Sunday, February 27, 2011

~ ukhwah kerana Allah ~

" kita bertemu atas AQIDAH yang satu, bernaung di bawah bendera LAILAHAILALLAH, hati kita diikat UKHWAH FILLAH , membawa MISI ALLAH di dunia, jual DUNIA untuk AHKIRAT, wahai mujahid,sematkan KITABULLAH wasSUNNAH di hatimu ,kilaukan pedang JIHAD di tanganmu, biarkan musuh2 dan taghut itu gentar, agar SYAHID jadi katamu, agar suatu hari nanti tiba saat malaikat, burung2 suci, kasturi mewangi mengiringi rohmu, pergi mendapatkan RABBmu nun di syurga Firdausi.. "

syukran jazilan kepada semua warga Pemimpin Rakan Masjid(PRM) UiTM Puncak Alam untuk Rehlah Buddy hari ini..aktiviti yang santai tapi penuh dengan input berharga untuk dijadikan panduan pada diri..Akidah, Ibadah, Dakwah, Ukhwah dan Akhlak..mencerminkan Islam pada diri kita..semoga dapat memperbaiki dan memantapkan diri..Amin... ^^

27 Feb 2011 @ 24 Rabiul Awal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, February 26, 2011

~ mintalah sentiasa ~


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)
Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."Riwayat at-Tirmizi
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.
Mintalah Kepada Allah Swt Sentiasa
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186)
Mintalah kepada Allah Swt dalam apa jua keadaan, dalam hati dan juga dengan adab-adab berdoa serta waktu-waktu berdoa yang terbaik. Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.
Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.
Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

sumber: iluvislam.com

26 Feb 2010 @ 23 Rabiul Awal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, February 24, 2011

selamat datang ke dunia baru ^^

Alhamdulillah..24 Februari 2011 @ 21 Rabiul Awal 1432H telah lahirnya seorang bayi lelaki di dunia ini..semoga kehadiran bayi  memberi sinar baru dalam hidup sepupuku, Kak Teh sekeluarga..dah bertambah lagi sorang ahli keluarga kami..suke2..^^  terharu jugak sebab x dapat tengok baby..x dapat cuti..assignment dan test silih berganti...xpe2..yang penting semuanya dah selamat..jaga diri dan kesihatan baik2 ye Kak Teh..nanti cuti lawat baby baru... ^__^

~ wajah comel si kecil ~


dia dah ada nama...Muhammad Zakuan Muhaimin..semoga Allah merahmati kamu...jgn nakal2 ye baby.. ^^

24 Feb 2011 @ 21 Rabiul Awal 1432H
Puncak Alam


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, February 21, 2011

~ the faceblog ~

~FACEBLOG ~

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG . TUJUAN  FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK , KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

tadi ziarah blog kawan2..pastu nampak 1 tajuk post " faceblog "...macam menarik je..pastu cuba lawat kat link dia..macam lebih kurang facebook..tapi yg ni khas untuk blogger2..best2..mengumpulkan blogger2 yg ada kat Malaysia ni..mohon tunjuk ajar ye....semoga memberi manfaat kepada semua.. ^^


21 Feb 2011 @ 18 Rabiul Awal 1432


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, February 20, 2011

~ i-city ~

semalam  19 Feb 2011..jalan2 di i-city melihat keindahan lampu yg berwarna-
warni..Subhanallah...indah..akhirnya sampai jugak kat sana...kredit untuk kawan sy, syama yg bawak kami..syukran jazillan.. ^^ 









20 Feb 2011 @ 17 Rabiul Awal 1432H
Puncak Alam



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, February 19, 2011

~tag dari fatin adawiah ^^ ~


1) upload wallpaper laptop yang anda guna skrg
tada....seperti gamba kat bwh ni ..


2) cerita pasal gamba
gamba ni mmg ada dalam folder gamba2 ku dan ku letak dlm 1 folder khas...folder gambo2 LOVE..hehe..mcm2 gamba love ade..tapi gamba ni nampak sweet n comel..saje letak gamba baru..yg penting xde kaitan ngan benda2 jiwang2 sume tu ok.. ^^

3) upload wallpaper sebelum ni
ni dia gamba nye..


4) cerita pasal gamba
gamba ni sebenarnya ku ingat nak letak kat header..dah penah letak tapi dah remove sebab2 teknikal..hehe..gamba ni ku edit kat photoscape..lame gak le nak siapkan..last2 x jadik gamba kat header..tapi xpe..de yg bru..lebih kurang mcm ni..cuma de perubahan sikit je.. ^^

5) knape anda tukar wallpaper len?
sebab ku cepat bosan..kalo lame2 sgt gamba tu kat laptop mesti ku tukar punye..hehe..pendek kata ku mmg sentiasa tukar wallpaper laptop..kdg2 ikut hari..kalo masa ramadhan,raya, awal muharam, exam, letak gamba yg berkaitan la..

6) sudah berapa lama anda gune laptop anda itu?
ku beli masa sem 2..ada lah lebih kurang 2 tahun lebih..beli guna duit JPA...abis sume kedai kat Low Yat pegi survey naik lenguh2 kaki baru jumpe laptop tu..hehe..sampai skrg cover plastik kat depan laptop x buang2 lg sebab takut calar..hihi..

7) apa anda buat setelah selesaikan tag ni?
skrg x selesai lagi..dah bis ni nak pg tido..hehe..dah lewat pun..

8) apa tujuan buat blog?
mula2 sebab ikut kawan..rasa macam best je buat blog..pastu mula minat  buat blog..biasanya ku suka tulis benda2 yg boleh bg manfaat n tulis pasal kehidupan harian ku jugak..

9) brape kali seminggu anda update blog?
x pasti...ikut keadaan..kalo time rajin tu boleh sampai 2,3 post sehari..kalo x rajin sampai bersawang gak la blog ku.. ^^

10) tag 4 org
-wan zuliyana irmi (nana)
-dalilah (delah)
-nurul atiqah
-nor azniza

11) apa yang anda tahu mengenai mereka?
sahabat2 yang beri banyak kenangan dalam hidup ku

12 )5 perkataan mengenai anda
5 perkataan bukan ayat kan fatin??hehe
nasyid, blog, motor ex5, ABC fradoo, ketawa  ^__^

akhirnya..dah selesai..sekian..

19 Feb 2011 @ 16 Rabiul awal 1432H



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, February 17, 2011

~binnabil huda~

Binnabil Huda

Album : Nur Muhammad
Munsyid : In-Team & Unique
http://liriknasyid.com

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
'Alaikassholatu a'alaikassalam
Wasahbika wattabi'inal kirom...

Binnabil huda nahnujun dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam...

Ya Musthopha RasullAllah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Shollu..Shollu, shollu, shollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad

Binnabil huda nahnujun dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam...

Ya Shafi'ie..Khubbi..Yadi..
Ya RasullAllah.. HabibAllah..
Huwa al-Hadi al-Basyir
Sollu..sollu, sollu, sollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad

Shafi'una..shafi'una..shafi'una..shafi'una..
RasulAllah..HabibAllah..NabiyAllah..SofiyAllah..Rasulullah..

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad


jom berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
17 Feb 2011 @ 14 Rabiulawal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, February 15, 2011

~buku indahnya hidup bersyariat~

modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat SEPANJANG HAYAT

penulis:Ustaz Dato' Hj Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
isi buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri,seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat. merangkumi syariat bermula dari kelahiran sehingga berakhirnya hidup seorang insan. teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat..paling penting mudah difahami ^^

baru je beli semalam...memang sangat best..boleh guna bila-bila masa dan sampai usia tua nanti..

15 feb 2011 @ 12 Rabiulawal 1432H
~hidup bertakwa bermula dari lahirnya insan ke dunia~



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~ Engkau Insan Sempurna ~

Dirimu terlalu sempurna
akhlakmu yang sunguh mulia
jasamu yang amat berharga
 menerangi jalan syurga

selalu aku yang terlupa
selawat jarang terlaksana
di bibir mengatakan cinta
di hati pula berdusta

bila diuji dan dipujuk nafsu
ku meminjam cekal ketabahanmu
kerana ku yakin di disuatu waktu
syafaat mu yang dapat membantuku

tika berenang di laut derita
sang mentari sejengkal di kepala
saat ini ditimbang dosa dan pahala
siapakah yang akan membela?

kesyukuran atas kurniaan rahmatNya
menghadiahkan ku seoramg
insan sempurna berjasa
selayaknya engkau dikasihi dicinta
keranamu Ya Rasul kekasih teristimewa

~Salam Maulidur Rasul 1432H~
semoga kecintaan ku kepadamu bertambah Ya Rasul..sesungguhnya Engkau Insan Teristimewa..


15 feb 2011 @ 12 Rabiulawal 1432H
hari ni Maulidur Rasul ^^



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, February 13, 2011

~ lupakan Valentine's day, hayati Maulidur Rasul ~

salam..
mari kita semua katakan tidak pada valentine's day..kenapa? jawapnnya mudah, kerana ianya HARAM di sisi agama Islam..


mari kita gantikan dengan menghayati Maulidur Rasul..sesungguhnya Nabi Muhammad pemberi syafaat kepada kita dan marilah memperbanyakkan selawat ke atas nya..Allahumma sollia'la Muhammad wa'ala alahihi wasahbihi wassalam..


p/s:peringatan untuk diri sendiri juga..dan buat kalian semua..have a nice day ^^

13 Feb 2011 @ 10 Rabiulawal 1432H
2 hari lagi Maulidur Rasul


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, February 11, 2011

~selamat hari lahir izz~

11 Februari 1989..tarikh kelahiran sahabat ku Izzaidah..selamat ulang tahun ke 22 tahun izz..semoga izz berjaya di dunia dan akhirat..menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah..dirahmati dan diberi ketenangan hidup..Amin...banyak kenangan kita di KMPP dulu..semoga menjadi memori terindah dalam hidup izz..semoga izz tak lupakan persahabatan kita...keep in touch ye..jaga diri baik-baik k..




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

setiap kesusahan Allah pasti beri pertolongan

salam..
lewat petang tadi..dh hampir waktu mahgrib..kawan ku telefon mintak tlg ku ambik dia kat umah kawan kami...kawan ku baru je habis discussion pasal assignment..lepas dia call terus ku bergegas bwk moto ku..nak kejar sebelum azan maghrib..sampai2 je kat sana..xde sape2 pun tunggu kat bawah..yg ku ni ingat kawan ku tunggu kat bawah..hon kan motor x muncul2 jugak orgnye..yg ku ni plak x bwk nset..mmg x boleh nak call la kawan ku tu..

x boleh jadik ni..kena naik atas ni..dengan tak tau mana 1 umah kawan ku tu..ku pg la setiap tingkat..tgk kasut yg x boleh tahan..ada kasut laki..mesti bukan ni, ada kasut budak2..mesti bukan jugak..nampaknya x menjadi teknik ku nak cari rumah kawan ku tadi..dah bis nek tingkat ats sekali..ku turun bawah semula..sambil2 tu ku panggil gak nama kawan ku tu.. " mizah...mizah...mizah..mizah.".bergema kot kat situ...hehe..ku tergelak sendiri..macam la bleh denga..dah la umah byk..mmg dah x tau nk wat ape dah pas x jumpe tu..kebetulan ade sorg mak cik ni keluar dari umah.. " makcik2, tau x kat mane ade student tinggal kat sini? dengan berani ku bertanya. " "ade2..rasanya de 3 rumah kot ade student..macam ni la..kita cuba ketuk pintu setiap umah student yg de kat sini ye".. "ok mak cik, jom2"..first umah, ketuk2..mmg bukan kawan ku..2nd umah...tgk2 yg buka pintu sah mmg kawan ku..Ya Allah..lega sangat..terima kasih byk2  kat mak cik atas bantuan yg diberi..hanya Allah mampu membalasnya...


moral of the story: setiap kesusahan Allah pasti beri pertolongan...terima kasih Ya Allah..

11 feb 2011 @ puncak alam


 

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, February 10, 2011

kamera saya ^^

salam semua...tadi pg jalan2 kat shah alam..tujuan nye hanya 1..mahu beli kamera..mmg dh lama sgt nak beli..tapi baru kali ni dapat beli..hehe..suke2..survey punye survey akhirnya kamera samsung yg ku beli..dalam perancangan xde list langsung tuk kamera samsung..konon nak beli jenama canon ke, sony ke, nikon ke..last2 len yg dibeli..dah berkenan la katakan..yg ku berkenan sebab de front LCD..kiranya kalo nak tangkap gamba sendiri senang la..hehe..gamba dia pon clear..12.4 MP dan yg paling penting harga masih dalam budjet.. ^__^

kamera baru saya ^^
samsung PL151

pas ni boleh la tangkap gamba banyak2..hehe

10 Feb 2010 @ Puncak Alam



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, February 7, 2011

~seminar baitul muslim~

 

Tema: Bercinta Hingga Ke Syurga
Tarikh: 12 Februari 2011
Masa: 9 pg- 5 ptg
Tempat: Dewan Kuliah FSPU, UiTM Shah Alam
Peserta: Terbuka kepada semua
Anjuran: Kelab Sejarah, FSPU UiTM S.A.
Yuran: PERCUMA
Makanan: Minum pagi, makan t/hari, minum ptg. Terhad Untuk 300 orang shj.


jom pakat pg ramai-ramai ^^


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

back to school again

setelah seminggu bercuti di kg..akhirnya ku kembali untuk menjalankan tugas sebagai seorang pelajar..banyak assignment yg bakal menanti..bersabar lah duhai hati..semoga tabah..jangan lupa tugas sebagai seorang pelajar..belajar dan terus belajar..bitaufiq wannnnajah.. ^^

teringat potret family masa mkn kat domino pizza


7 Feb 2011 @ Puncak Alam



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, February 2, 2011

setenang air sungai yg mengalir

Berjalan-jalan sendirian di tepi sungai..sambil menyaksikan air sungai yang mengalir, mendengar deruan air sungai, kedinginan angin di kala cuaca yg redup lagi nyaman..Subhanallah, betapa indah nya ciptaan Mu..syukur ku masih di sini merasai kenikmatan yg Kau beri..yg seringkali ku pandang hanya dengan ekor anak mata..

Tenang sungguh ku rasa kala ini...Alhamdulillah..Allah sentiasa bersama ku...semoga Kau beri ku kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini..Amin Ya Rabb..


2 feb 2011@ 29 Safar 1432H
tepi sg perak kuala kangsar




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~soalan bocor~

Kita semua sudah maklum bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad, tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia, malaikat akan hadir dan kita akan di tanya soalan-soalan yang lazim yang telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut . soalan-soalan itu ialah soalan bocor.


1. Siapa tuhan kamu?
    Allah s.w.t

2. Apa agama kamu?
    Islam

3. Siapa nabi kamu?
    Rasulullah s.a.w

Ya, kita pasti kita tahu jawapannya. Tetapi kita harus faham satu perkara. Alam barzakh dan akhirat adalah alam yang sama sekali tidak sama dengan kehidupan dunia.

Lantaran itu, andai kita rasakan menjawab soalan ini sama seperti menjawab soalan peperiksaan, maka kita silap besar. Kekuatan ingatan, kecerdasan minda dan tahap pendidikan takkan menjamin kita mampu menjawab kesemua soalan tersebut dengan cemerlang.

Apa yang menentukan ialah amalan kita di dunia. Oleh itu, bagi menjawab soalan di atas dengan cemerlang, mari kita lihat pelan tindakan kat bawah ni:
        
Soalan
Jawapan
Siapa tuhan kamu?
Tauhidkan Allah, sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya.

Apa agama kamu?
Jadikan Islam sebagai cara hidup

Siapa nabi kamu?
Menyayangi Rasulullah s.a.w dan mengikuti sunah Baginda


Sumber: Solusi siri ke 27

29 Safar 1432H @ 2 Februari 2011
Taman Rekreasi Kuala Kangsar




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...