Sunday, March 27, 2011

Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.apa khabar semua..rasanya dh nk dekat seminggu x update blog..biasala kalau dah start praktikal mmg x sempat nak buat ape2.. ^^
Esok cuti, so malam ni pegi melawat blog kawan2 terjumpa 1 entry ni.. "Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! "...tertarik dengan entry ni..syukran kepada Atika Aulia sebab buat kempen ni..sebenarnya banyak cara boleh dijadikan medium dakwah..kalo biasanya pegi ke masjid, surau atau majlis ilmu untuk menyampaikan dakwah..sekarang medium internet menjadi trend untuk sampaikan dakwah..contohnya macam facebook..dan tak terkecuali blog..
melalui medium ni..penyampaian dakwah mungkin dapat diberi kepada orang ramai pada masa yang singkat..

dakwah itu sendiri bermaksud menyampaikan, menyeru, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan...lebih baik kita gunakan blog yang kita ada ni untuk sampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pembaca..betul tak? ^__^

x salah guna medium apa2 pon untuk berdakwah asalkan berlandaskan garis panduan Islam..kan3..Jom ramai2 sokong kempen jadikan blog sebagai medium dakwah..wassalam..

jom sokong ^^
22 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, March 21, 2011

~bersih ke tangan tuu?? ~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis di sini..hari ni 1st day saya posting di hospital..syukur, semuanya berjalan lancar..hari ni kami semua ada orientasi memandangkan hari 1 di hospital..peraturan2 hospital, kawalan jangkitan dan terakhir sekali maklumat mengenai kebakaran...banyak info..terutama pasal keselamatan diri dan juga pesakit
Insya Allah, esok sy akan mula praktikal di wad kanak-kanak..semoga dipermudahkan segala urusan oleh Nya..amin..

malam ni nak kongsi langkah2 mencuci tangan yg betul untuk kurangkan jangkitan kuman.. ^^

klik gamba untuk size besar
step 1: palm to palm

step2: between fingers

step3: back of hands

step 4: base of thumbs

step 5: back of fingers

step 6: fingernails

step 7: wrists

sampai sini je untuk hari ni..selamat beramal ye..tangan kita paling banyak kuman..jadi, basuh la tangan selalu ye..salam.. ^_^

21/3/11 @ puncak alam

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, March 19, 2011

~ balik kampung & praktikal ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..alhamdulillah dah selamat tiba di kampung..macam x pecaya je dh sampai..sebenarnya cuti esok je..hari isnin dah mula praktikal..tapi ku gagahkan juga untuk balik..jumpe ibu sebelum mulakan praktikal..Bagi pelajar nursing, inilah rutin kami setiap hujung semester..posting di hospital..jika pelajar kos lain menghabiskan kuliah selama 14 minggu, kuliah kami dipendekkan menjadi 10 minggu..semuanya kena cepat dan pantas..

Semester ni sy akan buat praktikal di Hospital Selayang selama 6 minggu..4 minggu di Wad Peadeatric (Wad Kanak-kanak) dan 2 minggu lagi di Emergency Department. Wad kanak-kanak belum pernah pergi lagi sebelum ni..ED dah penah rasa..harap2 semua urusan nanti dipermudahkan oleh Nya..Amin Ya Rabb..
Tak sabar nak masuk wad kanak2 yg macam2 gelagat dan kerenah nanti..tambah2 lagi masa bagi ubat.. kena simpan gula2 la nampaknya pas ni hehe  ^__^

comel nye.. ^^

kalo jumpe yg nangis mcm ni apa patut buat??bg gula2?ais krim? hehe

kla..kepada rakan2 seperjuangan,selamat berpraktikal...jadik nurse yang baik k.. ^^
jumpe lagi..Illa liqa' maasalamah..

14 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, March 17, 2011

~ shoutmix baru ~

بسم الله الرحمن الرحيم

buat semua pembaca, sy telah menukar shoutmix yg lama kepada floating shoutmix...kalo nak tinggalkan kan jejak atau kata2 boleh la tulis kat shoutmix yg baru ye..just nak bagi tau takut nanti de yg tercari-cari kat mana shoutmix tu.. ^__^

yg ni ok ^^

Terima kasih kepada en syed atas tutorial yg diberikan..gamba pon sy ambik dari dia je..kalo nak dapatkan jugak floating shoutmix macam sy boleh la pg kat blog en syed ni.. klik kat sini ^^

12 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

belajar bahasa arab : wilayah/daerah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua...rasanya dh lama x blaja Bahasa Arab kan..maklumla bz skit baru2 ni..baiklah, hari sy akan kongsi bagaimana nak tanya " awk dari wilayah/negeri mana?" dan cara menjawab pertanyaan tersebut.

Soalan:

انت من اي ولايه

Anta/ anti min ayyi wilayah?
maksud: kamu dari wilayah/negeri mana?
p/s:anta untuk bertanya kepada lelaki dan anti untuk bertanya kepada perempuan

Jawab:

انا من قدح

Ana min Qadah
maksud: sy dari Kedah.

ok..macam mane?mudah je kan?semoga bermanfaat untuk semua..selamat belajar dan beramal.. ^__^

12 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, March 15, 2011

~ Sayang kah kita kepada Allah? ~


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:

" Allah SWT berfirman: ' Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirrinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka.Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak. "

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah)

sumber: Al-Asma Al-Husna, Indahnya Nama Allah

~betapa kasihnya Allah kepada kita..cuma kita yang sombong dan bongkak dalam mencari Cinta dan Redha-Nya..renungan bersama untuk hari ini..sama2 kita muhasah diri..Insya Allah..~

10 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, March 14, 2011

Chong Wei juara lagi


CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.


BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.


Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.


Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.


Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.


Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.


Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18. 

Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

sumber:berita harian online

menang jugak chong wei kali ni..tahniah buat lee chong wei dan pasukan badmintan Malaysia.. 
semangat betul pagi2 terus baca berita nak tau sape menang All England.. ^^

9 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, March 13, 2011

~kasih tak bersyarat ~

Tika ini, saat ini..hampir waktu maghrib..tadi ada discussion dengan group tentang assignment..group sy campur dengan  laki..jadi nye susah sikit nak jumpe untuk discussion..kena set masa dan kena cari tempat yg sesuai baru boleh bincang...kat bilik discussion kat kampus ni la port paling sesuai untuk discuss mane2 yg patut..

Bunyi hujan dari jauh kedengaran tanda hujan lebat nak turun...alamak..macam mana nak balik ni..kebetulan tadi naik motor..terpaksa tunggu hujan reda..sambil2 tu sempat download 1 lagu..kawan ku yang rekeman kan lagu ni.. pertama kali denga terus jatuh hati...macam tau2 je ngan mood sy skrg.. " Kasih tak bersyarat "...sebuah lagu mengisahkan seorang ibu..cinta dan kasih nya tiada syarat..cinta nya membawa ke syurga..memang skrg rindu sangat kat ibu..nak balik kampung tapi tiap2 minggu x de peluang..sedih..hanya tuhan yang tahu...namun ku tahu..nun jauh di sana ibu ku mengerti tugas ku sebagai seorang pelajar..

Jauh telah langkahku jelajah
dakapmu lama yang kurindu
luas sudah kulihat dunia
senyum mu ukiran terindah

tiap perilaku dan budimu
tiap airmata tumpah darah
menjadi perlambangan sejati
kasih tak bersyarat

ibu redup matamu
memayungi bahagiaku
hanya di tapak kakimu
terletaknya syurga buatku

kasih tak bersyarat-azahari nowseeheart


8 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, March 11, 2011

~ tentang saya ~

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam jumaat semua..tadi  baru je bis Oral Test  untuk Bahasa Arab..Alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah dan dapat jawab ngan baik.. :)
Balik rumah rajin plak nak buat soalan pasal diri ni tuk kawan2..xde keje..hehe..okla, just nak tau apa pandangan rakan2 kat saya..yg  baik boleh dijadikan teladan yg buruk buat sempadan..Insya Allah..kalo ada sapa2 yg rasa kenal sy..sangat dialukan untuk jawab...
ok..terima kasih.. ^__^


klik kat link ni ye.. SINI ^^

6 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, March 9, 2011

~ rahmat ujian ~



dalam derita ada bahagia 
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu 
tak siapa pinta ujian bertamu

bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang renuk menderita
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran

segala takdir terimalah dengan hati terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

harus ada rasa bersyukur 
di setiap kali ujian menjelma 
itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa

diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan 
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi...

segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

nyanyian: Mestica-rahmat ujian

~bersyukurlah diberi ujian dari Allah..ujian adalah anugerah Allah untuk insan2 yg dipilihnya..dengan ujian dan dugaan yg diberi dapat mendekatkan diri kepada Illahi..beruntunglah org yg diuji.. ~

4 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, March 8, 2011

belajar bahasa arab : bulan2 masihi

Bismillahirrahmanirrahim..
Insya Allah, hari ini kita akan belajar nama2 bulan Masihi iaitu Januari, Februari dan seterusnya dalam bahasa Arab..sy pon baru je belajar..nama dia unik sikit..tapi menarik.. ^^

  ينا ير
Yanayir = Januari

فبراير 
Fibrayir = Februari

مارس
Maris = Mac

ابريل
Abril = April

مايو
Mayu = Mei

يونيو
Yuniyu = Jun

يوليو
Yuliyu = Julai

اغسطس
Ughustus = Ogos

سبتمبر
Sibtambar = September

اكتوبر 
Uktubar = Oktober

نوفمبر
Nufimbar = November

ديسمبر
Disambar = Disember


ha??macam mane?best kan belajar Bahasa Arab..menarik.. ^^
ok..sampai sini dulu..Insya Allah sambung lain kali untuk perkataan yg len pulak..selamat belajar.. 

3 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, March 7, 2011

denyut kasih medik


Bismillahirrahmanirrahim..
apa khabar anda hari ni?semoga sihat ye..hari ni sy nak kongsi cite pasal sebuah buku.." Denyut Kasih Medik " karya Dr Farhan Hadi..mungkin dah ada yg tau pasal novel ni kot..saje nak kongsi.. ^^
novel ni kisah seorang doktor muda yang baru grade dan buat praktikal kat hospital..de macam2 peristiwa yg berlaku di hospital dan di olah menjadi 1 cerita yg padat dengan informasi mengenai fiqh2 perubatan..mungkin ramai yg di luar sana x berapa familiar dengan suasana di hospital dan isu2 yang berkaitan dengan kesihatan..contoh nya macam mana cara bersolat untuk org sakit walaupun patah sini sana, luka, x boleh jalan..semua tu sebenarnya xde halangan bagi seorang Islam untuk mendirikan solat..dan macam2 lagi la ada kt dlm novel ni..

kalo nak tau sinopsis novel ni..terus baca kat bawah ni k.. :)


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, March 6, 2011

Pelangi Selepas Hujan



Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. 

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

belajar bahasa arab: يا سلام

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..apa khabar semua?semoga sihat..baiklah, hari ni kita akan belajar 1 lagi perkataan baru..

perkataan hari ini:
يا سلام
Ya salam !

maksud: Amboi !

perkataan ini biasanya digunakan bagi memberi reaksi berpuas hati kepada sesuatu benda...contoh nya nak puji makanan itu sedap.. contoh: Amboi, sedapnya roti tu !..

ok..itu saja untuk hari ni..semoga dapat belajar sesuatu untuk hari ini ye.. ^^

1 Rabiul Akhir 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, March 5, 2011

~ header baru, free je ~

Bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah..hari ni sy dapat header baru..warna biru jugak mcm warna blog sy..dapat je terus letak kat header.. ^^

header tu en. apa erk..x tau nama betul..tapi letak nama kat profile coffee..jadi, sy panggil en coffee je la..sy nak ucapkan terima kasih kat en coffee sudi buat header free untuk sy..
sebenarnya mmg dah banyak header free yg dia dah buat...kalo da sape2 yg rasa berminat nak dapat header free jugak..bleh la lawat blog dia..klik je kat link ni ok blog en coffee

thanks again..semoga dipermudahkan urusan..amin

30 Rabiul Awal 1432H
@ Puncak Alam


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, March 4, 2011

~ Allah ada aturan Nya sendiri ~

" Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang datang..Kadang kala kita mintak cerdik, tapi masalah pula yang mendatang..Kadang-kadang kita mintak kebahagiaan, tetapi huru-hara pula menjelang "

DUGAAN menjadikan mental kita KUAT,
MASALAH menjadikan kita berFIKIR,
HURU-HARA menjadikan kita TABAH.

SUBHANALLAH !
betapa hebatnya ALLAH !
semua aturan Nya ada hikmah tersembunyi.


p/s:kepada semua kawan2..sekarang sy tau macam2 benda nak kena buat..assignment, test, projek..macam2 lagi la..semoga kalian semua dipermudahkan Allah dalam setiap urusan..di sebalik kesulitan itu ada kemudahan.. ^^

29 Rabiul Awal 1432H
@ Puncak Alam



terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

belajar bahasa arab: terima kasih & selamat jalan

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..hari ni sy masih diberi kesempatan untuk menulis..semalam agak sibuk dengan assignment datang tiba2 dan perlu dibentangkan hari ni plus dengan test Arab...jadi, sy x berkesempatan nak menulis diblog..Insya Allah..hari ni sy akan buat 2 lagi perkataan baru..semoga kalian semua dapat belajar dengan baik..

perkataan 1 hari ini:
شكرا
syukran
maksud: terima kasih

untuk membalas ayat di atas:

عفوا
'afwan

maksud: sama-sama


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, March 3, 2011

titipan buat wanita


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, March 2, 2011

belajar bahasa arab: bertanya nama

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..semalam sy dah ajar mcm mane nak bertanya khabar dalam bahasa arab kan..Insya Allah, hari ni sy akn ajar 1 lagi perkataan..macam mane?ok x perkataan semalam..lepas ni boleh la  cuba cakap ngan kawan2..mudah je kan.. ^^

perkataan hari ini:
ما اسمك
ma ismuka (untuk tanya kepada lelaki)
ma ismuki (untuk tanya kepada perempuan)

maksud: siapa nama kamu?

p/s: secara tulisan..perkataan ma dan ismuka/ismuki diasingkan..tapi biasanya secara lisan, perkataan tersebut disebut masmuka/masmuki.

untuk menjawab ayat di atas:
......اسمي
 ismi .............

maksud: nama saya .......

contoh:
اسمي فيها
nama saya Fieha

ok..sekian untuk hari ini..sambung esok plak Insya Allah..

28 Rabiul Awal 1432H

 

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Tuesday, March 1, 2011

belajar bahasa arab:tanya khabar

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...tadi seorang sahabat beri idea yg sy rasa sangat baik..x penah terfikir plak sebelum ni..walaupon sy pon baru nak bertatih-tatih belajar..tapi rasa elok juga kalo ilmu ni dikongsikan bersama..sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua..Insya Allah, sy akan buat satu entry " Mari belajar bahasa arab "..sehari 1 atau 2 perkataan..ok kot.. ^^...sy pon baru je belajar sikit2..Bahasa Arab bahasa Al-Quran..x rugi kan kita belajar..

perkataan hari ini:
كيف حلك
kaifa haluka (untuk lelaki)
kaifa haluki (untuk perempuan)

maksud: kamu apa khabar?

ayat kat bawah ni untuk jawab soalan kat atas tadi ye..

انا بخير الحمدلله
ana bikhair al-hamdulillah

maksud: saya sihat/baik. Alhamdulillah.


setakat ini sahaja untuk hari ini..semoga bermanfaat 
p/s: kalau ade yg tau macam mane nak letak baris kat ayat tu, tlg share ye.. ^^
26 Rabiul Awal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...