Bismillahirrahmanirrahim..
Para ulama tasawuf ada menyatakan, jika ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha menngingatkan 2 perkara serta melupakan 2 perkara.
Ingatlah DUA perkara:
1- Kebaikan orang kepada kita
Kebaikan yang diberikan kepada kita tak kira lah dari segi apa pun..contohnya nasihat, wang ringgit, tenaga dan lain2 hendaklah sentiasa kita ingat..Jika boleh, kebaikan tersebut kita balas dengan budi yang setimpal atau pun lebih.bila kita selalu ingat kebaikan orang kepda kita, kita akan mudah jadi org yg pemaaf kerana kita dapat rasakan kebaikannya lebih dari kesalahannya.
Lebih-lebih lagi nikmat dari Allah,kita perlu syukuri, selalu ingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)." (Surah al-Duha 93: 11)
2- Kesalahan kita kepada orang
Sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang kain akan menyebabkan kita terdorong untuk meminta maaf. Ini akan membuahkan kasih-sayang sesama manusia kerana Allah.
Lebih perlu kita mengingati dosa2 dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah..
Insya Allah..entry ni akan bersambung akan datang dengan tajuk 2 perkara kita perlu lupakan
semoga bermanfaat :)
sumber asal: majalah Solusi isu 30
1 Rabiul Akhir
@Kg sayong Masjid
0 comments:
Post a Comment