Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun2 s0lat.Rasulullah s.a.w. berfirman yang bermaksud: "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah,maka solatnya batal(tidak sah).
Setiap kali membaca al-Fatihah dalam s0lat,kita sebagai hamba sebenarnya berk0munikasi dengan Allah.Inilah dial0g dua hala antara sang hamba dan Khalik.
Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud :"Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-Ku kepada separuh,dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."
Hamba: Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.
Khalik: Hamba-Ku telah mengingat-Ku.
Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku.
Hamba: Yang menguasai pada hari pembalasan.
Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.
Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya Engkaulah kami meminta pertolongan.
Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.
Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Khalik: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku,dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.
Hamba: (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Khalik: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.
(Hadis riwayat Muslim,al-Tirmizi dan al-Nasa'i)
0 comments:
Post a Comment