Sunday, February 28, 2010

~kita hanya merancang~

27/2/2010

Rancangan sy n kwn2 nak pg ke Loji Air di Batu Caves tiba2 dibatalkan disebabkan kesilapan teknikal yg tidak dapat dielakkan..salah faham berlaku n tarikh yg dinyatakan dlm surat adalah 27/3/2010..so,kitaorg terpaksa cancel plan nak  g tempat rawatan air tu..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..bak kate Anem,"mane la tau kot2 kalo kita pg de berlaku accident ke"..betul jgk kan..kita x tau..kita hanya merancang dan Allah yg menentukan segalanya..x boleh nak salahkan sape2 dlm kes ni ok...think positive..(^_^)..walaupon x dpt pg yg penting gamba2 kenangan tetap ade...hehe..

~de lg yg x cukup ni..hehe~



Plan A x jadi...so sy mmg rasa nak kuar jgk hari tu...finally kwn2 sy yg 9 org lagi wat keputusan nak berkayak kat Taman Tasik Shah Alam..sy pon on jer...hehe..kuar la kami ngan bas Rapid KL ke Shah Alam..sampai2 terus menuju ke tasik n berkayak...seorg RM5 untuk 1 jam berkayak ok..sape2 yg rasa nak berkayak tu bolehla dtg kat tasik ni...mmg best suasana dia...redup n tenang je rasa..pengalaman berkayak ngan kwn2 mcm ni mmg best...thumbs up kpd kwn2 sy...anem,kak rin,mire,areda,humairah,ana,no,arzie n aswa...(^_^)


~best3~

~semua ada kat cni :)~

fs:kepada kak rin...jgn sedih2 x dpt g loji k...ceria kembali...^_^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, February 26, 2010

~Salam Maulidur Rasul 1431H~


kata fs: salam maulidur rasul...bykkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...pesanan untuk diri sendiri jugak(^_^)

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, February 22, 2010

~Festival Nasyid Interkampus UITM 2010~

Sempena sambutan Maulidur Rasul yg bakal tiba, Uitm Puncak Alam akan mengadakan pelbagai aktiviti..terbaru, pada 19-21 Februari telah berlangsungnya Festival Nasyid Interkampus Uitm 2010...seramai 13 pasukan dari seluruh cawangan kampus Uitm telah melayakkan diri dalam peringkat saringan untuk menempatkan diri ke pertandingan akhir...di peringkat akhir ,seramai 5 pasukan telah dipilih..tidak dinafikan ramai yang berbakat,persembahan dan lagu pon bagus2..kebanyakannya menyanyikan lagu nasyid ciptaan sendiri..

Tahniah kepada pasukan dari Uitm Perak yang telah memenangi tempat 1 dan  ke 3..xlupa jgk tahniah kepada pasukan dari Uitm Perlis yang berjaya mendapat tempat ke 2...


Tahniah jgk buat semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program seperti ini terutamanya pihak CITU,Phytas,persatuan OM, Farmasi..dan lain2 yang terlibat secara langsung atau pon tidak langsung...korang semua mmg THE BEST...(^_^)


kata fs:semoga program2 yang berunsurkan dakwah seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa2 akan datang...


video

~kumpulan Fansuri dari Uitm Perak~
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, February 21, 2010

~selamat pengantin baru Kak Teh & Abg Razak~

pada 13 dan 14 februari 2010 telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu saya...Teh Badariah dan suaminya Abdul Razak..selamat pengantin baru..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..(^_^)




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, February 13, 2010

~Valentine Day~

Tanggal 14 Februari..dah semakin hampir tarikh itu..rasanya ramai yang tau ape yg berlaku pada tarikh tersebut terutamanya mereka yg mempunyai kekasih..Valentine Day atau Hari Kekasih...apakah Valentine Day menurut Islam?

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka?

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil.ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah :
“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL

Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta  dan huru-hara.

Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-muja Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak saat ini, agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu.

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Kerana sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

fieha_fs: say no to Valentine Day..


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

12/2/2010 bersamaan 27 Safar 1431H

12/2/2010

Hari ni kelas seperti biasa dengan Cik Zam..kelas Mental Health...setakat ni blaja pasal mental health ni ok jer..mcm menarik je cite2 yg Cik Zam bg tau..x sabar nak g praktikal kat Hospital bahagia nanti..hehe...lepas bis kelas je terus g makan..perut ni dah lapar sgt..n pada ms yg sama dapat idea nak pg beli tiket lepas makan..Alhamdulillah,pas dah bincg ngan kawan..sy, mizah n fatin gerak terus g Klang Sentral..thanks to mizah sbb tlg tumpangkan kami..hehe..Alhamdulillah dapat gak tiket..balik ari sabtu petang pas abis kelas Peadriatrics..

Petang plak ada Majlis Perasmian UiTM Puncak Alam Fasa 1....YAB Dato Seri Najib,PM datang untuk merasmikan majlis tersebut..denga cita sebelum ni nak datang dgn helikopter...tp x pon..datang ngan kereta je..hehe..siap dah buat jalan untuk heli mendarat..tp x jadi..hehe...tapi mmg best la majlis perasmian tadi..semoga Fasa 2 akan berjalan dengan lancar..UITM the BEST..

fieha_fs:tadi x sempat nak tamgkap gambo PM..elok2 je nak tangkap gambo bateri abis..huhu..ni je yg sempat sy tangkap...


~rakan2 seperjuangan ku~

~UITM Puncak Alam Fasa 1 dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, February 12, 2010

suka + duka

salam alaik..
sudah agak lama ku x update blog ku ni...dah byk debu dah..hehe..hari ni baru terasa nak letak entry baru...awal pagi tadi..ku dan housemate ku pg kat court basketball...nak wat rakaman cara2 senaman tuk ibu mengandung...rakaman ni khas kitaorg buat untuk presentation HEALTH EDUCATION untuk subjek Comunnity nanti....ade la dlm 4 steps senaman yg kitaorg buat...tp tu pon byk kali jgk kena cut...mengalahkan mcm org nak berlakon je plak..hehe..tapi mmg best n seronok je...buat kawan2 kelas..nantkan presentation kami nant..InsyaAllah kami akan cuba wat yang terbaik supaya korg sume x tertido time presentation nant ok..hehe..

lepas siapkan rakaman tu sempat lagi la kami bergamba...hihi..nak tgk..jom..



4 rangers..hehe

di sebalik waktu gembira pagi itu...ku denga berita kelas akan diadakan pada hari sabtu ni..13 aribln..bayangkanlah tiket balik kg dah beli..pada cuti umum plak tu...denga berita tu terus rasa down..sbb hjung minggu ni dah set nak g kenduri kahwin sepupu..huhu...mula2 tu mmg x boleh nak terima..tp lame2 pk sbb kelas dah byk kali cancel...hati pon dah rasa belah bagi..tapi ape2 pon yg jadi nanti..sy terima dengan redha..(^_^)

p/s:esok PM kita akan datang merasmikan Uitm Puncak Alam Fasa 1..

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...