Wednesday, April 6, 2011

Jalan Ilmu Jalan Ke Syurga


Ilmu ialah pengetahuan (maklumat) yang merupakan lawan kepada ketidaktahuan atau kejahilan. Ilmu secara syarie adalah ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang berupa penjelasan dan petunjuk yakni al-Quran, as-Sunnah dan kefahaman yang benar terhadapnya. Iaitu ilmu yang membimbing kehidupan di dunia hingga ke akhirat.


Ilmu Yang Bermanfaat
Ilmu bermanfaat pula merujuk kepada dua perkara, iaitu ilmu tentang keagungan Allah Taala yang diketahui melalui nama-nama-Nya yang indah (al-Husna) dan sifat-sifat-Nya mulia yang menjadi hak-hak-Nya. Dengan mengetahuinya, akan membawa kepada pengagungan, rasa takut, cinta, harapan, sabar, reda dan tawakal hanya kepada Allah.
Keduanya, ilmu yang bermanfaat membawa kepada segala apa yang diredai dan dicintai Allah. Melalui ilmu tersebut menjadikan kita menjauhi segala apa dibenci dan dilarang oleh-Nya. Ini adalah sebagaimana yang disebut al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) dalam risalahnya yang berjudul Fadhlu 'Imli as-Salaf 'ala al-Kholaf.
Dari sini menunjukkan adanya ilmu yang tidak bermanfaat bagi diri seseorang, iaitu apabila ilmu tersebut tidak membawa untuk taat dan bertakwa, sebaliknya membawa pula kepada apa yang dibenci oleh Allah SWT.
Ini juga berdasarkan kefahaman terhadap firman-Nya (yang bermaksud): "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah adz-Dzariyat, 51: 56). Maka, atas sebab itulah setiap ilmu yang kita pelajari seharusnya menuju kepada jalan tersebut, iaitu jalan ubudiyyah kepada Allah SWT.
Apabila memahami hakikat ini, sudah seharusnya kita meletakkan usaha dan prioriti yang tinggi untuk menekuni ilmu-ilmu tersebut. Itulah yang merupakan tradisi ulama dan ilmuwan Islam dari dahulu hingga kini.
sumber: www.iluvislam.com
2 Jamadil Awal 1432H


terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

2 comments:

Trx said...

pastu dah ada ilmu..kita ada 2 tanggungjawab..
1.sebarkan.
2.amalkan.
jadi selamat beramal. :)

fieha said...

syukri:betul tu..dah menjadi tugas kita sebagai khalifah untuk menyampaikan..Insya Allah.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...