Monday, March 14, 2011

Chong Wei juara lagi


CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.


BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.


Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.


Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.


Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.


Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.


Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18. 

Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

sumber:berita harian online

menang jugak chong wei kali ni..tahniah buat lee chong wei dan pasukan badmintan Malaysia.. 
semangat betul pagi2 terus baca berita nak tau sape menang All England.. ^^

9 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

2 comments:

Anonymous said...

Salam..yeah ! chong wei menang^^

fieha said...

novelgurl:wkmslm..semnagat jugak ye.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...