Tuesday, July 27, 2010

~today is my birthday~

assalamualaikum...alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya bernafas lagi pada hari ini..
hari ini..27 julai 2010 bersamaan 15 syaaban 1431H..hari ulang tahun kelahiran ku yg ke 22 tahun...terima kasih kepada Allah SWT kerana masih memberi  peluang untuk ku menempuhi hidup untuk kali yang 22 tahun..
semoga dengan berkat nisfu syaaban memberikan ku sinar baru dalam kehidupan..masih jauh perjalanan hidup..masih banyak bekalan untuk alam akhirat yang masih belum dicapai..semoga Allah memberikan ku hidayah dan kemudahan dalam beribadat kepada Nya..amin Ya Allah..

 terima kasih tidak terhingga kepada housemate ku yang bersusah untuk meraikan hari kelahiran ku...terima kasih di atas ucapan dan kek blueberry yg mmg sedap(tau2 je ku suka kek blueberry)..hehe..

~kek tuk saya~

x lupa jugak..sebenarnya terutamanya kepada nana, housemate  ku di matrik penang dulu..1st person yg wish kat ku dan paling terharu sekali dia tulis entry pasal ku di blog dia..  http://ishanokokoro.blogspot.com/  ...terharu sangat2...thanks nana..ni syg nana lebih ni..hehe...

dan kepada semua family,kawan2 yang wish selamat hari lahir kat ku x kira SMS,call,facebook dan seangkatan dengannya..terima lasih sekali lagi..semoga kalian semua mendapat rahmat dari Allah...amin..

yang tulis:
tuan punye blog aka fieha_fs
ruang tamu umah sewa
27 julai 2010 bsm 15 syaaban 1431H
mood tuan punye blog: happy ^___^

......sekian.....

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, July 23, 2010

~ice skatting for the second time~

22 julai 2010-sunway pyramid for the second time..masa 1st time aritu pg ngan kakak saya + main ice-skatting..kali ni ku dan hosemateku semua pg SP-sebab nak main ice skatting..ku pon ngan laju je on nak pg sbb mmg rasa nak pg lagi pas 1st time main kat sana..sangat best..sampai2 je kat SP terus g tempat main ice skatting yakni di Pyramid Ice..mula mula tu de 2,3 org kawanku x nak main..ku cuba pujuk jgk diorg cuba..rugi x cuba..last2 sorg je x nak main..xpela..dia x biasa + takut kot..

masuk je tempat ice tu..kawan ku ni semua takut sbb licin sangat x boleh nak balance diri..almaklumla kali 1..ku pon mmg takut gila..takut jatuh..ku pon cuba jgk beri tunjuk ajar dri pengalaman ku dulu..hehe..konon2 dah reti la sikit2..kih3...kalo x jatuh bukan namanya belajar kan..tapi yang bestnye dapat main ice skatting ngan lebih laju n dapat meluncur la sikit2..seronok sangat..berbaloi la jatuh kedepuk tuk keberapa kalinya..janji puas hati.. ^__^



like this :)

haha ku yg terbang..hik3

selepas penat berice skatting

ok..sampai sini je..sekian.. ^__^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, July 21, 2010

untuk yang mencari cinta sejati ~_^

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu,
 wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...


Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...


Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...


Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...


Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..
Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melebihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

p/s: semoga bermanfaat..kredit to along for the article.. ^_^


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

memasak??

assalamualaikum..hari ni tiba2 plak nak tulis pasal masak..kebetulan  ku lawat web testi islam..ada gamba tentang memasak..baru2 ni sejak duduk di umah sewa ku baru menjinak-jinak kan diri untuk belajar memasak..maklumla..umur pon dah meningkat..benda2 basic macam ni kena blajar..hehe..yg bagus nye kami siap ada jadual untuk memasak..sapa yg kena masak pada hari2 yg perlu masak..nampak macam kelakar tapi ini yg terbaik ku rasa..

bila time masak dah tiba,sibuk dok calling ibu kat kg macam mane nak masak ni..ape cara nye..ape ramuan nye..hehe..kelakar dan rasa happy je bila denga ibu gelak2 sbb x tahu nak masak..tp ibu think positive je..xpe,belajar slow2..nant dah dapat kuali tu tau le apa yg nak kena buat.. :)..tapi mmg betul pon ape yg ibu cakap..masuk je ape2 yg patut dalam kuali tu..tup2 dah jadi 1 masakan..

denga orang cakap..kalo kita niat nak menjamu orang len makan n masak dengan penuh kasih sayang,insyaallah masakan kita akan jadi sedap..(^__^)..yg penting sekali..memasak juga kerana Allah..apa yang semua kita buat adalah kerana Allah..

sekian....

rabu 21/7/2010-umah sewa puncak alam-


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, July 17, 2010

Hanyut-UNIC


Hanyut

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC

cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, July 15, 2010

14 Julai 2010

salam alaik..hari ni rasa rajin plak nak tulis entry baru..hehe..hari rabu sepatutnya ada kelas neurology,tapi buat masa sekarang ni kelas mungkin xde sebab x de lecturer yg dapat ajar kami..jenuh jgk la nak ganti kelas lepas ni..sepatutnya bersusah susah dulu,bersenang senang kemudian,tapi terbalik lak kali ini..xpela..mungkin ada hikmahnya..:)


memandangkan xde kelas hari ni,ku ngan roomateku syama n mizah kuar pg Shah Alam..kebetulan mlm ni birthday housemate ku,fatin.kami belikan kek untuk dia n ku belikan hadiah beg untuk fatin dan buku untuk birthday anem yg x sempat ku beli ari tu..sori ye nem lambat sgt kasi hadiah..hehe.sepetang berada di sana,ku teringin sangat nak beli baju kurung kain cotton..jumpe la 1 kedai kat Plaza Alam Sentral ni..mmg byk pilihan dan harga pon berpatutan..ku pon cuba 2 3 helai baju..tapi x sepadan plak ngan ku..last2 kawan ku je yg beli..ku x beli pon..hehe..kecewa jgk xdapat beli..tapi xpe,len kali boleh cari lagi.. :)


menunggu jam pukul 12 malam..konon nya nak wat surprise kat housemate ku,fatin..tapi x de idea nak buat kejutan mcm mane..hihi..last2 kami panggil dia turun kat ruang tamu ngan lampu semua tutup..yang lawak nye punya la takut si fatin  ni sampai duduk kerusi yang hujung sekali..ku pon dok tggu la kawan2 ku yg len kat dapur..dok jg api lilin kek..mne la diorg ni x dtg2 lg..ku pon pg ke dapur ajak diorg dtg kat depan..n lastly lagu "happy birthday" kami nyanyikan untuk fatin..punyela suke fatin..kitaorg baru nak kuar je terus denga bunyi org ketawa..hihi..xpela yang penting fatin happy k..


to my beloved friend and housemate, Fatin Adawiah Bt Khairudin:
~selamat hari lahir,sweet 21..semoga mendapat rahmat dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..jangan nakal2 ye..hope suka ngan hadiah yg sy bagi..^__^~

kek yg sedap untuk atin..^_^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

..AYAH BELIKAN AKU KERETA..

Umaira (bukan nama sebenar) adalah pelajar tahun akhir di sebuah intitusi pengajian swasta di ibu kota dan merupakan seorang anak kepada pengurus Lembaga Tabung Haji yang kaya raya. Ayahnya Haji Syawal walaupun kaya raya namun tidak lokek menderma dan bersedekah, beliau juga bersifat merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk kekayannya..Isteri Haji Syawal sudah lama meninggal kerana barah payudara. Oleh kerana Umaira tidak menyukai ibu tiri, maka tidak membenarkan ayahnya berkahwin lain dan ayahnya hanya menurutkan sahaja dek kerana sayangkan anaknya.


Berlainan pula dengan sikap Umaira yang gemar berfoya-foya menggunakan wang ayahnya, namun atas kasih sayang terhadap umaira, Haji syawal sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya itu. Suatu hari sebelum pergi kuliah, umaira berkata kepadanya.


“ayah, minggu depan start final exam, kalu umairah dapat 3 pointer keatas, ayah blikan saya kereta ya?..”..pinta umairah, lalu ayahnya menjawab


“Insyaallah nak..”


Setelah tamat peperiksaan akhir, maka tibalah masa untuk mengetahu keputusan dan umairah mendapat keputusan cemerlang dengan pointer 3.87. Umairah sangat gembira dan terus menelefon ayahnya


“ayah, umairah dapat 3.87, ayah mesti tunaikan janji nak bagi saya kereta tau, saya nak kereta Toyota Vios, kaler gold tau ayah, bagi mase besday saya minggu dpan..”..ujar umairah


“insyallah nak..”...jawab Haji Syawal pendek


Hati umairah berbunga-bunga untuk menunggu minggu dpannya..


Hari ini genaplah umur umairah 22 tahun dan umairah menyambut harijadinya dengan menjemput rkan-rakan sekolejnya. Kesemua rakannya begitu taksub dan kagum dengan hadiah kereta yang akan umaira miliki sebentar nanti..sejurus kemudian ayah umaira balik, umaira menjengok keluar dan tidak nampak sebuah kereta Toyota pon...


Ayahnya masuk dan mengucapkan salam,


“ Assalamualaikum nak, ini hadiah haru jadimu”Umaira terkejut, lalu dibuka bungkusan itu, bukannya kereta, tetapi sebuah al-quran yang cantik bersulam kulitnya..dia memandang sekeliling dan mendengar ketawa kecil dari rakan-rakannya..


Umaira malu dan terus berlari kebilik meninggalkan semua orang...


Semenjak kejadian itu, umaira tidak pernah metergur sapa dengan ayahnya. Oleh kerana terlalu malu dan marah kerana ayahnya sudah menipu dan memalukannya umaira membawa diri ke Sabah tanpa memberiyahu ayahnya melainkan sekeping nota yang ditinggalkan bebunyi “aku nak ke sabah, kerja jauh dari sini”..Umaira mendapat pekerjaan disana sebagai setiausaha di Sebuah syarikat swasta...Haji Syawal berusaha untuk menguhubungi anaknya tetapi umairah berdegil tidak mahu berhubung lagi dengan ayahnya..


Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun..Kini genaplah 4 tahun umaira berada di sabah, dia kini sudah berjaya memegang jawatan pengarah syarikat dan menjadi kaya..dalam tempoh itu sedikit pun dia tidak mengambil tahu hal ayahnya..


Suatu malam sebelum puasa, umaira terdetik hati untuk pulang dan membukyikan kepada ayahnya yang dia sudah berjaya walaupun ayahnya tidak mahu memberinya kereta. Lalu umaira mengambil keputusan untuk balik ke Semenanjung sehari sebelum Hari Raya


Umaira membayar tambang teksi, lalu mengangkat barangnya turun. Dihadapan Rumah nya dilihat suasana sudah berubah, pokok-pokok liar menjalar diserata tingkap rumahnya, semak samun semakin meninggi, rumah itu seperti sudah tidak berpenghuni..Umaira tertanya-tanya kemana ayahnya pegi, perasaannya mula tertanya-tanya, hatinya mula gundah..dia memberi salam namun tiada yang menjawabnya..Tiba-tiba terdengar suara


“anak carik siapa ?”...Umairah menoleh, rupanya jiran yang duduk disebelah rumahnya, dia tidak mengenalinya mungkin kerana jiran lama telah berpindah..


“makcik, ayah saya Haji Syawal mana?’’


“Haji syawal?, dia dah meninggal 2 tahun sudah nak”


Hati umairah tersentak, tubuhnya menggigil, air matanya mencurah-curah keluar..pandangannya kelam dan terus pengsan..


“anak, anak tak apa2 ker?.” Soal jirannya, rupanya umaira berada dirumah jirannya yang mengangkatnya kerana pengsan..Umaira menceritakan segala-galanya...semua terdiam...


Umiara membuka pintu rumahnya perlahan-lahan, perabotnya masih ada, tetapi sudah usang..semuanya lengkap...Umaira menangis tersak-esak, tiba-tiba dia teringat akan al-quran yang diberi ayahnya..umaira lalu mengambilnya dari atas almarinya yang tidak pernah disentuh sejak kejadian itu...al quran masih elok, umairah mengelap habuk2 dan mangucup al-quran tersebut..


“ayah, maafkan umaira, umaira mendoakan agar ayah bersama-sama orang beriman, umaira nak baca doa untuk ayah, nak doa bnyk-banyak utk ayah..”...


Umiarah membuka balutan al-quran tersebut, dan menyelakknya..tiba-tiba terjatuh sekeping kunci dari celahan al-quran tersebut, dia mangambilnya dan pada kunci tersebut tecatat tulisan “TOYOTA”...rupa-rupanya kunci kereta, dia membelek al-quran trsebut dan terdapat geran kereta yang tertulis nama anaknya disitu dengan sekeiping kad ucapan tertulis” selamat hari jadi yang ke-22 anakku”..ayah menghadiakan kamu dunia dan akhirat, al-quran untuk bekalan akhirat dan kereta untuk mkamu didunia..manfaatkanlah keduanya..”....


Umairah menangis teresak-esak dan sangat menyesali perbuatannya....dia meraung-raung sendirian dirumah usang tersebut..


~TAMAT~



"P/S: jadikan lah ia sebagai peringatan bt kita dan untuk diri sy juga...syurga di 
           bwah telapak kaki ibu,ayah adalah pintu syurga kita..jika ayah terluka,pintu
           mana yg kita nak masuk di syurga nnt?"


        :semoga bermanfaat untuk semua..^_^
terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, July 13, 2010

~semester 5~

Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah dan kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.syukran Ya Allah kerana masih memberikan peluang untuk hambaMu ini bernafas di bumi Mu ini Ya Allah..masa pantas berlalu..pejam celik sudah 2 tahun ku melalui kehidupan di kampus...pelbagai digaan dan cabaran telah kutempuhi dan di atas rahmat dan kasih dari Allah, ku masih dapat bertahan sehingga kini..


syukur, sekarang ku baru memasuki semsester baru..semester 5..macam x pecaya dah masuk sem 5..sangat pantas masa berlalu..sem baru azam baru semangat pon kena baru..mulai sem ni ku tinggal di umah sewa di fasa 3, Puncak Alam...alhamdulillah semuanya ok sepanjang seminggu kat sini...pengangkutan ke kuliah pun ada disediakan..kalo sebelun ni risau xde kenderaan tapi lega dah sekarang..^__^..


subjek untuk sem 5:
  • neurology and emergency nursing
  • community nursing  2
  • research methodology
  • arabic languange 2
  • clinical practice 5
maan taufiq wannajah,good luck,jiayo,chayok,gambate-kata2 semangat untuk tuan punye blog..^__^


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~tenanglah duhai hati~

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nk.


Tapi..kenapa hati kita tak gembira?


Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"


Apa masalah kita?


Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?


Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?


Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..


Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.


Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.


Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?


Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.


Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


SUMBER: himpunan tazkirah..


semoga bermanfaat untuk kita semua,sekadar untuk perkongsian semua..segala teguran diterima dengan rasa sukacita.. ^__^


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, July 12, 2010

~World Cup 2010-South Africa~

sebulan kehangatan bola sepak piala dunia akhirnya tamat hari ini..macam2 gelagat peminat bola sepak di seluruh dunia sepanjang sebulan berlangsungnya world cup ni..mungkin ada yang mengubah rutin harian dengan berjaga malam, tabiat pemakanan yg tidak sihat atau kurangnga fokus dalam pekerjaan gara2 tidak cukup tidur pada waktu malam..memandangkan sudah tamatnya word cup,marilah kita kembali pada asalannya..Insyaallah..^___^


final world cup result:
spain beats netherlands 1-0

spain


the world cup

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, July 11, 2010

Syaaban

PENGENALAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:
01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
02. Keperkasaan dan ketinggian.
03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
04. Kasih-sayang dan kemesraan.
05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.
Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah. 

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.
Saidatina Aisyah berkata:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah berkata:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: ayat 31)

p/s;semoga bermanfaat

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...