Thursday, May 6, 2010

~posting di Hospital Tanjung Rambutan~

Salam alaik sume...alhamdulillah baru selesai final exam..insyaallah selepas ni praktikal di Hospital Tanjung Rambutan pulak..hehe..rasa teruja nak pg kat sana walaupon pada yang sama rasa takut..huhu..mcm2 cite dah denga dari lecturer dan senior2..huhu..takut jgk..maklumle kat sane sume pesakit2 yang ade masalah mental..harap2 sume ok je kat sana..


Tarikh praktikal: 10/5/2010- 21/5/2010
Tempat: Hospital Bahagia Tanjung Rambutan,Perak


p/s: -doakan saya semoga dipermudahkan urusan..
      -kepada kwn2 yg praktikal tu..hati2..jaga diri baik2 k..


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, April 26, 2010

9 SITI YANG PATUT DICONTOHI KAUM HAWA..

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

semoga bermanfaat
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, April 25, 2010

~tingkat-tingkat keyakinan~

1) ILM AL-YAKIN
keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitakan dan kemudiannya didengari telinga.


DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"jangan sekali-kali( bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (alibatnya yang buruk semasa hendak mati)" (Surah al-takathur 102:3/5)
CONTOH:
Si A tidak mengenali madu,apatah lagi merasai madu.namun diberitakan oleh  seseorang yang di percayainya bahawa madu itu rasanya manis. maka si A percaya sepenuhnya madu itu manis walaupon dia tidak pernah melihat atau merasai madu itu.


2) AIN AL-YAKIN
keyakinan yang dihasilkan darpada apa yang dilihat dengan mata.


DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
" selepas itu-demi sesungguhnya!- kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihat-nya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!" (Surah al-Takathur 102: 7)
CONTOH:
Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah dihurungi semut.dia hanya melihat bntuk madu.kelikatan madu dan semut yang mengurungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis walaupun dia belum merasainya.

3) HAQ AL-YAKIN
yakin yang terhasil daripada pengalaman dan amalan.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"sesungguhnya (segala yang disebutkan ) itu adalah kebenaran yang diyakini." (Surah al-Waqi'ah).
CONTOH:
Si C sudah merasai sendiri madu.tangannya sendiri pernah menyentuh madu,rasa kelikatan madu bagai banuhan gula yang pekat. dia juga sudah merasai sendiri madu dengan lidahnya, yakni dia merasai manisnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.

kredit to Majalah Solusi isu 17
semoga bermanfaat

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...