Sunday, April 25, 2010

~tingkat-tingkat keyakinan~

1) ILM AL-YAKIN
keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitakan dan kemudiannya didengari telinga.


DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"jangan sekali-kali( bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (alibatnya yang buruk semasa hendak mati)" (Surah al-takathur 102:3/5)
CONTOH:
Si A tidak mengenali madu,apatah lagi merasai madu.namun diberitakan oleh  seseorang yang di percayainya bahawa madu itu rasanya manis. maka si A percaya sepenuhnya madu itu manis walaupon dia tidak pernah melihat atau merasai madu itu.


2) AIN AL-YAKIN
keyakinan yang dihasilkan darpada apa yang dilihat dengan mata.


DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
" selepas itu-demi sesungguhnya!- kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihat-nya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!" (Surah al-Takathur 102: 7)
CONTOH:
Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah dihurungi semut.dia hanya melihat bntuk madu.kelikatan madu dan semut yang mengurungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis walaupun dia belum merasainya.

3) HAQ AL-YAKIN
yakin yang terhasil daripada pengalaman dan amalan.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"sesungguhnya (segala yang disebutkan ) itu adalah kebenaran yang diyakini." (Surah al-Waqi'ah).
CONTOH:
Si C sudah merasai sendiri madu.tangannya sendiri pernah menyentuh madu,rasa kelikatan madu bagai banuhan gula yang pekat. dia juga sudah merasai sendiri madu dengan lidahnya, yakni dia merasai manisnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.

kredit to Majalah Solusi isu 17
semoga bermanfaat

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...