Wednesday, February 2, 2011

~soalan bocor~

Kita semua sudah maklum bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad, tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia, malaikat akan hadir dan kita akan di tanya soalan-soalan yang lazim yang telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut . soalan-soalan itu ialah soalan bocor.


1. Siapa tuhan kamu?
    Allah s.w.t

2. Apa agama kamu?
    Islam

3. Siapa nabi kamu?
    Rasulullah s.a.w

Ya, kita pasti kita tahu jawapannya. Tetapi kita harus faham satu perkara. Alam barzakh dan akhirat adalah alam yang sama sekali tidak sama dengan kehidupan dunia.

Lantaran itu, andai kita rasakan menjawab soalan ini sama seperti menjawab soalan peperiksaan, maka kita silap besar. Kekuatan ingatan, kecerdasan minda dan tahap pendidikan takkan menjamin kita mampu menjawab kesemua soalan tersebut dengan cemerlang.

Apa yang menentukan ialah amalan kita di dunia. Oleh itu, bagi menjawab soalan di atas dengan cemerlang, mari kita lihat pelan tindakan kat bawah ni:
        
Soalan
Jawapan
Siapa tuhan kamu?
Tauhidkan Allah, sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya.

Apa agama kamu?
Jadikan Islam sebagai cara hidup

Siapa nabi kamu?
Menyayangi Rasulullah s.a.w dan mengikuti sunah Baginda


Sumber: Solusi siri ke 27

29 Safar 1432H @ 2 Februari 2011
Taman Rekreasi Kuala Kangsar




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...