Tuesday, June 28, 2011

apa komen anda tentang blog saya?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama saya fikirkan dan ingin tau pendapat semua pembaca mengenai blog saya..sejak saya mula buat blog dulu..yang saya fikir ingin menulis apa saja yang saya lihat,rasa dan dengar..,kemudian saya fikirkan kembali apa yang saya nak dan dapat dari dunia blog ni..Alhamdulillah..setelah melihat dan membaca blog orang lain..saya dapat banyak ilmu..saya ingin sampaikan apa yang baik kepada orang ramai..x banyak kalo sikit pun..kalo dapat beri sesuatu kepada pembaca..saya sangat bersyukur..

jadinya..saya ingin minta pendapat pembaca2 semua apa yang anda rasa mengenai blog saya..apa yang saya perlu baiki jika ada kekurangan..segala komen/pendapat InsyaAllah saya akan terima dengan hati yang terbuka.. ^^

p/s: jangan takut untuk  komen ye..yg penting komen yg ikhlas supaya diri ini dapat betulkan apa yg perlu..wassalam :)

26 Rejab 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

segmen: lets learn from the best

.بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apa khabar semua?semoga kalian semua sihat..
Sedang menziarah blog kawan2 saya..sy tertarik dengan 1 entry mengenai segmen: let's learn from the past..lepas dah baca entry tu baru saya faham...siapa yg jadi THE BEST dan apa yg perlu kita  belajar dan ikut apa yg telah disampaikan..semestinya Rasulullah SAW junjungan besar kita..sebenarnya banyak sunah2 yg mudah tapi seringkali kita terlupa atau x sedar itu adalah salah satu dari sunah nabi..kalo nak dikira..dalam kehidupan kita seharian dan banyak sunah2 yg kita boleh lakukan...

okla..berbalik pada segmen yg dianjurkan  blog THE GARDEN OF LOVE , saya perlu menerangkan mengenai 1 hadis yg berkaitan dengan akhlak/ adab..


hadis yang telah saya pilih adalah mengenai MENGHORMATI JENAZAH..jom kita lihat hadis ini di bawah:
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang.”(Hadis Riwayat Muslim)
apa yang dapat dihuraikan melalui hadis ini ialah orang yang meninggal hendaklah disegerakan pengkebumiannya. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati sehinggalah jenazah selesai dikebumikan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita tidak begitu digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut sedangkan tangisan dan ratapan yang berlebihan diharamkan di dalam Islam.

p/s:ramai yg bercakap-cakap mengenai si mati selepas kematiannya..seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap begitu..dosa seseorang itu adalah antara Allah dan dia..kita tidak berhak menghukum..sebaliknya apabila adanya kematian kita perlu muhasabah dan menginsafi diri..bagaimana keadaannya apabila kita sudah meninggal nanti..wallahualam..semoga kita mendapat manfaat.. ^^

26 Rejab 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, June 26, 2011

bila diri disayangi

Terdengar bisikan mesra
kalimah keramat bermentera 
bermulanya siang berakhir malamku 
tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu 
tiada tempat Mu tertentu 
di gunung di lembah di darat di air 
siapa pun hamba 
keikhlasan doa keagungan kasih 
merubah takdir 

bila kusedari diri di sayangi 
langkah kaki ini semakin berani 
bila terkeliru ku ucap nama Mu 
terasa diriku kembali di pandu 

Engkau yang pertama tiada akhirnya 
aku dalam kegelapan Engkau lah cahaya
izinkanlah aku menumpang di sini
di bawah naungan kasih dan sayangMu
ku berserah diri

salam sejahtera semua..agak2 nya penah ternampak atau terdengar tak bait2 kata kat atas ni..mungkin yg ada mungkin juga tak..sebenarnya bait2 kata kat atas ni adalah lirik lagu salah satu kumpulan yang agak popular suatu ketika dulu..anda kenal dengan Ukays?ala..yang popular dengan lagu di sana menanti di sini menunggu tu..mesti tau kan..ermm,sebenarnya bukan apa..saya sangat suka dengan lirik dan lagu ni..sangat mendalam lirik nya..sebelum ni saya dengar lagu ni sedap tapi tak berapa nak menghayati lirik dia..cuma dengar je..tapi bila hayati lirik dia..lepas dengar je rasa sangat sayu..betapa kita sangat bertuah kerana Allah sentiasa bersama2 kita..betapa Allah kasih dan sayang kan kita..diberi segala panduan hidup untuk kita..tetapi adakah kita hargai hidup di dunia ini..kita hanya menumpang seketika dan akhirnya akan kembali kepada Nya.. ibarat pepatah " dunia ini hanya persinggahan "

semoga kita dapat kenal pasti kembali tujuan kita hidup di dunia ini..semoga bermanfaat.. ^^
p/s: lagu:bila diri disayangi
      nyanyian: Ukays
      jangan lupa dengar dan hayati lirik lagu ni ye :)

"berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"

24 Rejab 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

lesen memandu kereta

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Ingat lagi tak hasrat saya dalam waktu cuti yang panjang ni?..salah satu nya-ambil lesen kereta-
Memandangkan saya dah pun ada lesen motosikal, jadinya x perlu lagi nak kena ambil ujian undang-undang dan bayaran untuk buat lesen kete pon jadik murah sikit le.. ^^

Alhamdulillah..pagi tadi dah dengar ceramah 3 jam..minggu depan baru belajar kete kat litar..
sebenarnya takut..macam susah je..maklumla kan sebelum ni stereng kete pon x penah pegang..harap2 dapat belajar dan buat yang terbaik..nasib baikla penceramah tadi ok, siap buat lawak lagi..kalo x mesti dah terlelap..mana x nya semangat bangun awal nak pg daftar awal la kononnya..tgk2..pukul 9 lebih baru mula..

Bitaufiq wannajah fieha..Insya Allah boleh.. ^_^

26 Jun 2011
@Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Wednesday, June 22, 2011

selamat hari lahir kaklong ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni..22 jun..tarikh kelahiran kakak sulong saya..hari lahirnya yang ke 25 tahun..semoga kaklong mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat..menjadi anak,isteri dan ibu yang solehah..dan kegembiraan sentiasa di genggamanmu..

teringat kembali semasa saya kecil dulu..saya sangat nakal, seringkali memberontak dan melawan kata2 kaklong...dan kaklong ibarat pengganti arwah ayah..tegas dan garang..tapi untuk membentuk adikkmu ini menjadi orang yang berguna..terima kasih kaklong...sayang kaklong..hanya Allah dapat membalas jasamu..lagu selamat ni khas untuk kaklong..apa kata tukar nyanyi selamat hari jadi kepada Allah selamatkan kamu..lebih baik kan :)

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kaklong..
Allah selamatkan kamu..


" Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 25 Tahun :) "

20 Rejab 1432H
@ Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

pesanan Luqmanul Hakim -part 2-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..rasa dah agak lama x update blog saya ni..bukan apa bila dok kampung ni mmg susah sikit nak online..hari tu saya dah janji nak buat sambungan mengenai pesanan Luqmanul Hakim..jadi,mesti kena tunaikan..betul x?semoga dapat memberi manfaat kepada semua..selamat membaca ^__^

sambungan ke 13-25:

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu  belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih  mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah  engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap  orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu. 

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih  hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak  dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan  nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya  untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

20 Rejab 1432H
@Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Saturday, June 18, 2011

alhamdulillah,thank you Allah ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca..
Alhamdulillah..hari ni result final exam bagi pelajar2 ijazah di UiTM sudah pun keluar..seawal jam 9 pagi saya bersama ibu bertolak ke KL untuk singgah sebentar di rumah kakak saya..sepanjang perjalanan hati sudah terasa risau memikirkan keputusan exam....kebetulan seorang rakan kelas mesej meminta tolong untuk check result dia...saya hanya pesan padanya bila sudah sampai nanti saya akan tolong check kan sekali untuk dia..bukan apa..saya bukanlah begitu rapat dengannya..biasa2 saja..tapi saya tidak sangka dia memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu dia..dia bukanlah teman baik saya..bukan juga teman serumah saya..tapi saya berasa amat gembira kerana ada sahabat yang mempercayai saya..alhamdulillah.. ^^

Sampai di rumah, saya semak keputusan final exam di emel..Alhamdulillah, lulus semua subjek..Terima kasih Allah atas kurnia dan rahmat Mu...sesungguhnya ilmu Mu amat luas..semakim banyak yang saya cari dan tahu semakin rasa banyak benda yang masih saya tidak tahu..Semoga ilmu yang ada dapat saya gunakan dan amalkan dengan baik..Insya Allah..

Kepada semua kawan2 yang dah dapat result tu..tahniah saya ucapkan bagi yang mendapat result yang cemerlang..yg tak berapa cemerlang pun jangan stress, terima dan reda rezeki yang Allah beri..Insya Allah..di sem2 yang akan datang kita buat yang lebih baik..

" Ilmu bermanfaat benteng buat diri "

 17 Jun 2011
@ Sg Buloh

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, June 16, 2011

25 pesanan Luqmanul Hakim

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..hari ni saya nak kongsi tentang pesanan Luqmanul Hakim..mesti ramai yg biasa dengar siapa Lukmanul Hakim ni kan...mana tak nya dalam Al-Quran pun ada 1 surah khas mengenai beliau-Surah Luqman..semoga pengisian kali ni dapat memberi manfaat kepada kita semua..selamat membaca. ^^


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat  penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.



03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,  maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya  ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang  sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang  air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,  adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak  menjadi utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,  takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu  kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 


p/s:Insya Allah..saya akan sambung pesanan2 Lukmanul Hakim yang ke 13-25 pada entry yang akan datang..
16 JUN 2011 
@ Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Sunday, June 12, 2011

akhirnya..esok balik kampung.. ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Insya Allah esok sy akan pulang ke kampung..setelah menghabiskan masa lebih kurang seminggu di rumah kakak sy..akhirnya mahu kembali ke kampung yg dah lama x jenguk..cuti pun lama lagi nak habis..Insya Allah..kena penuhkn cuti dengan aktiviti2 yg bermanfaat..

Selama berada di kampung..online pun mungkin x sekerap mana..maklumle kat kg line bb x berapa nak ok..kejap ada,kejap xde.. ^^ kepada kawan2 yg dah bercuti skrg ni..jom kita manfaatkan cuti kali ni dengan perkara2 befaedah seperti: (saya punya matlamat masa cuti ^__^ )

-tolong mak kat umah
-menelaah buku2 (x kisah le apa2 buku pun.buku agama,buku motivasi,buku sekolah, novel)
-perbaiki diri-dekatkan diri dengan Allah (dalami ilmu agama, buat ibadah2 sunat-puasa contohnya.boleh latih diri dulu sebelum masuk bulan ramadan kan)
-belajar masak-penting ni..hehe
-belajar lesen kerete-senang nanti nak bawak kete dah de lesen.. :)
-ziarah kawan2 lama dan saudara-mara

hehe..macam ne?ok x aktiviti2 ni?nampak macam ok je kan..harap2 dapat le buat semua ni time cuti nanti..Insya Allah..

Happy holiday and be happy  (^_^)

10 Rejab 1432H
@Sg Buloh

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Friday, June 10, 2011

jom tutup aurat ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..sejak 2,3 hari ni sy kerap berblog walking..membaca dan mencari info2 terbaru dan info2 yg menarik..cuma melawat blog org len tapi jemari tak mahu menulis entry baru..hilang mood dan hilang rasa untuk menulis..tapi hari ni saya terjumpa mengenai 1 entry semasa blog walking..entry mengenai kempen menutup aurat..

seringkali kita dengar di mana2 saja mengenai menutup aurat ni kan..mungkin ada di kalangan kita yg merasakan eh,selalu sgt la org cite pasal tutup aurat ni...xde benda len erk nak cite?ermm..tapi adakah kita melakukan apa yg sudah kita ketahui?adakah kita telah menutup aurat dengan sempurna?kadang2 saya pon sering terfikir betul ke apa yg sy pakai hari ni?sudah mengikut apa yg agama Islam sarankan x?

saya sangat menyokong bila ada hamba Allah ni yg membuat Kempen Menutup Aurat ni...dengan cara ni..sedikit sebanyak dpt memberi peringatan kepada org ramai yg mungkin kurang ambil tahu mengenai penutupan aurat ni..Insya Allah..kita dapat gunakan medium ini sebagai salah 1 cara untuk berdakwah..

nak join kempen ni KLIK SINI ye 

nak ramaikan lagi support kempen ni sy tag lagi sahabat2 saya ^__^
Allah SWT berfirman :-“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)


8 Rejab 1432H
@ Sg Buloh

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

Thursday, June 2, 2011

peristiwa2 di bulan rejab

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni dah masuk 30 Rabiul Akhir..esok dah mula bulan baru,bulan rejab..semakin menghampiri bulan ramadhan kan..beberapa bulan je lagi..sekejapnye...rasa baru je berpuasa di bulan Ramadan yg lepas..pejam celik pejam celik..dah masuk bulan rejab..erm..memandangkan esok 1 Rejab..saya nak kongsi beberapa peristiwa yg berlaku dalam bulan rejab ni..sebelum ni pun saya tak berapa tahu apa sejarah yg berlaku....sharing is caring kan..sebarkan yg berguna..Insya Allah dapat memberi manfaat untuk diri sendiri dan kalian semua..selamat membaca ^^



1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.


3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rejab/

30 Rabiul Akhir 1432H

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...