Monday, February 13, 2012

bukan salah 14 Februari

Assalamualaikum

perkongsian buat semua..saya ambil artikel ni dari saudara Hilal Asyraf kerana tertarik dengan apa yg disampaikannya..semoga kita semua dapat manfaatnya..

Bukan salah 14hb Februari dalam isu Valentine’s Day ini. Salahnya adalah pengisian Valentine’s Day itu sendiri. Bukan 14hb Februari yang haram, yang salah. Tetapi yang haramnya, yang salahnya, adalah pengisian Valentine’s Day itu sendiri, terhadap orang Islam. Letaklah pada tarikh mana pun, Valentine’s Day tetap akan menjadi haram dan salah buat orang Islam.

Masalah Valentine’s Day adalah, kerana ia sambutan orang yang bukan Islam. Dinamakan pula atas nama Paderi Valentino. Tidak pula berdiri atas dasar kefahaman cinta yang syara’. Sekiranya kita membuat kajian yang lebih, ramai remaja menganggap hari Valentine adalah antara hari yang baik untuk ‘graduasi’ dari teruna dan dara. Seks dengan Hari Valentine’s Day ada kaitan rapat. Dan ini adalah antara sebaran makna ‘Cinta’ yang silap.

Maka bukanlah sesuatu yang menjadi haram sekiranya kita hendak menganjurkan apa-apa majlis, program pada tarikh tersebut. Hendak melancarkan sesuatu, pada tarikh tersebut. Selagi mana apa yang kita buat itu tidak bercanggah dengan syara’, dan tidaklah pula berniat untuk meraikan Valentine’s Day itu sendiri.


p/s: kepada semua..katakan tidak pada Valentine's Day..dah terang2 haram dalam Islam ok..
kredit to: langit Illahi

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

dah jelas haram utk umat Islam smbut..lau gtl sgt,xtaula..huhu.

nanakimie said...

say no to v.days:)

miss faten said...

Hari-hari pun hari untuk berkasih sayang dan saling mencintai ^^

Hanif said...

Betul2...ada blogger tu kata masa aku Bw..
Takkan maksiat hanya jadi pada Valentine day ajer...betul gak!!!

cik ika said...

say no to valentine day

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...