Thursday, June 16, 2011

25 pesanan Luqmanul Hakim

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..hari ni saya nak kongsi tentang pesanan Luqmanul Hakim..mesti ramai yg biasa dengar siapa Lukmanul Hakim ni kan...mana tak nya dalam Al-Quran pun ada 1 surah khas mengenai beliau-Surah Luqman..semoga pengisian kali ni dapat memberi manfaat kepada kita semua..selamat membaca. ^^


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat  penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.



03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,  maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya  ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang  sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang  air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,  adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak  menjadi utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,  takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu  kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 


p/s:Insya Allah..saya akan sambung pesanan2 Lukmanul Hakim yang ke 13-25 pada entry yang akan datang..
16 JUN 2011 
@ Kuala Kangsar

terima kasih sudi datang dan baca di blog cik fieha ^^

2 comments:

senyumSOYA said...

maceh kak fieha..
hayati pesanan luqmanul hakim..


(^^!

~cik atin~ said...

syukran....nice sharing..moge ade manfaatnye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...