NOVEL THRILLER TERBARU DARI RAMLEE AWANG MURSHID
SYNOPSIS
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan. RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
------------------------------------
Novel ni fresh dari ladang lagi..baru je dilancarkan 2,3 hari lepas..saya pon x diberi kesempatan lagi nak beli novel ni..memandangkan saya memang minat dengan karya Ramlee Awang Mursyid ni, Insya Allah saya akan beli dan akan tambah koleksi novel saya..hehe..
All the best la untuk RAM..semoga berjaya menghasilkan lagi novel2 yang best di masa akan datang.. ^___^
Jom pakat ramai2 membeli dan membaca..bak kata pepatah:
“ Amalkan Budaya Membaca”
~Semoga bermanfaat~
“ Amalkan Budaya Membaca”
~Semoga bermanfaat~
6 comments:
x sabar nk beli novel ni..
tiqah:samela..kita mmg suke ngan novel2 RAM ni...hehe
hehe nseb bek name GF 2 feena bukan fieha ye dak???hihi slmt mmbaca^^
hehehe..kalo fieha pon ape salahnye..glamour skit..hik3
jom le baca sama2 tin.. ^^
best (:
cepat2 bli
-anem
hehe..baik cik anem.. :)
Post a Comment