Dalam dunia nie….
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kite bersendiri
Kite beruntung kerana mempunyai
Sahabat yang memahami kita
Bagaimana kita mengharapkan keikhlasan
Dan kejujuran sahabat
Begitu jua dia
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira tentang
Harapan dan perasaan kita
Kita rasa dikhianati bila dia tidak
Menepati janji
Kita tidak akan memberi peluang untuk
Dia menerangkan keadaanya……
Bagi kita….
Itu alasanya untuk menutup kesilapannya
Dan membela diri….
Kita lupa kita juga pernah membiarkannya
Ternanti-nanti
Kerana kita juga ada janji yang tak pernah
Ditepati……
Kita beribu alasan
Memaksa dia menerima alasan kita
Waktu itu, terfikirkankah kita tentang
Perasaanya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa
Tetapi kita senang terlupa…
Untungnya mempunyai seorang kawan
Yang sentiasa disisi kita
Pada waktu kita memerlukan dia
Dia mendengar luahan perasaan kita
Segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan menyelesaikan
Masalah……
Selalunya kita asyik bercerita
Sedangkan dia juga ada cerita yang ingin
Dikongsi bersama kita
Bolehkah kita bahu
Untuk dia sandarkan harapan
Sesekali jadilah kawan yang mendengar
Dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati
Dan perasaan kawan
Kerana dia juga ada perasaan takut
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan…
Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
Tetapi mungkin sebenarnya dia
Tidak setabah yang kita sangka…
Di sebalik senyuman itu
Mungkin banyak cerita sedih
Yang ingin diluahkan…
Mngkin tersimpan seribu kekalutan
Yang kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba menjadi sahabat
Seperti dia ….
Mungkin……kita akan mengetahuinya..
0 comments:
Post a Comment