Assalamualaikum semua…esok dah masuk 10 zulhijjah bersamaan dengan hari raya aidiladha..rasa macam baru je menyambutnya tahun lalu tapi rupanya dah setahun berlalu…begitu cepat masa..pejam celik pejam celik..dah pon setahun..saudara saudari ada buat korban tak tahun ni?mesti ramai yang buat kan…saya tak berpeluang lagi..hehe..maklumla duit poket nak kuar belanja tuk beli lembu tak cukup lagi….pelajar lagi la katakan…Insya Allah satu hari nanti..
Semalam sambil2 tgk sukan asia kat tv.ibu ku datang dengan sebakul daun kelapa muda..ibu nak buat ketupat…ku pon tiba2 rasa nak cuba buat jugak..hehe..maklumla tak penah cuba buat pon sebelum ni sebab biasanya kalo masa raya ibu buat ketupat daun palas..ketupat daun palas ni x serumit nak buat ketupat daun kelapa muda.
~ini ketupat daun kelapa~
~ini ketupat daun palas~
bezakan dua2 jenis ketupat ni
yang saya nak buat ketupat daun kelapa..hehe
Pastu ku pon tanya ibu macam mana nak buat ni?..mula2 ibu tunjukkan dan ku tgk caranya..mmg susah jugak la..selepas beberapa kali tgk ibu buat ketupat tu ku pon cuba ambil 2 helai daun kelapa muda dan mula menganyam..mcm nak anyam tikar jugak ibu kata…tikar pon x penah anyam..hehe..memang susah…tapi cuba dan terus cuba..
~2 helai daun kelapa muda diperlukan~
Last2, ku berjaya anyam 1 biji ketupat tapi selepas dibetulkan ibu ku..hehe…ni dia hasilnya…jeng jeng jeng… ^___^
Ketupat bentuk bawang hasil buatan cik fieha J
yg ni ibu yg buat :)
antara yang dah siap..wink2
Rasanya sampai sini je dulu ye..di kesempatan nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H buat semua umat Islam di seluruh dunia dan khususnya buat semua umat Islam di Malaysia..jangan makan daging banyak2 ye raya nanti…jaga kesihatan dan diri. ^_^
kg sayong masjid,kuala kangsar
16/10/2010@ 9Zulhijjah 1431H