Thursday, July 23, 2009

ADAD MENDENGAR AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, July 21, 2009

Untuk Wanita

Cekal wanita kerana beraninya Patuh wanita kerana setianya Sabar wanita kerana imannya Kasih wanita kerana belaiannya Lemah wanita kerana airnya Ikhlas wanita simpatinya Dendamnya wanita kerana cemburunya Sayang wanita kerana sifat keibuannya Tanpa wanita lelaki lemah... Kerana wanita lelaki kalah...
-Daku situlang bongkok-


Segala puji hanya bagimu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku
Situlang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki

Namun Ya Allah
Biarkan kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada menfaatnya
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami..seorang mujahid

Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati..sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakan pulang?

Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah

Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelehan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati

Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkanPutera putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu AwwaamYang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu

Jua...Memiliki puteri setabah seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi

Namun...Mudah mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi srikandi yang mampu memakmurkan mukabumi Allah
Dengan ketaqwaan..

kesolehah ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam diakhir zaman
Sebagaimana kesah seorang ibu
Yang telah kematian putera puteranya dimedan jihad
Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia

Aduhai.. kiranya aku punya seorang anak lagi
Kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak anaknya
Halangan kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasihMu sendiri pernah menyatakan
Kulihat kebanyakkan dari isi neraka itu adalah wanita

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

UITM Puncak Alam


Salam alaik sume...5hh 7 yg lepas saya daftar untuk sem yg ke3...di tempat baru yg saya x pernah pegi..nun jauh di sana...Puncak Alam...1 lagi kampus UITM yang baru...dari Alamanda,Jalan Klang Lama,saya dan kawan2 berangkat ke Puncak Alam ngan bas Restu Barakah..lebih kurang 1 jam sampaila kami kat sane...sepanjang perjalanan saya melihat sekeliling...byk pokok kelapa sawit n tempatnya memang jauh dari pekan..paling dekat pun pekan Meru,Klang...huhuhu...jauh dari Mid Valley n Kuala Lumpur...hehe..sampai kat sane.terus tgk bilik...saya dok kat blok Angsana,tingkat 3...Alhamdulillah bilik amatla selesa...yang paling saya suka kat cni...jauh dri kesesakan lalu lintas n dapat bernafas ngan udara yg lbih segar..aman je rasa...lepas daftar je..saya ngan kwn2 terus menjalankan aktiviti yang seterusnya...mengangkat brg2 yang amatla byk dan berat...lenguh tgn2 ngan kaki sume...huhu...malam barula dpt rehat n tido ngan nyenyaknye...

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...