Wednesday, August 11, 2010

TAG PHOTO MENDATANGKAN BAHAYA...

Salam buat para mujahid dan mujahidah sekalian! Apa khabar iman di hati? Apa khabar mad’u yang sedang giat ditarbiah? Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya insyaAllah… sudah beberapa hari ana mencari maklumat untuk mengukuhkan post ana mengenai ~Awas Muslimah~ kerana ada ramai yang meraguinya.. namun hampa, ana masih belum menemui bukti-bukti untuk ana pamerkan buat kalian. Tapi… Alhamdulillah, Allah itu lebih hebat dan Maha Mengetahui… ana terbaca artikel mengenai bahaya fungsi tangging di Facebook dalam halaqah-online.


Herm…mungkin input ini juga berguna buat kita semua. Memang berguna dan untuk kita renung kembali! “Ya Allah sesungguhnya aku pohon akan Engkau bagi manfaat diriku dan bagi diri mereka dari kebaikan-Mu dengan (hak) kebaikan-Mu yang tidak dimiliki oleh sesiapapun selain Engkau”….Selamat membaca!

Bahaya Fungsi Tagging Di Facebook

Sejak saya menyertai Facebook, ada beberapa gambar yang telah di’tag’ oleh rakan-rakan saya. Hasilnya, dapat saya melihat gambar-gambar lama yang tidak ada di dalam simpanan saya. Seronok juga apabila mengenangkan kisah dan memori lama bersama rakan-rakan. Bukan sahaja berpeluang melihat gambar, malah kami mula berbual hal-hal lama dan ini telah mewujudkan kemesraan di antara kami yang telah lama tidak berjumpa.

Di sebalik bagusnya fungsi Tagging ini, ada juga kelemahannya, malah boleh timbul mudharat yang besar daripadanya. Di antaranya:

· Mendedahkan aib seseorang.

· Menjatuhkan maruah.

· Dan lain-lain…

Bagaimana pula?

Tagging di Facebook; ada baik & buruknya...

Kes 1 (kisah benar):

Di dalam network Facebook saya, pernah seseorang mengupload gambar seorang muslimah. Saya kenal muslimah tersebut. Malangnya, gambar tersebut telah diupload oleh ahli keluarganya dalam keadaan beliau tidak menutup aurat. Gambar tersebut diambil di dalam rumah ketika bersama adik-beradik beliau. Dan semakin malang, apabila diupload dan ditagnya pula. Jadi, habislah tersebar gambar tersebut di kalangan network Facebook, gambar beliau dalam keadaan yang tidak menutup aurat.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar ahli keluarga dan rakan-rakan perempuan.

2. Jangan upload gambar perempuan yang tidak tutup aurat.

3. Berhati-hati dan berfikir beberapa kali sebelum tag seseorang.

Kes 2 (rekaan):

Seseorang telah ditag gambarnya ketika remaja di sekolah. Kini, beliau adalah seorang yang dihormati dan berpangkat besar. Bukan sahaja gambar beliau telah ditag dalam keadaan yang memalukan, malah di bahagian komen habis dibuka rahsia dan cerita-cerita lama sehingga dibaca oleh pekerja bawahannya, rakan-rakan sekerjanya dan ahli keluarga. Dia rasa sangat malu.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar yang mengaibkan

2. Jangan tag gambar yang mengaibkan.

3. Fikir banyak kali sebelum memberi komen, walau dengan niat ingin bergurau.

Justeru, saya cuma ingin berpesan pada diri saya dan orang lain agar kita berhati-hati. Facebook memang boleh memanfaatkan kita jika kita menggunakannya dengan betul. Tetapi, ia juga boleh memudharatkan diri kita sendiri dan orang lain sekiranya tidak menggunakannya dengan betul.

Ingat, setiap perlakuan kita akan dihitung oleh ALLAH. Samada kecil atau besar. Semuanya akan dipertanggungjawabkan. jadi, berhatilah!

WAllahu Ta’ala A’lam…

sumber:
SHAHMUZIR NORDZAHIR
http://www.muzir.wordpress.com/
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...