Sunday, July 31, 2011

tips ramadhan:sehari 1 juzuk Al-Quran

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Bulan ramadhan bulan diturunkan Al-Quran..membacanya sangat dituntut..jom kita ramai2 khatam Al-Quran sebulan di bulan ramadhan ni...nak seribu daya kan....tips pon dah ada..

1 juzuk = 10 helai
kita ada 5 waktu solat sehari
baca 2 helai setiap kali lepas solat = 10 helai = 1 juzuk
30 hari = khatam Al-Quran

gambar kredit to : little muslimah

semoga bermanfaat ^__^
30 Syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Ramadhan dah hampir sangat dah kan..macam mane persediaan untuk ramadhan kali ni?..semoga mantap la ye..Insya Allah..
harapan saya semoga ramadhan kali ni lebih makna..bukan sekadar berpuasa menahan makan dan minum semata tetapi keseluruhannya..
dikesempatan ini juga saya memohon maaf kepada semua jika ada tersalah kata,penulisan,dan segala perbuatan


Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua.
puasa tau..jgn x puasa ^__^
29 Syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, July 28, 2011

perkongsian hadis hari ini

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
hari ni sy nk kongsi 1 potong hadis..selamat membaca :)

HADIS 1
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman"
hadis  ni mengenai tanggungjawab kita untuk menyampaikan sesuatu yg baik (berdakwah)..nasihat menasihati antara satu dengan yg lain jika melihat sesuatu kemungkaran samada melalui perbuatan,lidah dan hati  
semoga bermanfaat
p/s: hadis kat atas ni saya ambil dari hadis 40 Imam Nawawi

27 Syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, July 27, 2011

usia dah bertambah hari ni ^^

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Alhamdulillah..syukur kerana detik waktu ini saya masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan seperti biasa..syukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri ini..terima kasih Ya Allah..
semoga dengan meningkatnya usia ini..bertambah iman dan amal ku supaya gembira bila kembali kepadaNya..Insya Allah..
selamat hari lahir
sanah helwah
happy birthday fieha

p/s:terima kasih pada semua yg wish birthday kat fb,blog,sms..tq so much..semoga Allah memberkati kalian semua..amin..
27 Julai 2011

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

wordless wednesday #1 ramadan semakin hampir

Ya Allah..sampaikanlah kami kepada Ramadan pada tahun ini..amin..

gambar kredit to langitilahi
26 Syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, July 23, 2011

header baru designed by Tengku Puteri

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni header yg sy tempah dari Tengku Puteri dah siap..macam mane?cantik x?dah ada beberapa header doodle yg puteri buat..semuanya cantik2..kalo nak tgk boleh pegi tgk kat blog dia tau.. nak buat tempahan header/doodle pon boleh  ^__^ 


tgh baca buku kat tepi tasik.. ^__^

hak milik cik fieha..heee :)

ok..selamat malam semua..

23 Julai 2011

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, July 16, 2011

Segmen:Aku Blogger Negeri Perak

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
saya tgk sejak 2,3 hari ni  banyak segmen dari blogger2..macam2 segmen ada..saya pon baru join 1 segmen kenal dan tambah rakan blogger beberapa hari lepas..kali ni sy nak join 1 lagi segmen dari en Syazwan Che Deraman..

klik gamba untuk join


untuk segmen ni ada beberapa soalan yg perlu dijawab..soalan senang je k..selamat membaca..

Daerah tempat sy tinggal skrg kat Kuala Kangsar atau nama singkatannya KK..bukan Kota Kinabalu ye :)

Memandangkan KK ni adalah bandar diraja..banyak jugak la tempat2 yg menarik kat sini..contohnya Istana Kenangan, Masjid Ubudiah-antara masjid tercantik di dunia tau,Galeri Sultan azlan Shah...tak lupa jugak kat KK ni adalah tempat pembuatan Labu Sayong..labu sayong ni dah sampai ke luar negara kot kalau x silap..

Tempat dan makanan yg agak popular kat sini-medan selera cendol dan laksa..kat medan selera ni ada banyak kedai jual laksa, cendol, ABC..harga dia sgt berpatutan dan sedap k..

ok..soalan terakhir perlu dijawab..skrg saya belajar kat UiTM Puncak Alam..kampus puncak alam ni kira baru jugak la..dlm 2 thn lebih baru usia dia...saya ambil kos kejururawatan...Insya Allah bln 9 ni  masuk sem 7..

ok..dah siap..
berjalan-jalan mencari kawan
terimalah ucapan salam perkenalan ^^


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, July 14, 2011

Segmen: Jom kenal dan tambah rakan blogger

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera sume..hari ni nak join segmen la..segmen en Ezad Skytech..walaupon dah nak habis masa tuk join..nak join jugak..hehe..


blog en Ezad Skytech

Nama panggilan Blogger : Fieha
Tarikh mula berblog : Julai 2009
Rakan blogger terkini : 438
Target tambah rakan blogger : nk tmbh rakan blogger sebanyak mungkin ^^

ok..dah siap..
kawan2..jom kita ramai2 blog walking ^__^


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, July 11, 2011

kisah memandu kerete 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

Seminggu yg lepas saya belaja memandu kerete selama 3 jam untuk mendapatkan lesen L..sepanjang belaja tu macam2 la jadik..nasib baik saya pegi ngan kakak saya..xde la rasa riso sgt...mula2 tu cikgu ajar satu pusingan apa yg perlu buat masa nk test JPJ nanti..saya pon angguk2 jela..naik bukit, 3 penjuru, parking..

lepas je 1 pusingan tu terus tukar saya kena pandu plak..debar2..tp cikgu tu mmg sporting sgt..rasa debar nak bawak kete pon kurang le cikit..naik kete kancil..betul2 tempat duduk..eh..knape mcm x selese je kaki ni..dgn murah hati cikgu tu tlg bawakkan bantal kecik supaya saya dpt sandar bg selese.. ^^

mula2 just blaja nak handle stereng..maklumle x penah nak pegang stereng sebelum ni..mmg mcm ular jgk le kete tu..hehe..kalo xde cikgu kat sebelah alamatnya dah langgar divider kat tepi tu..

belaja pon waktu mmg tgh terik..panas betul..sampai cikgu pon tegur..berpeluh jugak kamu erk blajo kete ni..haha..cover2..lap peluh dulu..hehe..pastu blaja la sume kat trek tu..rasa mmg susah jgk mula2 belaja ni..1st time kan..paling susah kat bukit kot..nak kawal minyak ngan clutch..sgt susah k..kalo x kawal betul2 mmg matila enjin...cuba jgk sampai dapat..akhirnya berjaya lepas sume part kat trek tu..alhamdulillah..

akhirnya..lesen L dah siap.. baru tadi je ambik.. ^__^


ingat pesanan cikgu: anggap macam dalam 1 permainan..nak drive pon akan rasa seronok dan rasa gementar tu akan hilang. :)

10 syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, July 10, 2011

kenapa aku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup ni..kadang2 selalu ada dalam pemikiran kita bermacam-macam persoalan bila ada sesuatu masalah berlaku pada kita..kenapa sume tu berlaku kat aku?kenapa aku diuji sebegini?kenapa nasib aku mcm ni?dan macam2 lg persoalan..tapi tahukah kita setiap persoalan tu sudah diberi jawapan di  dalam Al-Quran..

Kenapa aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya; "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'kami telah beriman.'sedangkan mereka tidak diuji?dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang berdusta."(Surah al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak ketahui."(Surah al-Baqarah: 216)

Kenapa aku diuji seberat ini?

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Bagaimana kan ku hadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali Imran: 200)

Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan mmberikan (bayaran) syurga untuk mereka..." (Surah at-Taubah: 111)
semoga bermanfaat ^^
sumber:Majalah Solusi
9 syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, July 8, 2011

bila bertemu sesama rakan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

agak2 nya la kan..apa yg perlu sorang rakan buat untuk rakannya?tau x apa?nak tau...teruskan bacaan anda..baca sampai habis tau ^^

Imam muslim meriwayatkan hadis dari abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
"hak seorang Muslim kepada Muslim lainnya ada enam perkara: 

1) Apabila engkau bertemu dengannya,ucapkanlah salam.

2) Apabila dia mengundangmu. maka kabulkanlah.

3) Apabila dia minta nasihat darimu, hendaklah kamu menasihatinya.

4) Apabila dia bersin, lalu mengucapkan "Alhamdulillah", maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah".

5) Apabila dia sakit, hendaklah kamu ziarahinya.

6) Apabila dia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur."

semoga bermanfaat ^_^
sumber:Solusi isu perdana 
7 Syaaban 1432H
@Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, July 7, 2011

menyebar salam pencetus kasih sayang sesama muslim

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..hari ni saya nak kongsi sebuah hadis yang berkaitan dengan memberi salam..selamat membaca ^^
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya ; " kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih-sayang.Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain?Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 
nampak simple dan senang je kan..tapi kadang2 benda senang macam ni la yang selalu kita lupa nak buat kan..jadi..pasni selalu la sebarkan salam ye..eh..kalo ada org laki yg bg salam pastu ckp "tak jawab dosa, jawab gatal"...buat x tau je..jawab dalam hati..hehe ^__^


6 Syaaban 1432H
@Kuala kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Monday, July 4, 2011

Kisah Lobak, Telur Dan Coklat Panas

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..anda pernah dengar tak kisah lobak, telur dan coklat panas?rasanya kisah ni agak popular..kalo dengar ceramah ke selalu jgk dengar penceramah selitkan kisah ni..ada yg x tau?jom kita baca sama2 ^^
kisahnya macam ni....
Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap 'horror'. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay.
Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk 'stainless steel' yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya.
Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.
Nur Izzah menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula.
Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?
Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas...
Chef Jay : OK... cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu... lepas tu... beritahu ayah apa yang Izzy rasa.
Nur Izzah : Hmmm... lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan... kenapa ayah buat macam ni???
Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.
Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy tak faham.
Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.
Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu... Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.
kawan2 sekalian...Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka.
Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin...
Sumber asal: iluvislam.com


4 Julai 2011
@ 3 Syaaban 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...