Monday, December 14, 2009

~aktiviti-aktiviti terakhir sebelum balik bercuti~

12-13 Disember 2009
~Karnival Waja Diri IPT Kebangsaan kali ke-3~

Selama 2 hari di UiTM Puncak Alam(tuan rumah) telah menganjurkan Karnival Waja Diri PSSCM(Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia) bg seluruh IPT bagi peringkat kebangsaan kali ke-3...Alhamdulillah, sumenya telah berlangsung dengan baik walaupon agak kelam kambut...sebagai ahli dan AJK keselamatan dan kesihatan bagi program tersebut,saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah melaksanakan tugas dengan baik..(^_^)x lupa jgk tahniah diucapkan kepada UiTM Puncak Alam..
Jom tgk gamba2 semasa program berlangsung..


~AJK Keselamatan & Kesihatan~


~pasukan dari UiTM Puncak Alam~

~antara aksi diorang yg sempat disnap~

~bergamba ngan ahli2 PSSCM~

14 Disember 2009
~Nursing Student Seminar~
 
Student Nursing UiTM-Degree Part 7- telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk 'Current Nursing Practice'-Bridging the Gap between Theory and Practice-satu tajuk yang agak menarik untuk diketengahkan bagi pelajar2 kejururawatan..seramai 3 orang penceramah yg datang bagi berkongsi idea dan pendapat mengenai tajuk seminar yg telah dipilih dan 1 forum telah diadakan untuk sesi perbincangan..

macam biasa..kalo ada ceramah, mesti ada yang terlelap..saya pon x terlepas jgk..hehe..tapi itu pon setelah kekenyangan makan tengahari ngan nasi minyak..(^_^)..sesi seminar turut diselitkan dengan cabutan bertuah...tengah seronok2, bergelak ketawa dengan kawan saya, Syama...tiba2 saya terdengar no 148 disebut...mula2 tu x perasan..tgk balik no kat fail..sah tu no saya..hahaha..x sangka betul bertuah kali ni..dah la no 1 yg dicabut..malu dan rasa kelakar masa nak trun ambik hadiah..ngeh3..ape2 pon terima kasih la ye..tahun2 akan datang batch kitaorg plak wat program k..chayok2...



~hadiah cabutan bertuah~

okla....tu la antara aktiviti2 yang telah dijalankan..InsyaAllah esok atau lusa balik kampung...see again dalam entry yg lain pada tahun baru hijrah 1431H dan tahun baru 2010...

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, December 11, 2009

~selesai sudah semester 3~

Salam alaik..
Alhamdulillah...praktikal bagi sem 3 sudah berakhir..selama 6 minggu bekerja di hospital dapat mcm2 pengalaman...pahit,manis..sume ade..x dilupakan kepada sume2 staf2 nurse,sister, ppk dan sume yg terlibat secara tak langsung di Wad 3 & 4..terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan..jasamu dikenang...(^_^)

result exam pon dah kuar semalam..alhamdulillah sume lulus...kepada classmate yg dpt AD tu..tahniah..yg x dpt teruskan perjuangan untuk sem dpn k...sama2 kita berusaha..InsyaAllah berjaya..

rasanya ni last post saya untuk tahun ni..InsyaAllah jumpe lg tahun baru..

pesanan:
 ~selamat menyambut awal muharram-18 disember nanti..



~dan x lupa jgk selamat bercuti kepada sume kawan2 sekelas yg belum bercuti..gunakan masa yg ade dengan baik k..jumpe lagi sem depan..



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, December 4, 2009

~Kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya~

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216-

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286-


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139-

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45-


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111-


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129-

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12-
~Al-Quran panduan penunjuk jalan, sunnah Rasul penerang kegelapan,untuk kita sampai kepada Allah~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, December 1, 2009

~Korban di UiTM Puncak Alam~

Hari Isnin yang lalu..kampus  UiTm Puncak Alam dan Puncak Perdana telah mengadakan ibadah korban dan aqiqah yg bertempat berhampiran ngan padang di belakang Blok A5...

Saya dan kwn2 saya semangat betul nak menyaksikan upacara penyembelihan yg  dijlnkan seawal jam 7 pagi lg..mula2 pg tgk,mse tu diorg dah siap melapah n menyiang seekor lembu...tapi xpe,ade 3 ekor lembu lagi x disembelih..dapat la saya n kawan2 tgk kesemua lembu2 tu disembelih..jumlahnya..4 ekor lembu + 2 ekor kambing...memandangkan sy n kwn2 ni budak2 nursing..kira berani jgk la nak tgk..hehe..ngah tgk2 tu kami sempatla jgk bergamba ngan lembu..jom tgk..(^_^)

~kami yg dtg pagi itu~

~lembu yg sdg sabar menanti saat disembelih~

~siap ngan banner skali~

~dah sedia untuk disembelih ni~

~lembu yg sedang di lapah~

itu antara gambo2 yg kami sempat tangkap..tapi x nak letak yg tgh disembelih...takut de org x tahan lak tgk darah..x pasal2 de plak yg x nak makan daging lembu plak lepas ni..(^_^)

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, November 29, 2009

~Hari Raya Aidil Adha 1430H~

Tanggal 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H semua umat Islam menyambut Hari Raya Korban begitu juga saya dan family..memandangkan musim buah seperti rambutan,manggis,langsat dan sewaktu dengannya seiring dengan tarikh hari raya korban ni..begitu seronok dan teruja sekali saudara mara saya mengait buah-buahan tersebut...jom kita saksikan aksi2 mereka...(^_^)

~ni salah 1 pokok rambutan yg ada kat depan umah~

~aksi kait mengait sudah bermula..ngeh3~

~lagi sorg dtg nak kumpul rambutan..(^_^)~

best x?ngeh3....pagi raya ni tau..org pg tgk lembu disembelih tp kitaorg dok sibuk kait buah rambutan...hehe..ape2 pon raya haji tahun ni ttp best..

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, November 26, 2009

~TaG DaRi AnEm (^ ^)~

1. Anda rasa anda hot?
~saya rasa saya ni x hot langsung..orang yang simple jer,sederhana..(^_^)

2. Upload gambar kesayangan anda

3. Kenapa anda suka gambar ini?
~kenapa suka gambo ni?..sbb ni je gambo yg tinggal bersama sahabat2 yg mmg rapat la ngan saya...4 sahabat baik time sekolah menengah..azna.mas.niza n sy..hehe..masa ni saya form 4...mmg kelakar bila tgk gambo ni..masing2 dah byk perubahan skrg...dlm gambo ni sume muka mcm budak2 lagi..sekarang sume dah pandai bergaya..ngeh3..semoga hubungan kita berkekalan ye kawan2..InsyaAllah...


p/s:gambo ditangkap di tepi Sungai Perak, Kuala Kangsar..cantik kan pemandangan..(^ ^)

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
~kali 1 dan terakhir makan pizza ngan seseorang yg special ms tu..ngeh3..terima kasih la blanja sy pizza time tu..pastu dah x pnh mkn pizza lg..baru sekali je mkn..huhu


5. Lagu terakhir anda dengar?
~Pengantin baru-Dehearty..best lagu ni....suka3


6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
~memerah otak nak jwb tag sambil dengo lagu nasyid n buka facebook...


7. Selain dari nama anda sendiri anda suka di panggil?
~sy suka dipanggil fieha or fie...sejak dua menjak ni housemate sy selalu panggil dengan nama kak ha...x suke sebenonye...pngil kak fie ke...okla ye...hehe


8. Tag lagi 4 orang tanpa rasa kekesalan.
1. Nurul Atiqah Amran
2. Fatin Adawiah Khairudin
3. Syamirah(myra rasya)
4. Noor Amirah Mohd Nasir


****Siapa no.1 kepada anda??
~sahabat lama sy..1 sek mse sek rendah..mmg baik n bijak orangnya.


****Bagaimana pulak no.3??
~yang ni plak sahabat saya mse sek men...nakal n happy g lucky..sekrg dah berjaya menguruskan badan n siap bg tip2 tuk kuruskan bdn kat blog dia..hehe


****Pendapat anda pada angka 4??
~kecik je org nye...suka nak panggil dia ngan gelaran Noor..org len x pangil biar sy yg panggil ye Noor..hik3..baik n seorg pendengar yg baik jgk..


****Kata sesuatu tentang orang no.2??
~yg ni housemate sy kat uitm..dri sem 1 sehingga skrg...pling x dilupakan suaranya yg bervolume tinggi..jgn mara naa..
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, November 25, 2009

~cuti sempena Hari Raya Aidil Adha~

Alhamdulillah..selesai minggu 1 praktikal di Hospital Kajang..tinggal lgi 2 minggu untuk menghadapi klinikal untuk sem ni...memandangkan hari Jumaat ni semua umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha a.k.a Hari Raya Korban or Hari Raya Haji..InsyaAllah ku balik kampung hari khamis nanti...

Kepada sume kawan2 ku yang x balik tu...selamat smbut hari raya kat Puncak Alam ye..jangan sedih2 x dapat balik kampung...nant ku makan kan daging korban untuk korang sume..ngeh3..

pesanan:
~Kepada suma umat Islam, x kira di mana sahaja berada, ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha..
~Jangan makan daging lembu byk sgt na...nant darah tinggi naik..(^ ^)
~Berkorban la ape yg patut...maklumle hari raya korbankan..hehe

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, November 24, 2009

~IBADAH KORBAN~

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Maka Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmudan sembelihlah (korbanmu)”.
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2).
* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahyang sunat hari raya korban ( Aidil Adha).Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut).Adapun bagi mereka yang bernazar, hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkan amalan ini.Wajib hukumnya kepada Rasulullah berdasarkan hadis: “Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi)

Maksud Korban:-
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.
*Umur binatang yang boleh dikorbankan:-

�� Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
�� Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian.
�� Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
�� Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.

٭ Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

* Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:-

1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban itu.

Nota:
a) Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah di sedekahkan  semuanya.

b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie..

c) Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah maksudnya:
“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampun bagi mu atas dosa-dosa yang telah lalu”.
(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).

# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat
korban.

# Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan itu.
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~CeRiTa SaHaBaT~

Dalam dunia nie….

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kite bersendiri
Kite beruntung kerana mempunyai
Sahabat yang memahami kita
Bagaimana kita mengharapkan keikhlasan
Dan kejujuran sahabat
Begitu jua dia

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira tentang
Harapan dan perasaan kita
Kita rasa dikhianati bila dia tidak
Menepati janji
Kita tidak akan memberi peluang untuk
Dia menerangkan keadaanya……

Bagi kita….
Itu alasanya untuk menutup kesilapannya
Dan membela diri….
Kita lupa kita juga pernah membiarkannya
Ternanti-nanti
Kerana kita juga ada janji yang tak pernah
Ditepati……

Kita beribu alasan
Memaksa dia menerima alasan kita
Waktu itu, terfikirkankah kita tentang
Perasaanya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa

Tetapi kita senang terlupa…
Untungnya mempunyai seorang kawan
Yang sentiasa disisi kita
Pada waktu kita memerlukan dia
Dia mendengar luahan perasaan kita

Segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan menyelesaikan
Masalah……

Selalunya kita asyik bercerita
Sedangkan dia juga ada cerita yang ingin
Dikongsi bersama kita

Bolehkah kita bahu
Untuk dia sandarkan harapan
Sesekali jadilah kawan yang mendengar
Dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati
Dan perasaan kawan
Kerana dia juga ada perasaan takut
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan…
Jadilah kita kawannya itu

Kita selalu melihat dia ketawa
Tetapi mungkin sebenarnya dia
Tidak setabah yang kita sangka…

Di sebalik senyuman itu
Mungkin banyak cerita sedih
Yang ingin diluahkan…

Mngkin tersimpan seribu kekalutan
Yang kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba menjadi sahabat
Seperti dia ….
Mungkin……kita akan mengetahuinya..




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~sebuah istidraj~

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dgn kasih akan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka
tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul aIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan!Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, November 15, 2009

salam alaik...
Alhamdulillah, hari ini paper terakhir untuk exam sem ni sudah berakhir...happy mood ari ni...(^ ^)..usaha sudah,tawakal pulak..harap2 result nanti ok..
InsyaAllah esok ku balik kampung..wa...rindunya kat ibu.lame sudah x balik kampung ni...ibu pon dah cakap rindu kat ku..ngeh3..tapi balik sekejap je..pasni de praktikal plak 3 minggu lagi kat Hospital Kajang..orang len sume dah balik bercuti semester..tapi kami budak2 nursing kat cni x boleh la nak balik lagi..huhuhu..xpela...dah mmg kena adapt mcm ni la setiap sem...

Alhamdulillah, sem depan ku masih lagi dapat dok kat kolej...nasib baik dapat..risau jgk kalo x dapat..maklumle..kat cni kawasan baru..tempat perumahan pon x tau kat mane..tambah2 lagi kenderaan pon xde..hehe...syukur sgt stay dapat dok kolej..('',)

kepada sume kawan2 yang dah bercuti tu...selamat bercuti k...jgn wat keje2 x elok..rempit ke..panjat pokok ke..nanti x pasal2 masuk sem depan kena pakai tongkat..mintak jauh la..hehe..ok..sampai cni dulu..bye2
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, November 12, 2009

~SeSeKaLi DiUjI~

Sesekali DiUji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih, Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~IbU, MaK, UmMi, MaMa, MuMmY, BoNdA~

 Mak. . . Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak...... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dah sedia..... Seminggu sebelum tu..... mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...... kengkadang siaran indonesia ... mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2..... pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak. . . Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL..... mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju... .. mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .. Mak. . . amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak.... Mak. . . Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter.... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula... kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr...... Lepas tu bila kereta kiter sampai.... mak buat kenduri kesyukuran.. .... Dan kiter masih ingat lagi... bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..... Punya la kiter takut... kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong.... kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... Mak. . . tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan ... ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pagi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar.... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ..... terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. .... Mak. . . Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.... Mak. . . Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih... kiter rindu kat mak..! Takpa la.... nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..! Mak. . . Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya..... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk... anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu... cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak. . . Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu... kiter cuba bertahan.... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan ...? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Mak tau tak.. di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..... Mak. . . cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ..... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau... simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...k iter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian terima kasih, Yang Benar Anak mak yang dah tak degil..

kata fs:

 ~sekadar berkongsi cite ni ngan sume~
 ~kepada yg masih mempunyai ibu,hargailah mereka selagi mereka masih
   bernafas, masih hidup~
 ~mohonlah ampun dan maaf kepada mereka kiranya terdapat salah dan  silap~
 ~sentiasa doakan kesejahteraan mereka, diberi ketenangan hidup~
 ~kepada yang sudah tiada ibu, sedekahkan al-fatihah dan berdoalah supaya 
   berada di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,sesungguhnya doa
   seorang anak itu adalah antara amalan yg dibawa ke sana..InsyaAllah..~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, November 7, 2009

" Mak, bolehkah bercinta? "

Aku terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. Aku baru sedar bahawa puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat, dia telah jatuh cinta!Apakah yang bakal ku `bual'kan kepadanya tentang cinta. Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak akan lari dari aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya bua selama-lamanya.

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.

Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :

1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya) . Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik." ( al-Baqarah :65)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya `cinta pandang pertama' yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan `cinta suci remaja' memang biasa diucapkan. Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah.Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba `menghalalkannya' dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah"

Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin... sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah?

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita :
"Janganlah kalian dekati zina..." (al Isra':32)

" Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?"

Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah:
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan…"(hadis riwayat Tabrani).
" Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan diskusi intelek, dan sebagainya.

"Jadi mama, apa penyelesaiannya? "

Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati,berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan
membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan.Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukankamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar hatimu tidak mudah menjadi rawan :

1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)

2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara kurang penting yang melalaikan.

3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.

4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.
~yang ni susah ckit nak nuat sbb mmg suka sgt baca novel..hehe~ kata fs

5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.
~InsyaAllah..mmg suka denga lagu2 nasyid..rock kapak x leh layan sgt la pasni..('',)~ kata fs

6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada `cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

7. Apabila kita telah mempunyai seorang `teman akrab', cukuplah kiranya kita fahami maksud firman Allah:
"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata "Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku(kekasihku).Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia" (al-Furqan"27- 29).Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang `teman akrab' yang kononnya menyintai kita.

8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya" (an-Naziat:40- 41).
~kena buat puasa sunat selalu le nampaknya~ kata fs

9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.
~hehe..x boleh lagi la..x ready dri sume segi-fisikal,rohani,emosi-masak pon x pandai lg mcm mane ni nak kawin..hik3~ kata fs

"Aduhai mama, susahnya!"

Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah..Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai?

Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia"

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kitakah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di akhirat nanti, insyaAllah..

Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan soleh sepanjang generasi zaman..InsyaAllah....

p/s:terima kasih kepada amal yg sudi kongsi cite ni kat kak fieha..('',)


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, November 6, 2009

~ImAm Al-GhAzALi~

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya teka teki:

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"

Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"

Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai
nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"

Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"

Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ?

Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"

Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~cara tidur~

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.






terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, November 5, 2009

~jangan banyak bicara~


betulke kita patut jangan cakap banyak? tp kalo kita x cakap banyak orang sekeliling yg dah biasa ngan kita akan rasa pelik pulak..mesti diorang akan fikir macam2...agaknya macam ni kot 'eh, kenapa ngan fieha tu..pelik je..'..x pon macam ni..'fieha tu de ada masalah ke?senyap je tgk 2,3 hari ni'...atau macam ni..'kenapa fieha senyap je?'...macam yg syama tanya ku time lunch tadi...ku jawab, diam lagi baik..erm..tp ku yakin la mesti diorg akan tertanya-tanya..nanti kalo ku cakap banyak, banyak pulak salahnya..bila dah banyak salah banyak pulak dosanya..so, ku pon fikir x payah la ckp banyak2 sgt..cakap ape yang perlu jer..takut kalo cakap banyak nanti
buat org sakit hati pulak..zassss

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~DEBU-DEBU DOSA~




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~SENDU +DUKA+ PILU~


ku tahu setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya-kmu kena kuat, jgn jadi mcm budak kecil-

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, November 3, 2009

~HaDiAh buAtMu TeMaN~

Sesungguhnya teman adalah anugerah dan kurniaan dari Allah SWT...bayangkanlah jika tiada nya teman di dalam hidup kita..pastinya terasa sesuatu kekurangan...teman sejati sukar dicari dan teman sejati sukar di tukar ganti..hargailah sahabat2 anda kerana merakalah yg dpt menceriakan hidup anda..
Buat sahabat2 ku lagu ni khas untuk anda sume..thanks for being my friends..

Hadiah buatmu teman -Saffone,Saujana,Amar-

Jalinan persahabatan
kita abadikan sepanjang zaman

berpanjangan dan berkekalan
manisnya iman hidup di dlm perjuangan


kasih sayang ku hadiahkan
buatmu teman untuk kau simpan
ingat ingatan jadinya bekalan
perjalanan hidup di dalam perantaun


gunung di daki
lembah sama di turuni
kita di uji berulang kali
atas setia simpati


gelap ditempuhi
cerah sama di susuri
Cinta yg murni rahmat Illahi
Harumnya kita kecapi


Syukur padamu tuhan
Syukur kita di hadiahkan
Hadiah iman hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman


Syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin ku lupakan

~hayati bersama~






terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, October 22, 2009

~musim exam dah tiba~

Salam alaik sume....nampaknye skrg dah masuk zon stdy week...exam pon x lame lagi je...kepada sume kwn2 yg bakal menduduki peperiksaan, stdy elok2, semoga kalian sume mendapat kemudahan untuk menjawab exam...good luck..jgn lupa-usaha+doa+tawakal- ('',)



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, October 15, 2009

~untuk si pemakai cincin~

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin :
pakailah di jari :
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


 jangan pakai pada jari :
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

sambungan....

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

selamat beramal..('',)

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~makna bacaan dalam solat~

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

bersambung...
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, October 12, 2009

~1st day di hosp sg buloh~

Hari ni bermula la ku praktikal di hosp. sg buloh pulak..seawal 4 pg ku, berusaha membangunkan diri..tp x terbangun..nasib baik de housemate ku mire yg tlg kejutkan...bangun2 terus ku bersiap n bersahur-makan roti mizah sekeping-thanks ye mizah..hehe...dalam pkul 5.30 pg bertolak dri kolej n sampai d hosp kul 6 pg...awl lagi ni nmpaknye, leh la smbung tido kejap..


Pukul 8 pg kami bergerak ke klinik ENT-ear,nasal n throat-...mmg blur je msuk lam klinik tu..x tau nak buat ape..si mire tanye kat MA-medical attendance- kat ctu kitaorg ni kena wat ape..'Tggu, jap g sy g tau nak wat ape'..takut pon de tgk muke MA sorg tu..mcm2 lak dia tanye..kitaorg ni dok tersengih2 dia stay ngan muka tegang..haha..pastu dia perkenalkan name2 alatan yg dgunakn kat wad tu..mcm2 ade..sebut pon laju..mne nak dpt tangkap..nseb baik de gamba yg ain bg ari tu...hihi..tau la jgk ape name alatan2 tu..


Dlm kul 10 pg, MA suruh kitaorg tgk prosedur kat atas..ku ngan tin dengan rela ikut la abg MA tu..jln punye la laju, mcm nak kejar ape je lagi...sampai 1 bilik, dia ckp tggu kejap..kitaorg ni dok la tggu kat luar..x tau ape sebenarnye yg berlaku..tiba2 dtg 2 org staff nurse tanye kmi wat pe..si tin ckp la nak pg tgk prosedur..si staff nurse ni pon ckp kalo nak tgk prosedur kena tukar baju dik..haaa??kitaorg dah blur kejap kat ctu..tukar baju ape plak dah..tiba2 si abg MA td menampakkan dirinya semula dri bilik tadi..kitaorg pe lagi..terkejut la tgk dia dah tkr baju..dah dpt agak la kitaorg pon kena tukar baju mcm tu..huhu~pakaian yg dimaksudkan adalah sepertimana pakaian yg di pakai oleh doktor semasa berada di bilih pembedahan~ngeh3..segan gile...mmg gelak abis la ku ngan tin kat ctu..bju plak saiz punye besar..xtau lak de saiz kitaorg ni pg ambik saiz L..wakaka..mmg lwk sungguh..


Tapi best la jgk dpt tgk doktor wat pembedahan kat patient..bukan senang nak dpt peluang mcm ni..patient tu kena bedah kat telinga..de bisul..dptla kitaorg tgk doktor tu jahit mcm ne..sebelum ni x pnh dpt peluang lgi tgk..hihi...best3..ermm..kla,rasanye ni je yg dpt ku citekn..wasalam


~sempat snap gamba kasut yg kami pakai..ngeh3~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, October 11, 2009

~kepada yg mengenali diri ini~

ANDA DI TAG !!!
(jawab hanya jika anda menganggap saya sebagai rakan~)

nor azniza
hamizah samsuddin
noor amirah mohd nasir
wan nur farhanim radziah
fatin adawiah
syahamah
nunui
wan zuliyana irmi
izzaidah
nurul atiqah amran
x smks,x kmpp 07/o8,my classmates
sape2 yg mgenali diriku..:P

Pertama kali berjumpa OYTA ;

1. tempatnya secara spesifik
2. first impression pada OYTA
3. kata2 pertama diucapnya
4. apa yg sedang dilakukan
5. berubahkah impression anda selepas mengenalinya
6. perbuatan yg paling anda ingat pernah dilakukannya zaman dulu2
7. aktiviti/ hobi/ kelakuan yg sinonim dengannya
8. bezanya dahulu & sekarang
9. 5 perkataan yg menggambarkan OYTA
10. nasihat anda kepadanya

"Sahabat cermin diri..."

*OYTA = orang yg tag anda
**tinggalkan jawapan anda di bahagian komen entry ini
***copy&paste di blog anda untuk mengetahui seawal manakah kewujudan anda disedari
rakan2 di sekeliling anda.

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...