Tuesday, May 31, 2011

bersyukurkah kita dengan nikmat yg Allah beri?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..apa khabar hari ni?semoga kalian semua sihat..

Musim cuti dah lama bermula..cuti sekolah..cuti IPTA/IPTS..tapi saya masih di sini..menyambung seminggu lagi praktikal di hospital..kali ni saya ditugaskan di A&E (Accident & Emergency) department..macam2 kes saya dapat tgk..kes accident,heart attack, dan macam2 lagi..hari ni saya berpeluang melihat 1 kes kemalangan di tempat keje..masa mula2 pesakit tu masuk di Yellow Zone( Zon Kuning)-zon kuning adalah untuk pesakit2 separa kritikal- saya tgk tgn dia dah berbalut..dengan pakai baju seragam..saya dah agak..pesakit ni mesti pekerja kilang..kalau kat kilang biasanya kan guna mesin nak buat kerja..sah..mmg betul tekaan saya..tangan dia terkena mesin..simpati betul saya tgk pesakit tu..

Dengan pantas beberapa org MA( medical assistant) buka balutan dia dan alirkan tangan dia dengan 1 jenis solution..memang ngeri saya tgk..masa tu saya dah menjauhkan diri sikit dari pesakit tu..tiba2 de sorang MA ni ternampak muka kengerian saya tu..terus dia suruh pakai glove dan tgk..mula2 takut jugak..tapi pas tu saya pg tgk juga luka..luka mmg dalam sampai nampak urat2 kat dalam..bila pesakit tu gerakkan jari nmpak sekali pergerakan urat2 kat dalam tu..huhu..

Pesakit ni orang Nepal dan susah sikit nak berkomunikasi dengan dia..cakap BI pun dia x berapa faham..kebetulan ada org Nepal jugak kat situ..so dia lah yg tlg alihkan bahasa masa doktor buat pemeriksaan kat pesakit tu..Paling sy simpati..tangan yang terkena mesin tu adalah tangan dominant pesakit tu..peratus untuk pulih sepenuhya lebih kurang 50:50 je…kat mana2 pun ada bahaya…bahaya ni tak berbau..x dapat nak jangka bila dan di mana akan berlaku..

Pengajaran dari kisah ni: Apa yang ada pada kita sekarang..semuanya adalah pinjaman dari Allah..bila2 masa saja Dia boleh tarik balik nikmat dan pinjaman yg diberikan kepada kita..bersyukurlah dengan setiap apa yg dikurniakan oleh-Nya..
..Ingat 5 sebelum 5..
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum mati


Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..Insya Allah..peringatan untuk diri  dan kawan2 semua ^__^ ..Wallaualam..


28 Jamadil Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

3 comments:

najihatussolehah said...

hmmm...b'syukurlah dgn apa yg kita miliki...sian kat org tu...

AL-QASSAM said...

tangan dominant? macam mana tue. kalau bukan tangan dominant mcn mana doktor

fieha said...

najihatussolehah:betul2..kita kena bersyukur dengan setiap pemberian Nya..

AL-QASSAM:tgn dominant tu tgn yg kita selalu guna..contohnya ada sesetengah org kidal..maknanya dominant tgn dia adalah tgn kiri..begitulah sebaliknya..macam menulis..ada yg guna tgn kanan ada guna tgn kiri..kalo guna tgn kanan tgn dominant dia adlh tgn kanan.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...