Saturday, January 29, 2011

~ esok ku pulang ~

Alhamdulillah...akhirnya waktu yang dinanti dah tiba..esok ku akan pulang ke kampung tuk menghabiskan cuti semester ku..dapat cuti seminggu..dah 4 minggu yakni dah sebulan kuliah berlalu..semester ni mmg ku rasa berat jugak..byk sangat benda baru nak kena blaja, nak kena faham, nak kena hafal..projek + kuiz + assignment yg bakal bertimbun pas cuti ni...semoga Allah permudahkan segala urusan ku ini...amin..

kawan2 yg bercuti tu..manfaatkan waktu yg ada sepenuhnya ye..pesanan tuk diri sendiri dan kawan2 semua..selamat bercuti..have a nice day with your family and friends.. ^__^



29/1/2011 @ 25 Safar 1432H
Puncak Alam



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
 ~Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
~ Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati 
~
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
~ Prioriti. Mengutamakan apa yang utama ~

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
~ Prihatin sesama kita 
~
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

~Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
 ~
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
~ Jujur, amanah ~
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
~ Tepati waktu ~

 "dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.


.:semoga mendapat manfaat:.
 ~ sumber iluvislam.com ~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

PeNuHi DaDa DeNgAn ILmU

Orang mukmin sedikit bicara dan banyak beramal, sedangkan orang munafik banyak bicara dan sedikit beramal.

"Wahai anakku, bergaullah dengan ulama dan dengarkanlah perkataan ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah (Ilmu) sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan yang lebat"
(Lukmanul Hakim)

"Tidak ada yang lebih utama sesudah pekerjaan fardhu selain menuntut ilmu"
(Imam Syafi'e)

"Ilmu yang ada di dalam hati laksana matahari pada tempat peredarannya dan Ilmu yang ada pada seseorang laksana mahkota bagi raja"
(Ahli Hikmah)

"Menuntut Ilmu lebih utama daripada solat sunat"
(Imam Syafi'e)

"Ilmu adalah sebaik-baik pusaka (warisan)."
(Ali bin Abi Talib)

"Orang yang tidak menyukai Ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya"
(Imam Syafi'e)

"Aku menuntut Ilmu sehinnga aku masuk ke lubang kubur"
(Imam Hambali)

"Orang 'alim itu mulia walaupun ia kecil, sedang orang bodoh itu kecil walaupun ia tua renta. Belajarlah kamu kerana tidak seorang pun lahir dalam keadaan berilmu. Tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang yang bodoh. Sesungguhnya pembesar sesuatu kaum yang tidak berilmu itu kecil apabila berkumpul dalam majlis"
(Ahlus Sya'ir)


Dipetik daripada Kitab Ihfazillah Yahfazka - Karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni.

 
kredit to anem for the info-syukran jazilan ^^
 
 

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

~Jom kita berzikir~

salam semua...penah denga tak org penah kata, kalau kita susah dan tak berapa rajin nak berselawat atau berzikir...ada 1 pendekatan ni mungkin sesuai untuk kita semua...nak tau ape dia? semestinya melalui alunan lagu-lagu nasyid....maklumla zaman skrg ni kebanyakannya amat suka denga muzik..apa kata sekali-sekala denga lagu yg baik untuk kita..betul x?  ^__^  kadang2 even doa pun dinasyidkan...melaui pendekatan ni, kita akan rasa lagi senang nak hafal ayat2 yang tak biasa kita denga..so, melalui nasyid ni sedikit sebanyak dapat memberi  manfaat dalam kehidupan kita..Insya Allah...

~ Nasyid adalah saluran dakwah yang baik ~

jom kita berzikir dengan lagu ini:



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, January 26, 2011

~Panduan mencuci hati~


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w  - paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

~semoga mendapat manfaat~


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, January 22, 2011

~potong kuku ikut sunah Nabi~

~ selamat beramal ^^ ~



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, January 14, 2011

kepada semua pelajar IPTA / IPTS

Buat pengetahuan kalian, saya bersama rakan sedang membuat satu kajian mengenai kesihatan, iaitu mengenai virus yang dikaitkan dengan kanser servix..Human Papilloma Virus (HPV)..mungkin ada yang pernah denga dan mungkin jugak tidak sebab isu ni pon baru je keluar..kat tv pon baru je keluar iklan mengenai suntikan HPV ni..

So, sy harap kepada semua pelajar IPTA atau IPTS, sy mohon kerjasama kalian untuk jawab soalan survey kami ini..kerjasama kalian amat kami hargai..terima kasih ^____^

Di SINI link untuk survey tu ye.. ^^


Ps: All your information will be keep in private and confidential..


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, January 10, 2011

~AdAb TiDuR~






terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, January 8, 2011

~ways to treat your parents~


comel kan note2 kat atas ni...ada macam2 lagi note macam ni..comel dan menarik sangat2..kalo nak tgk..jom lawat web ni  http://www.owhsomuslim.com/



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

doa melihat hujan

Skrg ni kalo kita tgk..slalu je hujan kan..x kira la pg,ptg,subuh atau malam…tido pon best je kalo sejuk2 ni kan..hehe..nak tanya korg la kan…sape yg biasa baca doa melihat hujan apabila hujan turun?rasa2 macam ramai je ni kot..hehe..saya pon tau doa ni x seberapa lame yg dulu..bila saya baca sebuah buku yg bertajuk “ DIARI SUFI”…
ni la cover buku " diari sufi"


mmg best la buku ni..byk doa2 simple yg kdg2 kita x amalkan pon atau terlupa atau sengaja x baca…mcm doa sebelum dan selepas tido, sebelum dan selepas makan, doa masuk toilet, doa tgk cermin..doa2 yg tiap2 hari kita buat la pendek kata..hehe..bukunya pon nipis je tapi padat..
Kla, kali ni sy nak kongsikan 1 doa..
DOA MELIHAT HUJAN

~Semoga bermanfaat~

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

signature saya

ok x signature ku ni?ok kan..hehe



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, January 7, 2011

~bakal sibuk x lama lagi~

Salam semua…
Sudah hampir seminggu ku di semester 6 ni..kejap je..tapi minggu first pon dah de 3 assignment yg kena buat..hebat la sem ni..subjek baru pon agak susah jugak sebab x penah blaja sebelum ni..contohnya technology entrepreneurship-nak sebut pon berbelit-belit lidah.x pnh denga pon sebelum ni.. macam ala2 bisnes..kena buat 1 projek lebih kurg macam inovasi sains tu la kot..huhu..pastu kena blaja biostatistik, kena buat research, blaja leadership, macam2 lagi la..pendek kate sem ni bakal de bertimbun assignments…

Harap-harap semester ni dipemudahkan segala urusan oleh Nya..Amin Ya Rab..
~Time table ku untuk Semester  6~
ISNIN: CUTI
SELASA: LEADERSHIP OF NURSING @ 8:30AM- 11:30AM
: BIOSTATISTIC @ 2:30PM- 5:30PM
RABU: TECHNOLOGY ENTREPRENEURSHIP @ 8:30AM-12:30N
KHAMIS: CUTI
JUMAAT: ARABIC LANGUANGE 3 @ 8:30AM-11:30AM
SABTU : PEADIATRICS NURSING @ 8:30AM- 6:30PM
AHAD: CUTI
BITAUFIQ WANNAJAH FIEHA

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, January 5, 2011

Demam + seleseme + batuk di Puncak Alam

Salam semua…semoga kalian semua sihat..^^
2,3 hari ni ku x berapa sihat..sejak  balik dari berjalan di Melaka..datang Puncak Alam terus x sihat..nak kata homesick, baru je pas cuti kat kampong..nak kata salah makan..semua masak sendiri…mungkin sebab perubahan cuaca yang x menentu kan skrg..hujan, panas bersilih ganti..ape2 pun…bila kita diuji dengan kesakitan..itu tanda Allah masih syg kat kite kan..betul tak?Allah nak bagi peringatan kat kita..mungkin kita ada khilaf tanpa kita sedar…semoga Allah ampunkan segala dosa2  ku..amin…
Malam isnin yg lepas, tgh buka laptop ,tiba2 rasa sejuk semacam je..padahal kipas pasang yg paling low sekali..badan pon rasa tak sedap..kepala ade ala2 pening lalat kot..terus ku masuk tido..tido kejap je…pastu terjaga sebab rasa sangat x selese dengan badan panas + rasa sejuk sangat..roomate ku, anem bwk kan ku panadol..sebenarnya ku x penah pon makan panadol even ku demam pon sebelum ni..tapi x boleh tahan..ku gagahkan jugak makan panadol tu…Alhamdulillah rasa lega sikit pas tu..tapi mmg sepanjang malam tu la ku asyik terbangun..setiap sejam kot ku bangun..hahaha..punye la x selesa..rasa mmg dah x boleh nak tido lagi..terus la bersihkan diri…alhamdulillah nikmat sungguh walaupon sejuk yang amat..nasib baik la pagi selasa tu ok ckit..sebab kelas dah mula…dan nasib baik jugak lecturer x mulakan lagi silibus pagi tu sebab stay rasa pening2 lagi..balik rumah je terus berbungkus dengan sweater + selimut anem..sejuk benar..sempat la jugak rest kan diri untk sambung kuliah petang plak..Nasib baik la kuliah petang tu ok..lecturer pon boleh buat2 lawak.kiranya x la tertido…hehe..

Sekarang ni  tinggal seleseme ngan batuk je x sembuh lagi..kawan2 doakan ku cepat sembuh ye…kepada teman ku yg merangkap teman serumahku, fatin…semoga kamu cepat sembuh..kalo alergik jgn pakai dah ointment tu k..nant melarat plak..kena tambah MC lagi plak..subjek sem ni agak susah sebab byk benda baru..kalo skip kelas nanti susah plak kan….makan ikut masa…jgn x makan k..jgn lupe ikut nasihat nurse ni…hehe…sesungguhnya dalam kesakitan itu ada kenikmatan…wallualam…
Fieha_fs @ puncak alam

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

because he/she is a MUSLIM




terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, January 3, 2011

xde tajuk..hehe ^^

Salam semua….semoga kalian semua berada di dalam keadaan  sihat..
Pantas masa berlalu sepantas kerlipan mata berkedip…begitulah keadaan masa skrg..sudah tiba masanya musim cuti berakhir dan ku sudah pun kembali di Puncak Alam..sedar x sedar, skrg ku akan melangkah ke semester baru,semester 6..semester yang lebih mencabar buat ku..semoga ku dipermudahkan segala urusan dari Nya…Insya Allah…amin..
Kawan2 mesti dah ramai yg sudah kembali ke sekolah, poli, matrik, universiti..di mana2 saje tempat kalian semua belajar..kuliah?kelas  pon dah nak bermula…belajar sungguh-sungguh k..semoga kalian semua berjaya….yg paling penting jgn lupa jasa kedua ibu bapa kita..jika bukan jasa mereka…kat mana la kite skrg kan..betul x?betul kan.. ^^
Tiba-tiba teringat kan ibu di kampong..betapa susahnya ibu ku membesarkan anak2 nya sendirian..dialah ibu..dialah bapa..demi mendapatkan sesuap nasi untuk anak2 nya..sanggup bekerje sepenuh kudrat  bercucuran keringat tanpa rasa penat dah lelah..dia lah ibuku..Insya Allah..demi ibu ku tersayang..ku akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah..segala jasa ibu selama ini akan ku ingat sampai bila2..doakan kejayaan adik ye bu..
my lovely mom ^^

Jom sama2 kita hayati lirik lagu jasa bonda ni..semoga kalian semua mendapat manfaat.. ^^
-Jasa bonda-
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
p/s:selamat kembali bersekolah untuk semua pelajar2 tak kira di mana anda berada..^___^

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

Salam semua…semalam ku dapat tag dari seorang rakan..tentang bloglist tuk blogger baru..mekasih ye delah tag kite..hehe…macam menarik je…saya pon nak join jugak…hehe..nak tau ape sebenarnye bloglist istimewa ni..jom kite tgk.. ^^

Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah.


Sebagai penutup 2010 ni, saya berhasrat nak himpunkan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang follower. Saya telah membina page untuk diisikan oleh blogger baru yang bertujuan bagi menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut:


1-Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;


2-Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;


3-Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;


4-Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi;


5-Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;


6-Meminati dunia blogger dan tidak sombong.


So,  saya tag 3 org bertuah ni, hihi:


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, January 1, 2011

Jalan-jalan di Melaka part 2

1/1/2011
Dah masuk tahun baru hari ni…1111…cantik plak no ni..selamat tahun baru semua ye…kita tutup buku lama, kita buka buku baru k..status kat fb ku buat masa sekarang..hehe
Kla…hari ni ku nak sambung cite pasal jalan2 kat melaka tu…dah masuk 2nd day ku kat Melaka hari ni…plan kami nak jalan2 di sekitar  Bandar Melaka…pg tadi pg jalan2 kat tempat yg de Kota A Famosa n Bukit S.T Paul tu..dah byk yg berubah..kalo dulu kat depan A Famosa tu ade 1 padang tempat untuk nek kete lembu tapi skrg dah xde..dah jadik tempat beli barang2 cenderehati dari Melaka..len la berbanding yg dulu..mne taknye..dah lebih 10 tahun x datang..kih3…time nek tangga nak pegi bukit tu mengah jugakle..hehe..maklumle lame dah x nek bukit tinggi2..sempat le bergambo kat situ..panas betul cuaca time tu…panas x panas berjalan jgk le….seb bek la bawak payung..hehe
ni kat bukit S.T Paul

A Famosa

2 org puteri dengan payung mereka..hehe

kak ug ngan kak ani ^^

Dah bis jalan2 kat sane..kitaorg pg tempat beli belah yg dulunye tempat nek kete lembu…memang byk brg2 kat sini yg boleh bwk balik…keropok, kerepek, belacan, cencalok, t-shirt..byk lagi la..harga pon mmg berpatutan…kalo de duit mmg leh beli punye lah..hehe…nek lenguh jgk kaki ni berjalan..ku sempat jgk la beli cenderehati untuk my housemate..
Tadaaaaa…ni untuk korang ye..hehe ^^
jgn rebut2 ye...nant semua dapat sorg 1..hehe

Dah bis berborong, kami singgah plak kat mahkota parade..saje jalan2 kat situ…kiranya shopping complex besar la kat Melaka..saje menjamu mata..x beli ape2 pon.. ^^
Hasrat nak pg ke menara taming sari..tgk2 harga tiket dia rm38…terus x jadik nak nek..tgk jela..hihi..ku titipkan gambo nye jela kat sini k..
menara taming sari

nak letak gamba beca yg berwarna warni..byk btul bunga kat diorg ni punye beca...hik3.. x nek pon beca...boleh tahan mahal..sejam rm40...mahal kan..kan..hehe...



sori ye pak cik snap gambo tanpa izin...haha

Dah bis berjalan untuk hari ni…sangat letih..jumpe lagi len kali ye…wasslam.. ^^
fieha_fs@ ayer keroh, melaka

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...