Friday, September 30, 2011

Segmen : Saya Nak Baca Belog Awak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

lama dah tak join segmen..kali ni nak join segmen Anis Adila la plak..
macam biasa.nk join kena letak banner dan linkkn entry je..semudah A B C.. :)


ok..dah siap..
mlm ni sampai kul 12 je ye..pastu segmen akan tutup :)

p/s: rajin nanti sy lawat blog kawan2 yg masuk segmen ni ye
2 Zulkaedah 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

lawa rambut..pakai ape?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai ape?

Si gurl: Ustaz nak kenakan saya ke?

Ustaz: Taklah. Rambut anak pempuan saya yg kecil tu selalu je kusut. Lagi2 bila bawah matahari. Benda yg awak pakai ni tahan matahari erk?

Si gurl: Ooo.. Saya pakai *** ustaz.. Nak lagi lawa tambah *** sikit... Blalalala... Memang tahan matahari. Tahan haba.

Ustaz: Ooo... Agak2 dengan bara api neraka tu tahan tak?

Si gurl: erggggg


mcm ni kn cantik :)

sumber:khazinatul asrar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday #8, buat ibu ayah

Assalamualaikum semua


"Ya Allah,Kau ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mengasihiku sewaktu ku kecil dulu"

gambar: owhsomuslim.com
30 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, September 26, 2011

nasihat asy-Syahid Imam al-Banna

Assalamualaikum semua

sedikit coretan sebelum tido malam ni..semoga kita semua dapat manfaatnya..Insyaallah :)

Antara 10 nasihat asy-Syahid Imam al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah mengerjakan solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah(taaruf) dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itugunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

-sekian-

kredit to anem radziah sudi kongsi ilmu ini ^__^
28 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, September 25, 2011

kerana sebentuk cincin

Assalamualaikum

di suatu pagi raya
kawan2 satu sekolah dtg beraya di rumah

sedang sibuk menyediakn makanan utk kwn2 mkn

En Ali(bkn nama sebenar): Eh,pakai cincin ye skrg.
Saya:haa?(dengan muka pelik) sambil cuba sembunyikan tangan..malu
En Ali: dah berpunye ke skrg?
Saya: Eh, xdela...
En Ali: org cakap kalo dah pakai cincin ni tanda dah ade yg punye.nanti orang x berani nak dekat.
Saya: oooo..yeke..cincin pemberian ibu..sebab tu pakai.
En Ali: angguk..(malu la tu tersilap tafsir..hee)

 bahaya jugak laki ni kan.semua diorg perhatikan..
p/s: sila jaga pandangan anda..peringatan utk sy juga :)
google image
27 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, September 24, 2011

kata-kata indah di pagi sabtu :)

Assalamualaikum
salam sejahtera semua

hari ni nak kongsi 1 lagi kata2 indah :)

Besi itu kuat, tapi API mampu meleburnya. Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya. Air itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatkannya. Awan itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya. Angin itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya. Bukit itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya. Manusia itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkannya. Nafsu itu kuat, tapi hanya IMAN mampu mengalahkannya. 



semoga bermanfaat ^_^
26 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday #7, ce teke ce teke


Assalamualaikum


notakaki: ce teke..ce teke ape bende la kat dlm gambo tu..hee

23 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, September 20, 2011

trip ke rumah anak2 yatim

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

coretan 18 September 2011@ 20 Syawal 1432H

Alhamdulillah..berpeluang mengikuti program bersama Medical Imaging students-bakal2 juru X-Ray ni...sebenarnya sy dan 2 lagi rakan dok menumpang je join program untuk anak2 yatim tu..nak guna masa free yug banyak sebab kelas x mula lagi..dok umah pon xde buat ape..sangat bosan..so dpt join program tu sgt happy :)

walaupon sebenarnya x rasa bg sumbangan sgt pon untuk program tu..tapi at least, dapat jumpe adik2 kat rumah anak yatim tu pon dah cukup..masa kami dtg,mmg x jangka diorang sambut kami dengan rasa yg sgt happy..belum turun dari bas lagi, semua dtg kepada kami dan terus bersalam-salaman..rasa kedatangan kami sangat2 la dialukan.. :)

pagi tu..sy dan kwn2 dapat buat lukisan di dinding...kami bukan vandalisme ye..tapi kami pelukis yg x berapa nk popular je..^^ nak cantikkan sikit dinding kat blok biar diorg rasa suasana baru dan happy..

ada lagi beberapa aktiviti yg x sempat sy nk tgk..tapi diorg sume ni kreatif dan berani tau..bila suruh buat lakonan, semua nak x rasa malu2 n takut..bila suruh bina bangunan paling tinggi semua excited dan semua bersungguh-sungguh nak jadikan bangunan mereka yg paling tinggi..mungkin mereka sudah biasa dgn program2 yg boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti akan ada, keyakinan dan keberanian mereka pon bertambah :)

kalo suruh sy berlakon..sorila..sy pon x pandai dan malu..hehe

okla..sy titipkan sedikit gamba kat rumah penyayang bestari

 ni baru mula buat mural

 sambung plak pas hujan lebat :)

 tadaa..cantik x?hee

 rumah penyayang sg buaya,banting

 hati untuk adik2 semua ^^

 sebelum berangkat pulang..gambar kenangan dgn adik2

p/s: semoga adik2 di rumah penyayang berjaya di dunia dan akhirat k..jgn lupa doakan ayah dan ibu walupun mereka jauh di sisi adik2...semoga mendpat kebahagiaan di dunia dan akhirat..aminnn :)

21 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, September 19, 2011

lagu2 indah - dengarkanlah duhai sahabat

Assalamualaikum
lama x post lagu yg best..jom dengar same2 ^_^



Sahabat

by devotees

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk
ku ukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada nokhtah kasih

Biarlah waktu menentukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...


21 Syawal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, September 15, 2011

Contest I'm Proud To Be A Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

klik banner ni utk join k ^^
kawan2..ada contest menarik la..dari cik fiQ'Ra
jom join same2..sy nak join sebab sy mmg bangga menjadi muslimah dan contest ni dapat tambah ilmu tentang ciri2 muslimah..bukan contest kosong semata2..tapi ada kebaikan yg kita dpt..Insyaallah..laki pon bleh join jgk ye ^__^

de syarat2 dia..tgk kat bwh ye


***************************************

jom tgk ape agaknye hadiah dia.menarik tau

Pertama:
x1 Long Sleeve lycra maxi dress - Anaf Marketing
x1 tudung - Naura Fashion
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 inner neck - Zara Hijjab

Kedua:
x1 t shirt muslimah - Iman Abdul Gallery
x1 dress - Jom Chantek Chantek
x1 tudung syria yuna - Eila Cuteness Shoppe
x1 purse - Fariza Faisal Boutique
x1 inner neck - Zara Hijjab

ketiga:
1 tudung & x1 assesories - Happy Qlasik
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 dress - Jom Chantek Chantek

keempat:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet
x1 tudung - Ainz Eshop

kelima:
x1 satin shawl & x1 brooch - Nia Collections
x1 tudung - Ainz Eshop
 x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet

keenam:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 shawl - Zara Hijjab

ketujuh:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 shawl - Zara Hijjab

kelapan:
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 purse replika coach -  Anything Shop

kesembilan:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 coklat cadbury - Afiq

kesepuluh:
x1 satin shawl - Anything Shop


untuk siapa?? kite tgk nanti ;)
x1 coklat @ 35 cavity - Coklat Manis2u


hadiah boleh tengok kat sini
insyaAllah ada lagi hadiah sponser


***************************************


ok..skrg,gamba yg sy pilih utk contest ni


sedikit coretan tentang ciri-ciri muslimah 


Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.
"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian." (Hadis riwayat Muslim)


Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kelunakkannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran.
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kerisauan digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kerisauan dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)


sekian saje coretan ciri-ciri muslimah

sumber asal:


yg terakhir sekali.sy tag 3 rakan sy:

ok..dah siap ^^
17 Syawal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, September 14, 2011

wordless wednesday #6,hobi dulu2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


 


notakaki:minat beno kumpul2 sticker..siap letak dlm fail..hee


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, September 11, 2011

yee cuti sem dah abis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..ptg tadi dah selamat sampai kat puncak alam..sem baru dah nak mula..yeehaa..tiada lagi masa bersenang-senang,tgk tv, sembang2 ngan ibu n kakak..kembali semula untuk menjadi seorang pelajar..

Mood sebelum balik tadi..sebak meninggalkan ibu keseorangan..melihat wajah ibu terasa hiba..sy tau ibu cuba menahan tangis..tapi di raut wajahnya jelas sekali menampakkan kesedihannya...ibu jangan sedih2 ye..Insyaallah,anakmu ini tidak akan menghampakan harapanmu..

kepada kawan2 yg masuk sem baru tu..sy ucapkan selamat kembali ke sekolah..hee.. ^_^

danbo pon pandai main ting2 gak ye..heee
p/s:gamba tiada kaitan ngan entry :)
13 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday #5, bersahabat itu indah jika kerana Allah

Assalamualaikum
salam sejahtera


notakaki: rindu kat housemate sy..ahad ni jumpe ye kawan2 ^_^

9 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, September 6, 2011

takdir:jgn pernah salahkan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

sedikit kata2 indah untuk semua

takdir kadang2 mempertemukan sesuatu yg tak diundang,
menduga dlm bermacam ragam,
memberi apa yg tak dirancang,
membuatkan kita mengalirkan airmata kesedihan,
dan takdir juga membuatkn kita rasa kehilangan,
namun takdir memberi kita erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang,
mengenali erti sebuah persahabatan,
merasai erti kegembiraan,
mengenali sebuah ketabahan,
dan memberi erti sebuah keakraban,
memberi peluang menilai siapa shbt,kwn,
dan siapa sekadar kenalan, 
dlm mengisi ruang dlm episod kehidupan :)

notakaki: terima kasih kak zakiah atas kata2 yg begitu bermakna..ukhwah fillah lillahi ^^

8 syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, September 4, 2011

saya blogger pink berlemak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

kawan2..ade segmen khas untuk blogger pink la..nak join x?nak join klik je banner k..pasni bleh la kenal2 ngan blogger pink..jom ramaikan segmen ^__^


ape yg lemak sy pon x pasti..hehe
ok done. ^_^

6 Syawal1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

entry raya-selepas 6 syawal

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Alhamdulillah..hari ni syawal ke 6 sudah..sangat sibuk dan baru hari ni de masa nak update blog..
Thn ni ramai yg dtg beraya kat umah..hari ni pun masih de yg dtg beraya..buka je pintu mesti ade yg dtg..hehe

Raya 1 ngan ke2 aritu dah pg beraya..umah sedare je..umah kwn2 x sempat nak pg pun..serba sederhana je raye tahun ni..yg penting di samping bergembira di hari raya..jgn makan byk2 sgt..nnti ramai plak yg dok masuk hospital..jgn over sgt beraye k..yg penting bersederhana ^__^

Ok..sampai sini dulu..




6 Syawal 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...