Tuesday, August 31, 2010

~Salam kemerdekaan 53 tahun~

Salam kemerdekaan buat Malaysia..selamat ulang tahun ke 53 tahun..tanggal 31 ogos 1957 telah tercatatnya dalam sejarah kemerdekaan buat negara kita…alhamdulillah dengan penat lelah pejuang2 yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan..akhirnya…malaysia merdeka..laungan merdeka..merdeka..merdeka telah pun tercipta..

syukur Alhamdulillah negara kita masih dalam keadaan aman jika dibandingkan dengan negara lain yang sudah merdeka..masih ada banyak lagi negara merdeka yang masih dalam kesempitan..tgk sahaja di negara India..tunjuk perasaan..kekejaman masih berlaku walaupon sudah merdeka…kita seharusnya bersyukur kerana menjadi warganegara MALAYSIA…

merdekakah kita???merdekakah diri kita?semangat patriotik pada negara sudah berkurangan lebih2 lagi pada remaja..jangan terkejut jika ramai yang tidak tahu bila tarikh kemerdekaan negara kita..walaupon ada banyak lagu2 kemerdekaan..tapi masih ada yang x nak ambil tahu..sekurang kurang nya dengan mengibarkan jalur gemilang di bulan kemrdekaan menunjukkan kita bangga dengan negara kita..jom sama2 kita kibarkan jalur gemilang… ^____^

Salam 1 Malaysia


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, August 28, 2010

aku merinduimu - devotees


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, August 26, 2010

~sanggul wanita~


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, August 24, 2010

Doa Paling Afdal Di bulan Ramadan

salam, haritu terdengar di radio,

amalkan slalu doa ini tak kira tengah buat apapun
makan,tidur,duduk,baring,lepas solat
maknanya sentiasalah berdoa dgn doa ini
doanya itu adalah doa selepas tarawikh 4 rakaat
iaitu:

اَللَّهُمَّ إِنّاَ نَسْأَلُكَرِضَاكَ وَالْجَنَّةَ / وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَوَالنّاَر

maksudnya: ya Allah masukkanlah aku ke dalam syurgaMU, dan jauhi aku dari nerakaMU


Doa Paling Afdal Di bulan Ramadan:

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

p/s: ustaz tu pesan selalulah berdoa yg kita faham maksudnya...tak kisah pun bahasa melayu..lau nak doa bahasa arab pun kaji maksudnya supaya penghayatan diperolehi.


~semoga bermanfaat~
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, August 11, 2010

TAG PHOTO MENDATANGKAN BAHAYA...

Salam buat para mujahid dan mujahidah sekalian! Apa khabar iman di hati? Apa khabar mad’u yang sedang giat ditarbiah? Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya insyaAllah… sudah beberapa hari ana mencari maklumat untuk mengukuhkan post ana mengenai ~Awas Muslimah~ kerana ada ramai yang meraguinya.. namun hampa, ana masih belum menemui bukti-bukti untuk ana pamerkan buat kalian. Tapi… Alhamdulillah, Allah itu lebih hebat dan Maha Mengetahui… ana terbaca artikel mengenai bahaya fungsi tangging di Facebook dalam halaqah-online.


Herm…mungkin input ini juga berguna buat kita semua. Memang berguna dan untuk kita renung kembali! “Ya Allah sesungguhnya aku pohon akan Engkau bagi manfaat diriku dan bagi diri mereka dari kebaikan-Mu dengan (hak) kebaikan-Mu yang tidak dimiliki oleh sesiapapun selain Engkau”….Selamat membaca!

Bahaya Fungsi Tagging Di Facebook

Sejak saya menyertai Facebook, ada beberapa gambar yang telah di’tag’ oleh rakan-rakan saya. Hasilnya, dapat saya melihat gambar-gambar lama yang tidak ada di dalam simpanan saya. Seronok juga apabila mengenangkan kisah dan memori lama bersama rakan-rakan. Bukan sahaja berpeluang melihat gambar, malah kami mula berbual hal-hal lama dan ini telah mewujudkan kemesraan di antara kami yang telah lama tidak berjumpa.

Di sebalik bagusnya fungsi Tagging ini, ada juga kelemahannya, malah boleh timbul mudharat yang besar daripadanya. Di antaranya:

· Mendedahkan aib seseorang.

· Menjatuhkan maruah.

· Dan lain-lain…

Bagaimana pula?

Tagging di Facebook; ada baik & buruknya...

Kes 1 (kisah benar):

Di dalam network Facebook saya, pernah seseorang mengupload gambar seorang muslimah. Saya kenal muslimah tersebut. Malangnya, gambar tersebut telah diupload oleh ahli keluarganya dalam keadaan beliau tidak menutup aurat. Gambar tersebut diambil di dalam rumah ketika bersama adik-beradik beliau. Dan semakin malang, apabila diupload dan ditagnya pula. Jadi, habislah tersebar gambar tersebut di kalangan network Facebook, gambar beliau dalam keadaan yang tidak menutup aurat.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar ahli keluarga dan rakan-rakan perempuan.

2. Jangan upload gambar perempuan yang tidak tutup aurat.

3. Berhati-hati dan berfikir beberapa kali sebelum tag seseorang.

Kes 2 (rekaan):

Seseorang telah ditag gambarnya ketika remaja di sekolah. Kini, beliau adalah seorang yang dihormati dan berpangkat besar. Bukan sahaja gambar beliau telah ditag dalam keadaan yang memalukan, malah di bahagian komen habis dibuka rahsia dan cerita-cerita lama sehingga dibaca oleh pekerja bawahannya, rakan-rakan sekerjanya dan ahli keluarga. Dia rasa sangat malu.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar yang mengaibkan

2. Jangan tag gambar yang mengaibkan.

3. Fikir banyak kali sebelum memberi komen, walau dengan niat ingin bergurau.

Justeru, saya cuma ingin berpesan pada diri saya dan orang lain agar kita berhati-hati. Facebook memang boleh memanfaatkan kita jika kita menggunakannya dengan betul. Tetapi, ia juga boleh memudharatkan diri kita sendiri dan orang lain sekiranya tidak menggunakannya dengan betul.

Ingat, setiap perlakuan kita akan dihitung oleh ALLAH. Samada kecil atau besar. Semuanya akan dipertanggungjawabkan. jadi, berhatilah!

WAllahu Ta’ala A’lam…

sumber:
SHAHMUZIR NORDZAHIR
http://www.muzir.wordpress.com/
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, August 10, 2010

~salam ramadhan 1431H~

salam alaik...segala puji kepada Allah dan Rasulnya..syukur kerana masih ditiupkan nafas untuk ku hidup tika ini..sedar x sedar..bulan yang dinanti, bulan yang dirindui menjelma lagi..

rejab, syaaban sudah meninggalkan kita..ramadhan kini kembali..semoga ramadhan kali ini memberi perubahan dalam hidup kita..gapai segala keberkatan yang ada di dalamnya..Insya Allah..


~kemuliaan ramadhan~


ramadan bulan beribadah bulan keberkatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap untuk menghintung pahala berganda
ramadan bulan berpuasa bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu mengawal indera

pintu syurga dibukakan
di tutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukur pada rahmatnya dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka yang mendapat keberkatannya

tiap satu pahala ibadah 70 ia digandakan
10 akhir ramadhan dikurniakan Lailatul Qadar
malam yang terbaik diumpamakan seribu 10 bulan

............................

kepada semua kawan2 dan semua umat Islam walau di mana anda berada ...saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibdah puasa..semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..Insya Allah..


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...