Friday, June 11, 2010

~selamat hari lahir ibu~

10 mei 1957
tarikh yang amat penting dalam hidup ku..hari kelahiran ibuku tersayang..selamat ulang tahun kelahiran ibu...semoga ibu dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki.di beri kesihatan yang baik.mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..
walaupon x dapat nak sambut birthday ibu skrg..tapi harap ucapan yang diberi dapat menggembirakan hati ibu..sayang ibu..
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 54 TAHUN IBU
10 mei 2010
hari ni pada tarikh yang sama result exam bg semester 4 keluar..alhamdulillah sume subjek lulus..syukur..kepada sume kawan2 yang dapat result yang cemerlang tahniah diucapkan..do the best lagi tuk semester depan ok..gambate2

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, May 29, 2010

sUrah al-Fatihah~~

Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun2 s0lat.Rasulullah s.a.w. berfirman yang bermaksud: "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah,maka solatnya batal(tidak sah).

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam s0lat,kita sebagai hamba sebenarnya berk0munikasi dengan Allah.Inilah dial0g dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud :"Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-Ku kepada separuh,dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."

Hamba: Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.

Khalik: Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Hamba: Yang menguasai pada hari pembalasan.

Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Khalik: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku,dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba: (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Khalik: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

(Hadis riwayat Muslim,al-Tirmizi dan al-Nasa'i)


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, May 26, 2010

~mata hati~

Mata Hati

Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...