.بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sedang menziarah blog kawan2 saya..sy tertarik dengan 1 entry mengenai segmen: let's learn from the past..lepas dah baca entry tu baru saya faham...siapa yg jadi THE BEST dan apa yg perlu kita belajar dan ikut apa yg telah disampaikan..semestinya Rasulullah SAW junjungan besar kita..sebenarnya banyak sunah2 yg mudah tapi seringkali kita terlupa atau x sedar itu adalah salah satu dari sunah nabi..kalo nak dikira..dalam kehidupan kita seharian dan banyak sunah2 yg kita boleh lakukan...
okla..berbalik pada segmen yg dianjurkan blog THE GARDEN OF LOVE , saya perlu menerangkan mengenai 1 hadis yg berkaitan dengan akhlak/ adab..
hadis yang telah saya pilih adalah mengenai MENGHORMATI JENAZAH..jom kita lihat hadis ini di bawah:
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang.”(Hadis Riwayat Muslim)
apa yang dapat dihuraikan melalui hadis ini ialah orang yang meninggal hendaklah disegerakan pengkebumiannya. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati sehinggalah jenazah selesai dikebumikan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita tidak begitu digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut sedangkan tangisan dan ratapan yang berlebihan diharamkan di dalam Islam.
p/s:ramai yg bercakap-cakap mengenai si mati selepas kematiannya..seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap begitu..dosa seseorang itu adalah antara Allah dan dia..kita tidak berhak menghukum..sebaliknya apabila adanya kematian kita perlu muhasabah dan menginsafi diri..bagaimana keadaannya apabila kita sudah meninggal nanti..wallahualam..semoga kita mendapat manfaat.. ^^
26 Rejab 1432H
9 comments:
jenazah bukan untuk di ratapi..kesian la pada si mati..nak bersedih biarlah berpada2..jangan sampai airmata kita menitik jatuh ke bumi..
As'salam..
terima kasih atas sharing ni..
Alhamdulillah..
moga siapa yang membaca beroleh manfaat darinya..
insyaAllah~
http://pendambarahmat.blogspot.com/2011/06/batch-no2-segmen-lets-learn-from-best_27.html
betul tu.. ^_^
tQ atas perkongsian ni...
perkongsian yang menarik (",)
salam ziarah..al fatihah untuk sedara2 kita yg telah kembali ke rahmatullah
semoga kita semua dapat beramal dengan ilmu yang kita dapat..Insya Allah.. :)
thanks for sharing the ilmu :)
@hana nabihah sama2 hana.. ^^
Post a Comment