Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah hari ni sy dpt sambung mengenai entry yg lepas..
Lupakan DUA perkara:
1- Kebaikan kita kepada orang
Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya mendapat pinjaman nikmat yang Allah berikan kepada kita dan kita hanya perantara yang diamanahkan Allah untuk memberikan nikmat tersebut kepada orang lain.
Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah amal ibadah yang telah kita berikan kepada Allah. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keihklasan. Selain itu, kita juga akan terhindar daripada rasa riya’ atau bangga diri dengan amal ibadah yang dilakukan.
2- Kejahatan orang kepada kita
Anggaplah seolah-olah tiada orang yang bersalah dengan kita walupun pada hakikatnya kadang2 mungkin ada sesetengah perkara yang akan menyebabkan kita tidak mudah memaafkan orang tersebut. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih2 lagi tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, jika ada hamba Allah melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hanba Allah.
Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, dugaan yang Allah berikan. Sesungguhnya setiap kesusahan dan ujian tersebut adalah mehnah daripada Allah untuk “memujuk” manusia kembali kepada Nya.
sumber asal: Majalah Solusi isu 30
semoga bermanfaat
2 Rabiul Akhir 1432H
@ Kampung sayong masjid
6 comments:
ikhlas :)
selau lupa kesalahan kita kat org..
buat2 lupa pun ada..
maceh sbb igthkan kite akak~ heheh
nak cari kemanisan iman, banyak perkara yg kita perlu buat. paling penting adalah usaha menuntut ilmu. dengan ilmu akan ada kefahaman. justeru penting pada kita utk sentiasa hadir majlis2 ilmu, utk segarkan jiwa yg tandus ilmu dan iman... sudikah enti bersama ana mghadiri mjlis2 ilmu yg bakal datang? (: insyaallah..
anem: Insyaallah..nanti kalo de majlis2 ilmu ajak le saya jugak.. :)
“Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan /menyembunyikn/memaafkn sesuatu kesalahan(org lain),maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lg Maha Kuasa” (an-nisa’:149)
najiha:syukran ye that ayat.. :)
Post a Comment