali ini.(^_^)
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, January 22, 2010

~jangan berputus asa~



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~NoStaLgiA~

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya
Untuk menghadapi hidup

Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

fieha_fs: bila dengar lagu ni ingat balik zaman2 sekolah n matrik..lirik lagu yg penuh makna n lagu dia pon best..sayu & sadis..huhu

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, January 19, 2010

~kisah biskut~

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

Alangkah tak malunya lelaki ni.. dah la tak mintak dari aku. makan sama banyak dengan aku pulak tu. Pencuri!!rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

fieha_fs: saje nak post cite ni sebab menarik..hehe..x pasal2 org len kena tuduh jadi pencuri..(^_^)


~gambar adalah hiasan semata-mata~hehe

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, January 17, 2010

~Novel-novel keluaran Jemari Seni~


Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

fieha_fs:~akan dikeluarkan mulai 15 Januari 2010~



berapa lama untuk kita jatuh cinta?
dan berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...?

fieha_fs: ~akan dikeluarkan pada 10 Februari 2010...~

saya ingin memiliki ke dua2 buah novel ini...InsyaAllah...hehe(^_^)


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa

[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]

Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

fieha_fs:novel yg ni dari thn lepas nak beli..tapi masih x jumpe kat kedai buku..bila 
 agaknya baru dapat beli..
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, January 15, 2010

~hikmah di sebalik sakit~

SETIAP manusia tidak lari daripada ditimpa sakit dan sebagai umat Islam, sewajarnya kita menguatkan jiwa untuk mengharung segala kesakitan dan penderitaan.

Dalam menghadapi penderitaan inilah tersedia ganjaran besar untuk mereka yang terus bersabar dan reda dengan ketentuan Allah.

Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim menyebut:
*Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.*

Dalam sebuah hadis, ada diceritakan bahawa Rasulullah saw bertanya kepada sahabat: *Siapakah di kalangan kamu yang suka sihat tanpa sakit?

Jawab sahabat: *Semua kami.* Baginda bertanya lagi: *Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas? Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan orang yang mendapat penghapusan dosa? Demi diriku di bawah kekuasaan-Nya, sesungguhnya Allah pasti menguji orang mukmin dengan bala dan apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya.*

Sabda Rasulullah lagi bermaksud:
*Sesungguhnya, mengerang orang yang sakit itu umpama tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya sedekah dan berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pahalanya.*

Dalam Ihya pula ada menyebutkan sebuah hadis yang bermaksud:
 *Sesungguhnya Allah mengutuskan kepada seorang yang sakit dua malaikat untuk melihat apa yang dikatakannya kepada pengunjungnya. *Sekiranya dia mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah, Allah berfirman: Bagi hamba-Ku, sekiranya Aku mematikannya, nescaya Aku memasukkannya ke dalam syurga. Dan sekiranya Aku menyembuhkannya nescaya Aku menggantikan daging badannya yang lebih baik daripada sebelum ini, darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku hapuskan kejahatannya. Kelebihan Allah lebih luas daripada semua itu.*

p/s:
terdetik di hati nak post pasal entry ni setelah melihat keadaan seorang kawan yg diuji dengan sakit yg datang tiba2..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya...semoga tabah menghadapi ujian dari Allah dan semoga cepat sembuh..jangan sedih2...(^_^)


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, January 12, 2010

~kempen derma darah~

Alhamdulillah..hasrat untuk menderma darah dah tercapai petang tadi..suka2...nampak pamplet pasal derma darah kat puncak alam ni minggu lepas lagi..mmg nak sgt derma darah kali ni..kebetulan hari ni xde kelas pagi..lepas bis kelas terus pg tempat berlangsung..tgk2..pintu kat depan tulis'rehat sebentar.dibuka semula pukul 2 ptg'..punyala smgt nak msuk dalam tu tadi..nasib baik nampak infomation kat depan pintu tu..hehe...lebih kurang 15 minit jam nak pukul 2...ku ngan kawan2 ku,syama,anem n mizah teman ku tuk derma..si syama ngan anem ni smgt betul nak derma darah..tapi hasrat diorg x dapat dipenuhi kerana sebab2 yg x dapat dielakkan...xpe..lain kali de lagi..hehe

ku masuk dalam bilik tersebut...adela 4,5 orang yg masuk jgk tuk derma darah..isi borang pendaftaran dulu,pastu terus buat cek tuk blood group..memandangkan sebelum ni ku dah penah menderma darah...dah tau la darah apa..tapi kena buat jgk test tuk hemoglobin(Hb)...cakap pasal Hb ni de la sorang student depan ku ni..bila dah cek,tgk2 Hb dia rendah..so x dapat la derma darah..yang musykil nya..boleh plak dia tanya kat staf yang cek darah tu lebih kurang macam ni la ayat dia.'hemoglobin tu apa?'..kak staf tu pon jawab.'dik.kalo hemoglobin rendah macam mana nak derma kat orang lain..badan sendiri punya pon x cukup'...muka kecewa ku tgk pelajar tu..cian pon ada tgk..tapi yang peliknya kat sini..student fakulti sains kesihatan xkan x tau hemoglobin tu apa..ermm..tu yg ku rasa pelik..tapi mmg cian tgk muka dia...hampa.kecewa sebab x dapat nak derma..xpela..asalkan niat kita betul nak derma darah..tu pon dah cukup...len kali de lagi peluang tuk menderma...InsyaAllah..

bagi yg cukup syarat2 untuk menderma tu...silalah berbuat demikian...setitik darah mungkin dapat menyelamatkan 1 nyawa..(^_^)..



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, January 10, 2010

tag dari seorang rakan

Do you have any pets?
-Dulu ade kucing..skrg xde dah..


What color shirt are you wearing?
-hitam


Name three things that are physically close to you:
-Nset,my diary,buku


What is the last book you read?
-Community health nursing


Are you a good student?
-rasanya nye ok je kot..x tau la..hehe


Do you enjoy sleeping late?
-X la..nanti x cukup tido..ngantuk lam kelas..


What's the weather like right now?
-Cerah je skrg..


Who tells the best jokes?
-saya kot..kuang3


What was the last thing you dreamed about?
-Dah lame x mimpi..x igt la plak..


Do you drive? If so, have you ever crashed?
-bawak moto je..penah sekali terlanggar belakang kete..terkejut n pening2 jgk la -pas tu..hehe


Do you believe in karma?
-X pasti sgt..sbb penah denga dalam agama hindu mmg de hukum karma..dalam islam ada ke?


Do you believe in luck?
-Sudah semestinya…


Do you collect anything? If so, what?
-Buat koleksi novel…dulu penah collect perfume yg botol dia cantik2..hehe


Are you proud of yourself?
-Mestila..


What's your favorite food?
-Asam pedas ibu sy masak..


Have you ever had a secret admirer?
-Yes..hehe


Do you like the smell of gasoline?
-Gasoline?ape itu?


Do like to draw?
-Dulu minat..skrg x minat..


What do you like better: oranges or apples?
-Oranges.


Can you read other people's expressions?
-Rasanya boleh kot.


Are you a bully?
-Buli ye…kadang2 de kot…


Do you have a job?
-Pelajar lagi skrg.


What time did you wake up this morning?
-6.30 pagi


What did you eat for breakfast this morning?
-Biskut oat munchys..


When was the last time you showered?
-Kul 7.10 pagi tadi.


What do you plan on doing tomorrow?
-Pergi kelas je..


Do you have any nicknames?
-Fieha,fie,kak ha,adik


Have you ever been scuba diving?
-Belum lagi


What's your least favorite color?
-kuning


Is there someone you have been constantly thinking about? If yes, who?
-Pk pasal diri sendiri..
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Solat Sunat Tahajjud

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud. Sabda Nabi saw:

أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)

Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.

Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)

CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)

- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)

-Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.


SUNNAH TAHAJJUD

- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)

- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:

لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله

Kemudian ucapkan :
اللهم اغفرلى

(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)

Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)

- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)

- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)

- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)

- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari )
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~HeArTs~









terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, January 9, 2010

~sibuk kah?~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...alhamdulillah, bersyukur kepada Illahi kerana masih diberi peluang untuk menulis post pada kali ni..walaupun sudah agak lama x menulis kat blog ni,hari ni diberi sedikit kesempatan untuk menulis sepatah dua ayat..(^_^)

Alhamdulillah..minggu lalu sudah mendaftar untuk sem 4..minggu pertama kuliah..dah byk assignment yg kena buat..agak bz sepanjang minggu memandangkan jadual kelas yg agak pack untuk sem ni....hari Isnin sehingga Ahad ada kelas..no cuti hujung minggu..dugaan dan cabaran...fighting2...dan subjek2 yg kena ambik sem ni:

~NRS 476-Mental Health & Gerontology Nursing
~NRS 477-Reproductive & Sexual Health Nursing
~NRS 478-Community 1
~NRS 479-Pediatrics Nursing
~BAB401-Bahasa Arab
~NRS 510-Clinical Practice 4~6 minggu +3 minggu extra..

ALL THE BEST


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Asma Ul Husna


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman – Maha Pemurah
3. Ar-Rahim – Maha Penyayang
4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus – Maha Suci
6. As-Salam – Maha Penyelamat
7. Al-Mu’min – Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-Aziz – Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir – Maha Besar
12. Al-Khaliq – Maha Pencipta
13. Al-Bari’ – Maha Perancang
14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun
16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab – Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah – Maha Pembuka
20. Al-Alim – Maha Mengetahui
21. Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit – Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid – Maha Penghina
24. Ar-Rafi^'– Maha Tinggi
25. Al-Mu'iz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil – Maha Merendahkan
27. As-Sami' – Maha Mendengar
28. Al-Basir – Maha Melihat
29. Al-Hakam – Maha Menghukum
30. Al-'Adl – Maha Adil
31. Al-Latif – Maha Halusi
32. Al-Khabir – Maha Waspada
33. Al-Halim – Maha Penyantun
34. Al-Azim – Maha Agong
35. Al-Ghafur – Maha Pengampun
36. Ash-Shakur – Maha Pengampun
37. Al-'Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir – Maha Besar
39. Al-Hafiz – Maha Pelindung
40. Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib – Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil – Maha Luhur
43. Al-Karim – Maha Mulia
44. Ar-Raqib – Maha Pengawas
45. Al-Mujib – Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi' – Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim – Maha Bijaksana
48. Al-Wadud – Maha Pencinta
49. Al-Majid – Maha Mulia
50. Al-Ba'ith – Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid – Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq – Maha Benar
53. Al-Wakil – Maha Berserah
54. Al-Qawiyy – Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy – Maha Melindungi
57. Al-Hamid – Maha Terpuji
58. Al-Muhsi – Maha Menghitung
59. Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu'id – Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit – Maha Mematikan
63. Al-Hayy – Maha Hidup
64. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid – Maha Menemukan
66. Al-Majid – Maha Mulia
67. Al-Wahid – Maha Esa
68. As-Samad – Maha Diminta
69. Al-Qadir – Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan
72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan
73. Al-’Awwal – Maha Pemulaan
74. Al-’Akhir – Maha Penghabisan
75. Az-Zahir – Maha Menyatakan
76. Al-Batin – Maha Tersembunyi
77. Al-Wali – Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta'li – Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim – Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww – Maha Pemaaf
83. Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit – Maha Mengadili
87. Aj-Jami'– Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni – Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani'– Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr – Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi'– Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur – Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi'– Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi – Maha Kekal
97. Al-Warith – Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur – Maha Penyabar
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~MUSLIMAH SEJATI~

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya."

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, January 8, 2010

~Kisah Rasulullah sebagai pengajaran~

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalahpanggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaska kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
 "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
 "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...