Thursday, June 2, 2011

peristiwa2 di bulan rejab

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni dah masuk 30 Rabiul Akhir..esok dah mula bulan baru,bulan rejab..semakin menghampiri bulan ramadhan kan..beberapa bulan je lagi..sekejapnye...rasa baru je berpuasa di bulan Ramadan yg lepas..pejam celik pejam celik..dah masuk bulan rejab..erm..memandangkan esok 1 Rejab..saya nak kongsi beberapa peristiwa yg berlaku dalam bulan rejab ni..sebelum ni pun saya tak berapa tahu apa sejarah yg berlaku....sharing is caring kan..sebarkan yg berguna..Insya Allah dapat memberi manfaat untuk diri sendiri dan kalian semua..selamat membaca ^^



1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.


3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rejab/

30 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

7 comments:

Haqim Mohamad said...

terima kaseh. entri yg sgt bguna.
dapat ilmu yg bmanfaat dkt sini.;))

fieha said...

aQim:sama2..Insya Allah..ilmu yg ada lebih baik untuk dikongsi dengan yg lain..semoga mendapat manfaat.. :)

Murni Yusoff said...

assalam,mmg bez info nie..xbyk org yg nk wt research ni,nice..=)

fieha said...

Murni Yusoff: wkmslm..saya pun baru je tau tentang peristiwa2 tu..alhamdulillah..kena byk mencari dalam mendapat ilmu ni..semoga ilmu yg kita dapat ni boleh dikongsi kpd yg len :)

Azie Azman said...

thanks for the info =D
bagus la entry ni..
azie suka..

Mr AnOnymOUs said...

perkongsian yg bguna sambil tmbah ilmu. tima ksih..

fieha said...

azie azman & mr anonymous : sama2..ilmu yg berguna mmg untuk dikongsi bersama.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...